bila hatiku berbicara

~Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Posted on: September 5, 2007

Buat teman-teman blogger yang sudi singgah di sini…terima kasih kerana sudi bertamu di teratakku. Dek kerana ada benda yang perlu aku selesaikan…. aku tidak mempunyai masa untuk kongsikan ceritaku di sini. Bukan bermakna ku tinggalkan terus teratak ku ini. Dari seorang yang tidak pernah mengenal erti sibuk…tiba-tiba aku terpaksa bersengkang mata berjaga malam mencari ilham. Rupanya semua ini menjadikan aku orang yang selalu berfikir bagaimana untuk mencari ilham dalam setiap penceritaanku.

Aku tak suka nak dipanggil penulis…kerana aku bukan penulis …tetapi aku hanya bercerita. Aku lebih suka “becerita” insyaallah akan tercapai jua hasratku nanti. Aku juga sedang membaca beberapa buah novel yang di pinjamkan teman kepadaku. Aku tak kisah apa orang nak kata…kerana aku memang minat membaca novel atau buku apa saja yang membuatkan aku bahagia. Bagiku apa yang mereka tulis dalam novel adalah bakat yang di kurniakan oleh Allah s.w.t. Itulah adalah sesuatu yang hebat kerana ianya berterafkan akal dan fikiran.

Hmm… hari ni sambung sikit 6 Sept 2007…SAMBUNG DI SINI AJE LAH…….

Dalam berblog aku tak kisah siapa yang sudi masuk atau tak…kerana nawaitu asalku berblog hanyalah ingin menjalinkan silaturahim kepada mereka yang sudi mengenali diriku dan aku hanya ingin berkongsi pengelaman sebagai insan yang di lahirkan kurang upaya. Ya…. aku akui sebagai manusia yang lemah aku mungkin banyak melakukan kesilapan di setiap penceritaanku. Barangkali ada yang tidak suka…tetapi tidak mengapalah aku tidak kisah semua itu…yang penting aku memang suka hentakkan jejari aku di keyboard.

5 perkara yang aku tak suka hehehe ni kerana aku jenguk dalam blog “life of aku” telah meng “tag” aku hahaha. Tag tu apa weh…sorry lah aku tak tau apa itu “tag..penanda buku ke kekeke” tapi aku tulis gak laaa ahakkssss. Maka akupun senaraikan benda yang orang tak tau dan yang orang tau tentang aku kwang-kwang.

1- Aku tidak suka orang yang rasa dirinya terlalu pandai. Bagiku orang yang merasa dirinya terlalu pandai ajar dan menegur orang yang tak pandai. Dan orang yang tak berapa pandai pulak suka terima teguran yang membina agar dapat memotivasikan dirinya.

~Aku dilahirkan tiga puluh lima yang lalu di sebuah perkampungan di negeri Serambi Mekah…sekarang di bawah pimpinan ulamak Tuan Guru Nik Aziz. kitorang kat kampung panggilnya Ayah Ziz. Mana ada MB yang bagi kuliah subuh dan tazkirah agama~.

~Aku akui aku bukannya insan terlalu baik dan terlalu sempurna… kekadang kalau aku rasa nak dengar lagu aku dengar dan kalau aku dengar ceramah agamapun aku dengar. Ceramah agama yang paling aku suka masa ini ialah dari Ustaz Akhil Hayy….yang lainpun dengar gak terutama sekali Ustaz Ahmad Ismail…korang kenal tak ustaz Ahmad Ismail… kalau dengar ceramahnya boleh nanggis aku, betapa syhdunya dia menyampaikan ceramah. Lagu yang paling aku suka buat masa ini dari Ustaz Akhil Hayy seroja…al Jannah dan lain-lainnya lah.

2- Aku lebih suka berterus terang dan tidak suka orang cakap di belakangku…itulah aku berani dedahkan identitiku bagaimana.. namaku siapa. Kerana itulah kakak iparku pucat lesi bila aku tegur dia kenapa suka bercerita keburukan mak aku di belakang..mak mertuapun mak kita jugak..kalau tak puas hati bincang.

~Bukan bermakna aku nak memburukkan sesiapa…tapi itulah dalam ramai-ramai manusia macam-macam perangai telah ku temui. Cuba tampil dan terangkan apa sebenarnya yang hendak di luahkan. Inilah sebenarnya yang memburukkan keadaan memendam rasa tidak puas hati.

3- Aku tak banyak ilmu di dada apa lagi ilmu agamaku pun masih lagi cetek… …maka tegurilah aku, kalau aku tesilap tulis. Aku ingin pergi belajar agama di masjid atau surau…tetapi kemampuanku terhad….kerana aku bukannya sempurna. Itulah aku mengembara dari blog ke blog yang dapat ku kutip ilmu…agar aku ini tidak terlalu cetek ilmu pengetahuannya.

~Aku ingin melihat anakku yang seorang ini belajar di Mesir seperti juara AQ di TV9 Abdullah Fahmi insyaallah….terpukau bila mendengar mersik suaranya yang merdu~ Impianku ingin ke tanah suci Mekah Insyaallah~

4- Aku tak sekolah tinggi-tinggi cukup kenal-kenal ABC saja. Aku kenal dunia IT baru setahun jagung awal tahun 1999. ..itupun di takdirkan suamiku dapat bonus beli komputer windows 98 ahaksss. Alhamdulillah sekarang ini dengan berkat tunjuk ajarnya aku kenal apa itu INTERNET sedikit sebanyak dari windows 98 bertukar ke windows xp…itupun aku terpaksa minta bantuan suamiku mana yang aku tak tahu. Dengan adanya komputer dan INTERNET di rumah aku boleh menulis di majalah …itulah saja yang mampu aku lakukan untuk mencari rezeki yang halal. Aku berblog tahun lepas.

~Orang yang pertama singgah ke blogmyway aku adalah sahabatku KS….di ikuti dengan yang lainnya. Fida, Keshi, Epel dan Shafee. Alhamdulillah dari tak tau apa itu blog sedikit sebanyak aku dah tahu. Bila aku baca blog orang dan aku baca pula blog aku…ahhh…….. mereka pun menulis lebih kurang aje dengan aku…takde lebih takde kurangnya.

5- Aku cuba muhasabah diriku…aku ini hanyalah hamba-NYA yang lemah. Yang sempurna adalah ALLAH s.w.t. Lemahnya hamba-MU ini ya Allah. Bimbinglah aku ini. Aku cuba untuk tidak menyakiti sesiapa jua…

Sempurna ramadhan yang bakal tiba ini. Aku dengan rendah diri ingin memohon berjuta-juta ampun dan maaf. Andai terdapat kekhilafan aku di blog ini. Andai ada umur jumpa lagi di posting yang mendatang. Andai hanya sampai di sini saja umur yang di pinjamkan untukku…mungkin ini adalah posting yang terakhir ampun maaf yang aku pinta. Jazakallahikhairan kasiran.

~haaa…itu aje laaa tag aku kot kwang kwang ko lagu mana weh~dan maafkan aku kerana aku tidak mahu meng tag sesiapa sorry ek~

~Orang yang beriman tidak pernah mengaku dirinya beriman( kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya) …begitu juga orang yang ikhlas tidak akan mengaku dirinya ikhlas dalam memberi sesuatu kepada orang lain…kerana ikhlas itu adalah dari hati yang hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahuinya. Pernah orang berkata kepadaku “ambillah barang ini ikhlas ni”…tetapi betulkah mereka sebenarnya ikhlas? Itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya…itulah aku tidak pernah menyebut ikhlas. Aku pernah dengar motivasi dari Dato Fadzilah Kamsah. “Ikhlas itu hanya Allah sahaja yang tahu”. Kalau silap tolong betulkan aku….

~Maaf ustaz atau ustazah yang tersinggah di sini kalau aku silap tolong tegur-tegurkan. Betullah kata orang kalau tak tau lebih baik diam saja. Dan berikan aku makna ikhlas…adakah seperti cerita KIAMAT SUDAH DEKAT? Mencari makna IKHLAS. Tolong jelaskan kepadaku . Lebih baik mengaku kekurangan yang ada pada diri kita…dari mengaku kita terlalu pandai. Tolong tunjuk ajarku. Ya Allah semoga aku ini insan yang sentiasa mencari silapnya sendiri dari mencari kesilapan orang lain. Saling tegur menegur di antara kita. Itulah sebenanrya cantiknya ISLAM. Orang islam bersaudara…tetapi kenapa ramai yang suka memusuhi sesama islam..yang bersorak-sorak siapa lagi kalau bukan orang kafir….dan setan.

~Orang yang mempunyai kelebihan pasti ada kekurangannya juga…begitu juga setiap kekurangan pasti terselit juga kelebihannya atau keistimewaan sendiri…kerana setiap manusia di kurniakan  dan kebolehan dari berbagai sudut…terokailah ia agar cemerlang dunia dan akhirat~

Pelita Hidup

Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan dimalam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan disana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: