bila hatiku berbicara

~Teguk racun demi cinta~

Posted on: Ogos 29, 2007

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@nstp.com.my
SUNGAI BULOH: Cinta itu memang selalu buta. Buktinya seorang gadis berusia 25 tahun sanggup meneguk racun rumpai selepas cintanya terhadap seorang lelaki berlainan agama dihalang keluarga.

Malah, disebabkan hubungan cinta terlarang itu, berlaku pergaduhan di Hospital Sungai Buloh di sini, berikutan perasaan tidak puas hati kedua-dua keluarga pasangan itu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 10 pagi semalam, gadis terbabit berada di stesen komuter Sungai Buloh dan dipercayai mahu melarikan diri bersama kekasihnya sebelum dapat dihidu ahli keluarganya.

Di situ, dia dihalang ahli keluarga dan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan mereka, gadis berkenaan tanpa berfikir panjang meminum racun rumpai yang dibawa bersamanya. Tindakan nekad gadis itu menyebabkan dia rebah menyebabkan keadaan di stesen itu menjadi kecoh seketika sebelum orang ramai menghubungi ambulans.

Menurut sumber polis, gadis terbabit dikejarkan ke wad kecemasan hospital itu sebelum dia dibenarkan keluar jam 4 petang.

“Selepas mangsa dibenarkan keluar, tiba-tiba tercetus pergaduhan membabitkan ahli keluarga kedua-dua pihak.

“Mereka tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit bercinta kerana berlainan agama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, keadaan kecoh itu segera ditenangkan anggota polis.

Namun, doktor dan pengarah hospital itu turut terpaksa campur tangan selepas melihat suasana semakin kelam-kabut.

“Berikutan itu, doktor terpaksa menahan kembali gadis itu di wad kerana bimbang keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Difahamkan, dalam pergaduhan itu, seorang rakan lelaki terbabit cedera di kepala selepas dihentak dengan kayu.

Dipercayai, kira-kira 20 orang daripada ahli keluarga gadis berkenaan terbabit dalam pergaduhan itu, manakala lapan orang di sebelah pihak teman lelakinya.

Berikutan itu, semua mereka dibawa ke Balai Polis Desa Jaya untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Mohamad Abdullah, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

~Itulah dasyatnya penangan cinta buta, hinggakan sanggup minum racun demi mempertahankan cinta terlarang. Nampak sangat ceteknya agama. Sudahlah bercinta dengan berlainan agama …minum racun pulak tu dah di kira nak bunuh diri tu dosa besar. Aduhaiii…. para perempuan kaum sejenisku janganlah terlalu ikut nafsu. Tepuk dada tanya iman bukannya tanya selera. Kalau si jejaka memeluk islam tak apalah juga. Acap kali ku baca dakyah-dakyah kristian atau kafir yang memperalatkan cinta untuk memurtad kan remaja-remaja islam. Berhati-hatilah dengan permainan orang-orang yang ingin melihat umat islam hancur, sesungguhnya agama di sisi ku adalah ISLAM, AGAMA ISLAM SENTIASA TERPELIHARA. Na’uzubillah hi min zalik Minta di jauhi anak-anak cucuku dan muslimin serta muslimat yang seagama denganku. ALLAH HU AKBAR~

Ingatkan mati tu boleh di buat main-main ke? Nampak sangat nak matinya. Itulah remaja sekarang kecewa sikit, ada masalah mulalah nak buat benda-benda terlarang. Tak faham benar dengan jiwa remaja ini. Tak kanlah ibu bapa yang salah kalau anak itu sendiri dah punya akal, di beri didikan agama secukupnya oleh ibu bapa takkan tak kenal yang mana baik dan buruknya? Atau dah terlalu mabuk cinta sangat, ikut nafsu semata-mata? fikir-fikir lah sendirinya. kalau ada masalah pergilah buat banyak amal ibadat kat mana-mana masjid beriktikaf, berzikir dan memohon keampunan serta ketenangan dari-NYa, kalau yang perempuanpun banyak tempat yang boleh di tuju sebenarnya, rujuk kepada ibu bapa, walau apapun ibu bapa tidak akan tinggalkan anak-anak di dalam kesusahan (itupun kalau ibu bapa yang baik). Kalau di ikut telunjuk setan macam-macamlah jadinya.

Dua hari lagi nak merdeka dah. Nampaknya banyaklah yang MERDEKA khususnya buat remaja-remaja (segelintirnya sahaja). Nanti akan keluarlah surat khabar, selalunya harian metro kalau depa berani siarkan..tak taulah pulak demi menjaga orang atasan di tutup plak…selalunya kalau sambut merdeka depa banyakkan hiburan..cubalah baca kat harakah…n blog fuyoh) memang panas macam goreng pisang panas ler….citernya hmm tengoklah nanti…. apalah nak jadi dengan manusia sekarang ni. Bila kenangkan semua ini aku jadi takut sangat-sangat, takut tak mampu nak menjaga anak yang satu ini. Minta Allah lindungi dari kejahatan manusia jin dan syaitan atau yang bertopengkan syaitan. Tertanya-tanya jugak aku bagaimanalah aku nak didik anakku di tengah-tengah manusia yang kucar kacir ini? Nampak gayanya aku kena pergi hantar dia ke pondok-pondok atau sekolah tahfiz…biarlah aku rela. Aku tak kata anakku gelap masa depan kalau aku hantar di sekolah begitu. Malah aku bangga. Bayangkanlah kalau di takdirkan salah seorang anak kita menjadi tahfiz itu saham untuk ibu bapa di akhiratnya. Bukankah orang yang menjadi tahfiz akan membawa keluar sepuluh orang keluarganya dari bakaran api neraka, Na’uzubillah? Minta tolong ustaz yang selalu masuk blogku jelaskan.

Beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati besoknya, berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi. Siapa kata pergi sekolah agama atau tahfiz tidak boleh belajar ke Universiti atau mendapat kerja yang bagus-bagus? Ke Mesir, Ke Jordan dan berbagainya lagi? Jangan gelapkan hati dan fikiran ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama/ arab dan tahfiz. Aku bercakap begini berdasarkan pengelaman seseorang. Dia berkata menghantar anak ke sekolah agama kesian kat anak-anak, gelap masa depannya.Pandangan orang-orang yang sekular begitulah.

~Orang sekampung denganku dari sekolah menengah beralih ke sekolah arab, tup, tup dah keluar kat TV dan menjadi deejay IKIM. Itulah penanggang bahasa arabnya pasih, di jemput ke sana sini, bukan glamer yang di kejar…tetapi berdakwah kerana Allah hinggakan ada yang bukan islam tertarik dengan dakwah ustaz ini. Alhamdulillah bahagia dunia dan bahagia akhirat tinggal yang berbentuk lagha. Ini untuk diriku yang selalu alpa. Hmm jangan ada yang marah dah lah, ni untuk diriku yang kekadang lalai dan alpa. Tegurlah kalau aku tersilap kerana aku bukan insan yang terlalu sempurna…aku banyak buat silap dengan Allah dan dengan manusia. ALLAH yang Maha SEmpurna.

Akhirnya SALAM KEMERDEKAAN DARIKU. MERDEKA JANGAN TAK MERDEKA.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 853,965 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: