bila hatiku berbicara

~Nurin Jazlin~

Posted on: September 20, 2007

Sah mayat Nurin — Keputusan rasmi ujian DNA, rekod gigi

GAMBAR eksklusif Utusan.


KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan disumbat dalam sebuah beg pakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu mendapati kanak-kanak itu ialah Nurin Jazlin Jazimin, 8. Dia hilang sejak 20 Ogos lalu.

Ujian oleh Unit Forensik, Jabatan Kimia itu disahkan pihak polis dan hospital.

Bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, bagaimanapun sangsi dengan keputusan tersebut.

Sehubungan itu, polis mencadangkan ibu bapa Nurin Jazlin menjalani ujian kedua DNA di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jazimin diminta datang ke HKL pada pukul 12.15 tengah hari ini enggan mengakui mayat kanak-kanak perempuan itu adalah anaknya berdasarkan faktor fizikal mayat itu didakwanya berbeza daripada tubuh Nurin Jazlin.

Ibu mangsa, Norazian Bistaman pula mengakui mayat berkenaan memiliki lebih 50 peratus persamaan dengan tubuh anak perempuannya.

Katanya, beliau boleh menerima kematian Nurin Jazlin jika ujian DNA itu sahih.

Menurut Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain, bukti yang diperoleh daripada laporan forensik pihak polis itu adalah hasil ujian makmal ke atas rambut, kuku dan darah Jazimin dan Norazian.

Katanya, keputusan tersebut diperkuatkan lagi dengan rekod pergigian Nurin yang diambil secara berasingan di sekolahnya.

“Rekod pergigian Nurin yang hilang sejak sebulan lalu didapati sama dengan gigi mayat kanak-kanak malang itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Shah Alam, Selangor petang ini menegaskan, ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kanak-kanak yang mati itu dengan Jazimin dan Norazian.

Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan mengenai keputusan DNA itu tengah hari ini.

Bagaimanapun, selepas membuat pengecaman semula di bilik mayat HKL, kedua-duanya tetap menafikan mayat tersebut adalah anak perempuan mereka.

‘‘Memandangkan kedua-dua ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengesahkannya, maka polis akan meneruskan siasatan untuk mengenal pasti identiti sebenar mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam beg itu.

‘‘Pada masa sama, kita juga akan meneruskan siasatan untuk mengesan suspek yang terbabit dalam kes ini meliputi semua aspek,” katanya.

Pada 20 Ogos lepas, Nurin Jazlin, murid tahun dua Sekolah Rendah Desa Setapak di sini, yang menghidap sakit buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

Usaha pelbagai pihak mencari Nurin selama sebulan di Kuala Lumpur dan beberapa negeri di seluruh negara gagal menemui kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, pada Isnin lalu, selepas 27 hari kehilangan Nurin Jazlin, orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama di Petaling Jaya.

Kawasan itu terletak kira-kira 40 kilometer dari rumah Nurin Jazlin di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Mayat kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun itu ditemui dalam keadaan bogel dengan kaki mengerekot selain terdapat kesan lebam di leher serta luka dan calar-calar di kaki. Berdasarkan bau, polis percaya mangsa telah meninggal dunia lebih enam jam sebelum mayatnya ditemui.

Ibu bapa Nurin Jazlin yang dipanggil membuat pengecaman ke atas mayat itu Isnin lalu mengatakan kanak-kanak itu bukan anak mereka.

Khalid berkata, memandangkan Jazimin dan Norazian tidak mengecam mayat itu sebagai anak mereka, selain sampel darah pasangan itu, polis juga akan mengambil contoh darah kakak mangsa, Nurin Jazshira.

‘‘Kita akan cadangkan ibu bapa Nurin melakukan ujian DNA kali kedua,” katanya.

Khalid menambah, pihaknya juga selepas ini akan menjemput saudara-mara Nurin Jazlin seperti datuk, nenek atau ibu saudaranya untuk membuat pengecaman semula mayat yang ditemui.

Ditanya sebab utama kedua-dua ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengakui mayat tersebut anak mereka, Khalid berkata: ‘‘Ada kemungkinan fizikal mayat tersebut lain. Sebagai ibu bapa, ia satu keadaan yang amat sukar diterima.”

Beliau menambah: “Saya sendiri tidak berani mengesahkan apa-apa kerana keputusan DNA yang diketahui hari ini adalah hasil keputusan sains.’’

Cam kedua masih tidak meyakinkan

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ibu bapa kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin, 8, tetap menafikan mayat kanak-kanak yang ditemui dalam sebuah beg pakaian di Petaling Jaya Isnin lalu adalah anak mereka walaupun dipanggil membuat pengecaman mayat kali kedua hari ini.

Sehubungan itu, mereka meminta supaya ujian asid deoksiribonukliek (DNA) dilakukan sekali lagi untuk mengesahkan kesahihan identiti mayat berkenaan.

Sambil menegaskan tidak mempunyai masalah untuk mengenal pasti anaknya yang hilang sejak sebulan lalu, Jazimin Abdul Jalil berkata, mayat kanak-kanak malang itu amat berbeza dengan fizikal Nurin Jazlin.

‘‘Saya ayah Nurin… saya lebih mengenali anak saya daripada orang lain. Dalam hati, saya berkata, mayat itu bukan anak saya.

‘‘Jika polis suruh saya ambil mayat tersebut, saya akan terima… saya akan mandikan dan akan mengebumikannya.

“Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin sehingga dia ditemui dalam keadaan selamat,” kata Jazimin kepada pemberita di pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang ini.

Jazimin yang dipanggil ke HKL untuk membuat pengecaman itu juga berkata, beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut Nurin Jazlin.

Parut

Katanya, Nurin Jazlin mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal paha.

‘‘Takkan saya tidak kenal anak saya sendiri. Gigi Nurin kecil dan rapat tetapi gigi mayat kanak-kanak itu besar serta jarang-jarang,’’ katanya.

Beliau menambah, rambut anaknya juga halus dan lurus manakala rambut mayat tersebut keriting serta kasar.

‘‘Muka mayat itu pun tidak memiliki wajah orang tempatan seperti Melayu, India mahupun Cina. Saya lihat rupa mayat itu macam warga asing sedangkan anak saya mempunyai wajah Melayu yang senang dikenal pasti.

‘‘‘Kebiasaannya, walaupun bila kita sudah tidak bernyawa, parut pasti kekal, namun saya dapati tiada kesan parut serupa dengan Nurin Jazlin (pada tubuh kanak-kanak yang mati itu),’’ katanya.

Isnin lalu, orang ramai dikejutkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini.

Penemuan mayat itu segera dikaitkan dengan kehilangan Nurin Jazlin yang hilang ketika pergi ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju di sini pada 20 Ogos lalu.

~Masih sangsi…sedih~

Mayat budak perempuan itu adalah Nurin

PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak. Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu. Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini. Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas – BERNAMA

~Syurgalah di tempatmu nak, walau siapapun kanak-kanak malang ini aku ingin mengucapkan takziah..Ya Allah peristiwa ini benar-benar menyentuh hatiku. Selalunya bila ada kejadian sebegini semua orang akan berkata tak ubah seperti binatang…tetapi padaku binatang lebih baik lagi dari manusia kejam ini. Ini bukan seperti binatang tetapi adik beradik SETAN..manusia SETAN…Tunggulah pembalasan Allah…orang macam ni kerat dua puluh baru padan dengan muka. Ya Allah marahnya aku…apa lagi keluarganya.~~Kepada keluarga Nurin Jazlin redhalah walau apapun keadaan anak anda tabahkanlah hati menerima ujian dari Allah s.w.t~.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: