bila hatiku berbicara

~Kejamnya manusia~

Posted on: September 19, 2007

Polis dapat petunjuk kes mayat dalam beg

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Hardi Effendi Yaacob

 

KUALA LUMPUR: Penemuan beberapa helaian rambut pada mayat kanak-kanak perempuan yang disumbat dalam beg pakaian (gambar) di Taman Petaling Utama di sini, kelmarin, dijangka dapat membantu polis mengenal pasti identiti pembunuhnya.

Helaian rambut itu serta sampel darah mangsa dikatakan dihantar ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut sumber, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya yang disumbat dalam beg pakaian dengan kaki mangsa dilipat ke dada, ditinggalkan berhampiran pejabat sebuah syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama.

“Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya kepada Berita Harian.

Penemuan mayat kanak-kanak itu kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, pada mulanya disangka Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, selepas proses pengecaman dilakukan ibu bapa Nurin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang kelmarin, mayat itu disahkan bukan Nurin.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati ususnya pecah dan mengalami pendarahan teruk di bahagian dalam perut akibat disumbat benda keras, yang dipercayai timun dan terung.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Forensik HKL turut mengesahkan terdapat banyak kesan lebam di badan mangsa, dipercayai dipukul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa adalah warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG ditemui pada lengannya.

“Berdasarkan keadaan fizikalnya, mangsa dipercayai berusia lapan hingga 10 tahun, dengan ketinggian 150 sentimeter dan berat kira-kira 18 kilogram serta mempunyai tanda lahir pada paha kiri.

“Mangsa bertubuh kurus, kulit cerah dan berambut kerinting paras telinga,” katanya kepada pemberita di sini.

Polis semalam turut mengedarkan gambar mangsa dalam usaha mengesan waris kanak-kanak itu kerana mayatnya ditemui tanpa dokumen pengenalan diri.

“Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran turut dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu jika ada laporan kanak-kanak hilang di kawasan mereka. Bagaimanapun, belum ada apa-apa perkembangan positif setakat ini,” katanya.

Orang ramai yang mengenali mangsa atau kehilangan anak perempuan diminta menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

Arjunaidi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Ini pembunuhan yang kejam kerana membabitkan mangsa kanak-kanak. Melihatkan keadaan mayat dan kecederaan dialaminya, pembunuhnya seorang yang tidak berperikemanusiaan dan ada kemungkinan mengalami masalah mental,” katanya.

Beliau berkata, polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat beg berisi mayat itu ditemui dalam usaha mengesan suspek.

“Rakaman CCTV yang diberikan syarikat penerbitan itu tidak menunjukkan rakaman luar premis, kecuali rakaman dari kedai di sebelahnya tetapi fokus kamera tidak menghala ke tempat kejadian.

“Kita masih meneliti rakaman individu yang lalu lalang di tempat kejadian dalam tempoh 24 jam sebelum mayat ditemui,” katanya.

~Aku tidak tahu setiap kali aku melihat kejadian jenayah kepada kanak-kanak dan sesiapa saja hatiku agak sebak. Zaman sekarang ni bunuh membunuh manusia seperti sembelih ayam saja. Beginilah kalau dah rasa perikemanusiaan itu sudah hilang, keimanan tiada…hilang segalanya takut kepada Allah pun sudah tentulah tiada, sudah tiada lagi rasa kasihan belas sesama insan. Sedangkan kepada binatangpun kita di tuntut berbuat baik inikan nyawa manusia. Na’uzubillah hi min zalik~

~Semoga adik Nurin Jazlin di temui dengan selamat~

Advertisements

11 Respons to "~Kejamnya manusia~"

dah sah itu mayat Nurin..sedihnya.. 😦

Salam Takziah untuk keluarga adik Nurin..Bersabarlah dalam menerima dugaan yang maha hebat ini…Semoga penjenayah yang kejam ini akan menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatan terkutuk dan kejinya itu..ALFATIHAH UNTUKMU NURIN..

Tp lagi sedih bila bapanya sendiri menafikan yg itu anaknya? sedihnya tak dapat nak unggap dengan kata2…….syurga menjadi milikmu…………

sedihnya kisahnya….pilunya citenya…manusia semakin kejam…
astagfirullah al azim….

Takziah untuk keluarga nurin……
terfikir jugak….kenapa yer family dia tak terima keputusan DNA tu?
99.9% DNA tu sama…..kesian mayat tu sedih bila family tak mengaku….
takdir tentukan segalanya….kita bukan tuhan untuk kembalikan segala yang terlepas….jadi kan tauladan…….qadak dan qadar dah tertulis….apa pun yang berlaku mungkin family nurin terlalu sedih….siapa pun mesti macam tak percaya perkara buruk boleh berlaku….minta pada Allah beri petunjuk….DIA pasti menolong…….kepada yang bersalah patut di sula dengan besi panas…..binatang pun tak seteruk perangai manusia kejam ni…..Tuhan maha adil tunggu la balasan yang setimpal…….

Al-Fatihah……..

yer benar sy terpk gitu jugak…ibu bapa mana yg tidak terkejut , sedih bila mana anak mereka di perlakukan sebegitu…walau apapun kepada penjenayah itu tunggulah saat dan ketikanya..

Nurin Jizirin…selamat tinggal sayang!itulah luahan kata2 dari ku..sebak melihat penderitaan yg kamu lalui..ape salah kamu nurin diperlakukan sebegitu?kamu tidak berdosa..kamu dirogol..dibunuh dan dicampakkan…ya allah sungguh memilukan..Nurin..sugguh sedih melihat keaadaan kamu..dilipatkan..masuk kedalam beg..astarafiluallah….sungguh kejam org itu..kenapa kau diperlakukan sebegitu..aku tertanya2 sehingga saat ini..hari demi hari aku menunggu kepulangan kamu ke pangkuan keluarga..berdoa kepada Allah supaya tiada bencana yang menimpa pada diri kamu..akhirnya ini yang kulihat dan dengar dari kaca TV..Kau tidak berdosa Nurin..syurga yg akan menunggu mu disana..Ya Allah ko berikan lah petunjuk pada kami supaya dapat mencari siapa BINATANG yang bertopengkan manusia itu…kau takan terlepas..kepada keluarga Nurin Takziah…Ya Allah kau letak kan lah NURIN JAZILIN dikalangan2 org yang paling beriman..amin….

Al fatihah…syurga lah tempatnya……

takziah buat keluarga nurin dari saya… yg nyata arwah akan ke syurga dan menanti keluarganya disana… buat manusia2 yang kejam, sedangn binatang sayang anaknya mungkin manusia2 ini smua sudah hilang ingatan dan kawalan dalam hidup, tak akan mereka hidup senang didunia mahupun di akhirat nanti dengan perbuatan yg sungguh jijik an kejam itu! ya allah, sungguh tk dapat terungkap rasa geram mahu saja dipukul mereka tu smua. dasar manusia2 bodoh, tk berhati perut. hari ini mereka aniaya ank org esok lusa mereka akan dapat rasa pula… buat keluarga arwah, kuatkan semangat ye…ramai yg sayangkn arwah dan sama2 kita doakan agar arwah damai di sana. Ya Allah, lindungilah keluarga Nurin dan kuatkn lah semangat mereka dan tempatkan lah Nurin di kalangan orang2 paling beriman… AMIN….

Aminnn..dia insan yg terpilih bakal menghuni syurga-MU ya Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: