bila hatiku berbicara

~Mufti, ulama bantah~

Posted on: Ogos 17, 2007

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Fitri Che Musa
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: `Evan Almighty’ yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mendapat bantahan keras beberapa mufti dan ulama berikutan filem terbabit jelas menghina Nabi Nuh selain mempersendakan Tuhan yang digambarkan muncul dalam bentuk manusia.

Filem lakonan Steve Carell dan Morgan Freeman itu diselar berikutan penerbitnya turut menggambarkan wajah `Tuhan’ dan kisah bahtera Nabi Nuh yang digarap dalam bentuk komedi.

Beberapa mufti yang dihubungi Harian Metro semalam sepakat filem Evan Almighty mesti dilarang penayangannya kepada umat Islam negara ini kerana mengandungi unsur yang boleh memesongkan akidah.

Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria, yang menyedari bahaya Evan Almighty kepada akidah umat Islam, menentang sekeras-kerasnya penayangan filem itu dengan meminta pihak berkuasa segera mengharamkannya.

Katanya, Evan Almighty dihasilkan penerbit sama filem `Bruce Almighty’ yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, sepatutnya disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia.

“Filem itu jelas cuba meracuni fikiran umat Islam dengan menggambarkan Tuhan dalam bentuk manusia, sama seperti filem Bruce Almighty. Malah filem ini lebih teruk kerana cuba memaparkan kisah Nabi Nuh ‘moden’ membina bahtera bagi menghadapi banjir besar,” katanya.

Tokoh ulama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz turut menyelar filem Evan Almighty yang dianggap boleh memesongkan akidah umat Islam, apatah lagi kanak-kanak dan remaja yang masih cetek agama.

Menurutnya, walau apa pun alasan diberi, filem itu adalah cubaan Barat untuk mempersenda dan menghina Tuhan dan Nabi Nuh.

“Bagi menangani gejala ini, kerajaan mesti bertindak lebih tegas kerana ia penyelewengan dalam tauhid nama dan sifat,” katanya.

Ketika dihubungi di Singapura semalam, Abu Hassan meminta pihak berkuasa mengkaji semula kelulusan terhadap filem itu bagi mengelak tentangan umat Islam.

Mufti Kedah, Datuk Paduka Syeikh Hasbullah Abdul Halim, berkata filem yang boleh merosakkan akidah dan merapu seperti itu wajib dilarang tayangannya kepada umat Islam, tidak kira remaja atau dewasa kerana iman seseorang tidak diukur mengikut usianya.

“Kalau ibadah tak kuat dan iman tak kukuh, kita bimbang mereka terpengaruh. Sebab itu tayangan filem sebegini wajib diharamkan,” katanya.

Menurutnya, penayangan filem yang menunjukkan Tuhan menjelma sebagai manusia dan gambaran individu yang seolah-olah melakukan tugas seperti Nabi Nuh itu adalah perbuatan menyentuh sensitiviti umat Islam adalah ditegah.

Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Mohd Zaidi Ramli, berkata teguran mufti terhadap filem seperti itu sebelum ini sepatutnya sudah cukup dijadikan panduan supaya tidak menyiarkan filem yang boleh membawa kekeliruan kepada umat Islam.

Katanya, pihak bertanggungjawab terutama Lembaga Penapisan Filem sepatutnya menyedari kesan filem seumpama itu yang bakal menimbulkan masalah dan boleh memberi kegusaran kepada umat Islam.

“Ia propaganda tidak sihat. Lebih baik kita tidak menayangkannya kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kebangsaan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Amsaa Alla Pitchay, menyelar pihak yang meluluskan tayangan filem itu yang disifatkan tidak jauh beza dengan penyiaran karikatur Rasulullah s.a.w oleh sebuah akhbar Jyllands-Posten di Denmark sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.

Menurutnya, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mesti mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan filem itu tidak ditayangkan.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sekitar ibu kota mendapati cakera video digital (DVD) cetak rompak filem Evan Almighty sudah dijual.

Sementara itu, papan tanda iklan gergasi mempromosikan filem itu yang bakal memasuki pawagam minggu depan sudah dipasang sejak beberapa minggu lalu termasuk di Jalan Loke Yew dan Jalan Tun Razak, di sini.

~Kalu dah Mufti dan Ulamak sendiri larang atau bantah jangan siar filem yang menghina TUHAN dan Nabi Nuh dengar sajalah, ni ketegaq, gilak betul,biar mai bala baru tau. Memang benarlah cerita-cerita dan filem la ni memang tak dak kebendanya..kisah tauladan apa yang hendak di tonjolkan? Perempuan botak kepala? kisah orang kaya, rumah besar banglo lima enam tingkat..pastu asyik kena buli aje, yang lemah asyik kena buli kat orang kaya. Anak-anak remaja tayang pusat, body ..huihh kalu aku tengok sat citer-citer marapu lebih baik tidur . Rasanya kalau CINTA MADINAH tu ok jugaklah. Cerita merapu SUSUK …aku tengok jugaklah…sebab bukannya apa..suka gak citer seram ni..tapi takde lah nak percaya kat benda karut marut tu…jangan percaya sebab banyak mengandungi unsur kurafatnya dan ada benda yang tak masuk akalnya. Ada ker hantu takdak muka siang-siang duk mai usik orang fu yoo lucu benarkan? Atau ada ek?. Memanglah orang yang pakai susuk ni berkawan dengan setan, susah nak mati. Tu lah aku kata..nak cantik ni tak susah..zikir sokmo terbitlah seri di wajah tu, lagi satu terimalah hakikat yang setiap benda di atas muka bumi ni tak semuanya kekal..yang kecil akan besar..yang muda akan tua, yang cantik akan hilang kecantikannya..sebabnya dah tua..tu lah kena terima hakikat. Dan satu lagi jangan takut tua…kerana ianya pasti akan datang dengan sendirinya. Biarlah uban memutih di kepalapun..tak mengapa kerana itu memang petanda kita ni dah merangkak ke usia senja. Dengan istilah lain gak rumah kata p kubur kata mai. Setiap hari malaikat maut datang menjenguk kita tujuh puluh kali sehari. Tak dapat kita bayangkan apalah yang kita buat ketika itu? Bagaimanakah kalau ketika itu sampai masa kita untuk di panggil pulang?

Dalam satu kisah yang aku dengar dari ceramah Ustaz Ahmad Ismail dari Singapura…kalau tak salah anak buahnya pernah singgah ke blogku ini. “Katanya ada seorang sahabat di zaman Nabi…bila dia menyikat rambutnya dia terlihat uban di kepalanya…dia terus berlari ke tanah perkuburan…kerana dia ingat mati….segala urusan duniawi di serahkan kepada anaknya..dan dia buat amal ibadat…sampai satu ketika dia di panggil Tuhan dekat dengan kubur yang di galinya sendiri. ..maaflah kalau silap tolong betulkan sebab dah lama tak ingat..kesetpun dah rosak dah. Kiranya kita ni gi mana yer? atau kalau ada uban kita celup jadi merah,hijau kelabu atau apa lagi?. Tapi tak salah kalau warna dengan daun inai…sebabnya banyak khasiat untuk rambut, hilang gatal kulit kepala…ubanpun tak nampak.

~Samalah kita berdoa semoga ALLAH menghancurkan siapa yang menghina ALLAH dan NABI-NABI persuruh-NYA~. Na’uzubillah himinzalik…..minta di jauhi Ya Allah. Moga-moga tiada lagi Nawee ( panggilanku kepada budak Cina tu) kedua yang sanggup menghina NABI kita dan TUHAN kita dan Umat Islam Seluruhnya.

Advertisements

4 Respons to "~Mufti, ulama bantah~"

itulah …. tgk cerita org putih, cukuplah cerita yg biasa-biasa je, sudah mampu menaikkan nafsu shahwat org yang menontonnya, tu part yg camtu. Part yg hina Islam and seumpamanya ni, memang melampau.. banyak sebenarnya cite yg dieorang dah buat seumpama dengan cite yg disebutkan tu, cuma tak leh masuk kat negara kita je … lagi satu cite malaysia skang pun dah teruk2 …. contoh : cerita yg teruk2 tulah menang anugerah … harap yg cakap ni dapat memperbaiki diri ini, dan org same2 mengislah ….

nak buat macam mana Encik Aku..dah gitulah hidup dalam dunia yg akhir zaman..yang di bawah naugan islam hadhari…baguslah tu..sama2 muhasabah diri…

kita semua kena ade sedar … dan ada semangat cintakan Islam.. kadang2 saya sendiri takde kekuatan nak cakap semua ni.. tapi saya jadikan apa yg saya cakap sebagai satu pendorong untuk saya memeprbaiki diri … dari ‘aku’ mean ‘insan lemah’ 😦

Yer sy pun lagi banyak kelemahannya Encik Aku…sama2lah saling tegur menegur di antara kita….bab kata lirik nastid dari Shuhaimie..

Insan yang lermah dengan ujian…eh lupa lak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: