bila hatiku berbicara

~Selamat datang RAMADHAN AL-MUBARAK~

Posted on: September 5, 2007

Persediaan kita menyambut Ramadhan AlMubarak 1428Hijrah.

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya
perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala Baitullah .
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al
Quran dsbnya )

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keber
katan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan – doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.- juga doa pada sepertiga malam.

10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan – pengampunan, 10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pada waktu petang
20)Hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pada ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama orang tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu /maksiat
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu
lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah

Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang – Baca ayat akhir surah Al Baqarah- Baca ayat Kursi
– Baca surah Yaasin
– Baca surah Al Zalazah
– Baca surah Al Qafirun
– Baca surah Al Ikhlas
3)Bagi orang yamg kuat dan cergas- Bangunkan isteri dan anak – Mandi – Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

– Tarikh turunnya Al Quran
– Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal-amal yang baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali-sekali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan, Pada petang akhir Ramadhan orang-orang yang meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan daripada anakanak mengirimkan bacaan doa, sekurang-kurangnya Al Fatihah sekali untuk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak-anak akan ingat kpd kita

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik-sebaik bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan- amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar-benar mengubah sikap yang baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin….

Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (untuk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua’llam.

~sumber renungan dan ikhtibar~

~Kepada muslimin dan muslimat selamat menjalani ibadah puasa…kalau ada yang belum ganti tu masih sempat lagi..~

4 Respons to "~Selamat datang RAMADHAN AL-MUBARAK~"

Iman, banyaknya tips kat sini…. mekasih ye, baik sangat untuk dikongsikan di sini.

cara2 untuk mengelak dari baran pun ada, memang kena apply dalam doa2 harian ni 🙂

selamat menyambut Ramadhan al mubarak untuk Iman dan keluarga ya! tak sabar2 dah ni 😀

Insyaallah mudahan kita akan mempraktikkan segala tips2 ni……selamat berpuasa juga utk lara……

thanks 4 isi2 penting berkaitan ramadhan ni ye..;)

Mekasih mampir di sini saudara Fauzi

Tinggalkan komen

Kalendar

September 2007
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 913,637 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada