bila hatiku berbicara

~”Tempah bilik ke Neraka??”

Posted on: Ogos 13, 2007


Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir “MANAR ISLAM”.-

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas
mini.. untuk menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walau
pun tinggal dibumi yg terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir
terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg
Dipenuhi uban menegurnya.. …. Wahai pemudi …..

alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yang sesuai dgn
ketimuran dan adat serta agama Islam kamu…….. “Itu lebih baik
daripada kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan
liar kaum lelaki…” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dengan jawapan sinikal/mengejek. “Siapalah kamu hai
orang tua? Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah
kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga
atau neraka??? Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris
perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup
setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada
orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

“Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik dineraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari sigadis manis.
Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yg menggelengkan
kepala kebingungan. Semua yang didalam bas tidak menghiraukan gadis yang
masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak
mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dgn
lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu
bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi
sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu
telah kembali menemui Tuhannya dlm keadaan yang tak disangka. Para
penumpang menjadi cemas dgn berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu , tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh
kepinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah
tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa
jenazah yang terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah
olah dibakar api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat tersebut
juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka
dimakbulkan Allah? Nauzubillah. …. Sesungguhnya Allah itu Maha
Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar
dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan
sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah
RasulNya s. a. w. dengan mempersendakan atau ejekkan.

Kata kata seperti ajaran islam tidak sesuai lagi dgn arus kemodenan
dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi kaya dan
seumpamanya adalah kata kata yg sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam. Ingat-ingat lah teman, kita boleh melupakan
kematian…. . tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita……
hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam
barzakh. Jangan lah menjadi orang yang bodoh… siapakah orang yang
bodoh itu ? Mereka-mereka itulah orang-orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul
alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda
ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah….. . dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang yang
di lakar oleh majikan anda….. di dalam negeri anda tertakluk di
bawah undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang
itu hingga terlalu prihatin takut-takut melanggar undang-undang itu. Apabila
anda berpijak di bumi ini…… anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini…. setiap Sultan ada
taman larangannya. …… begitu juga Allah s.w.t……. taman
larangan-Nya adalah perkara-perkara yang telah di haramkan bagi hamba-hamba-Nya di
muka bumi ini…..

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk
diatas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah
kita. Wassalam

~Na’uzubillahiminzalik…wahai diriku dan semua marilah sama-sama kita bermuhasabah diri. Itulah balasan dari ALLAH akibat keceluparan mulut si remaja ini? Bagaimanakah dengan budak-budak remaja zaman sekarang..rasanya tidak boleh di tegur, mereka bebas lakukan apa saja. Tak payah nak cakap, banyaknya. Di dunia lagi Allah sudah memberi balasan apatah lagi di akhirat nanti???~

~Sumber dari group My Qalam

Advertisements

2 Respons to "~”Tempah bilik ke Neraka??”"

terima kasih atas lawatan ke blog saya.

… kita kini di akhir zaman …

sama-sama laaa tu lah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: