bila hatiku berbicara

~Lagi cerita Nurin~

Posted on: September 21, 2007

Oleh Hadzlan Hassan,Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Nazarali Saeril, Nur Asnawi Daud, Abdullah Wahab, Helmy Abd Rahman, Hadzlihady Hassan, Wan Noriza Meor Idris dan Sri Ayu Kartikawati Amri
am@hmetro.com.my

~Fizikal tak sama~


KUALA LUMPUR: Ibu Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang disahkan dibunuh, Norazian Bistaman, 35, mendakwa hanya hidung mancung pada mayat kanak-kanak misteri terbabit menyamai anaknya yang hilang manakala anggota tubuh lain tidak menunjukkan persamaan langsung.

Suri rumah itu yang membuat pengecaman kali kedua semalam berkata, dia sudah melihat mayat kanak-kanak ‘misteri’ terbabit secara dekat dan mendapati tiada tanda khusus yang menyamai Nurin Jazlin.

“Mungkin hanya 20 peratus saja persamaan antara mayat kanak-kanak malang itu dengan Jazlin. Saya cuba mencari tanda lahirnya di pipi dan tangan, namun tidak langsung nampak bukti dicari.

“Malah, susunan gigi depannya (Nurin) kecil dan rapat, selain gigi taring yang sedikit panjang, tidak sama seperti mayat itu yang agak ke hadapan,” katanya.

Menurutnya, masih ada satu lagi tanda khusus pada Nurin Jazlin, namun dia dan suami mengambil keputusan enggan mendedahkannya atas faktor keselamatan.

Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata, dia reda menerima sebarang keputusan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekiranya ia benar-benar sepadan dengan ciri-ciri dimiliki anaknya.

“Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi, namun masih banyak persoalan tidak terjawab.

“Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan saja tahu kesedihan yang saya alami,” katanya dengan linangan air mata.

Norazian berkata, sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Aidilfitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

“Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudah dibeli dan saya tetap akan menunggu kepulangannya,” katanya.

Norazian berkata, lebih memilukan perasaannya adalah apabila dalam keadaan dia bersedih dengan kehilangan Nurin, ada pula orang yang tergamak mempermain-mainkannya dan suami serta keluarga dengan memberitahu kononnya Nurin Jazlin yang dikenali dengan panggilan ‘Kak Ngah’ ada dalam kawalan mereka.

Menurutnya, dia turut menerima satu panggilan kelmarin daripada seorang yang tidak dikenali yang memberitahunya Nurin berada dalam jagaannya.

“Semalam (kelmarin) seorang lelaki dari Puchong memberitahu Nurin ada dalam tangannya, namun sebaik saya ingin bertanya lanjut, lelaki berkenaan terus mematikan talian telefonnya.

“Saya dah lemah, dah tidak bersemangat lagi untuk menerima sebarang panggilan yang menyakitkan hati. Cukuplah penderitaan yang saya tempuhi,” katanya selepas membuat pengesahan di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, petang semalam.

Ditanya berhubung pengesahan kali kedua dilakukan, Norazian memberitahu dia turut membawa dua saudara terdekatnya yang mengenali Nurin Jazlin untuk turut sama melakukan pengecaman.

Dalam kejadian Isnin lalu, Nurin Jazlin dipercayai dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg sukan yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di Petaling Jaya Utara.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati pembunuh memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah sehingga dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayat hati kanak-kanak itu.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan `kurus kering’ selain mempunyai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya ketika membuat pengecaman pertama kali Isnin.

‘Mayat itu bukan Nurin’



KUALA LUMPUR: “Memang tak masuk akal, namun hati saya tetap yakin mayat itu bukan Nurin Jazlin biarpun ujian DNA (Asid Deoksiribonukleik) mengesahkan dia anak saya,” itulah luahan bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abd Jalil, 33.

Ternyata Jazimin percaya anaknya masih hidup walaupun ujian DNA dilakukan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati mayat budak perempuan yang ditemui dalam beg pakaian sukan di Taman Petaling Utama di sini, Isnin lalu, adalah Nurin Jazlin yang hilang 20 Ogos lalu.

Dia yang dikerumuni wartawan di perkarangan bilik mayat HKL dengan tenang menyatakan keputusan DNA itu mungkin boleh diterima jika mayat terbabit hanya tinggal tengkorak atau cebisan tulang.

Namun, katanya, ketika pengesahan dilakukannya, mayat terbabit masih elok dan boleh dicam.

Jazimin berkata, dia terkejut apabila dihubungi polis Petaling Jaya pada jam 12.30 tengah hari untuk membuat pengecaman kali kedua di HKL.

“Saya cukup hairan, namun saya tidak langsung berdebar atau bimbang seperti kali pertama (Selasa lalu) melakukan pengecaman mayat kanak-kanak itu.

“Saya pasti mayat itu bukan Nurin. Anda sendiri sudah melihat perbezaan wajah mayat berkenaan dan Nurin (merujuk kepada akhbar).

“Pasti siapa yang melihat nampak bezanya,” katanya ketika diaju soalan berhubung keputusan ujian DNA terbabit.

Menjelaskan sebab dia tidak berpuas hati mengenai ujian DNA itu, pemandu teksi itu menyatakan Nurin Jazlin berambut kerinting dan kasar manakala rambut pada mayat kanak-kanak itu lurus dan halus.

Katanya, wajah mayat kanak-kanak itu langsung tidak menunjukkan iras Melayu, sebaliknya lebih kepada anak pasangan Myanmar.

“Saya ayah Nurin… Saya lebih mengenali anak saya daripada semua orang. Dalam hati saya menyatakan mayat itu bukan anak saya.

“Jika polis suruh saya ambil mayat itu, saya akan terima, saya akan mandikan dan akan mengebumikannya. Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin kerana saya tahu Nurin masih berada di luar sana,” katanya.

Jazimin juga menjelaskan dia pasti mayat kanak-kanak itu bukan anaknya berdasarkan kedudukan gigi yang rapat dan parut akibat luka di pangkal paha Nurin.

Sebelum ini, Jazimin dan isterinya, Norazian Bistaman, 35, dipanggil buat pengecaman di HKL, Selasa lalu dan tidak mengaku anaknya berdasarkan kepada keadaan fizikal mangsa pembunuhan kejam itu.

Beberapa rakan dan saudara terdekat Jazimin turut ke HKL untuk memberi sokongan moral, selain membantu membuat pengecaman.

Sementara itu, berita berhubung laporan DNA terbabit menyebabkan lebih 50 wartawan dan jurugambar berkumpul di perkarangan bilik mayat HKL untuk mendapatkan penjelasan polis dan keluarga mangsa sejak jam 11 pagi hingga 4 petang.

Bagaimanapun, wartawan dihalang memasuki bilik menunggu oleh pengawal keselamatan HKL yang bertugas menyebabkan kebanyakan wartawan berasak-asak mendapatkan maklum balas daripada Jazimin dan isteri.

Mungkin kerana menyedari kehadiran terlalu ramai wartawan media cetak dan elektronik, Jazimin keluar seketika dari bilik menunggu sekitar jam 3.15 petang sebelum memberikan ulasan singkat, termasuk berhubung ujian DNA kali kedua yang bakal dilakukannya.

Dia turut meminta wartawan tidak terlalu cepat membuat spekulasi hingga keputusan ujian DNA kedua diperolehi dalam beberapa hari lagi.

Pasangan suami isteri terbabit yang diberikan kawalan ketat kemudian beredar pulang bersama anak mereka, Nurin Jazhira, 9 dan Nurin Jazrina, 6, menaiki kereta Proton Gen.2 kira-kira jam 4 petang.

Jazimin dipanggil semula ke balai Polis Wangsa Maju dua jam kemudian untuk memberi keterangan berhubung penafiannya terhadap ujian DNA berkenaan selain membantu siasatan polis.

Pada sebelah pagi semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan ujian DNA ke atas mayat kanak-kanak perempuan itu dan ibu bapa Nurin Jazlin mempunyai hubungan antara kedua-dua pihak.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos lalu selepas keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Sejak kehilangannya, pelbagai usaha dibuat bagi menjejakinya, malah ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga membawa kepada penemuannya meningkat kepada RM23,000.

DNA sah Nurin


SHAH ALAM: “99.99 peratus sampel deoksiribonukliek asid (DNA) diambil daripada mayat kanak-kanak ditemui dalam beg sukan, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Isnin lalu, sama dengan sampel DNA milik ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8.

“Mengikut sains forensik, sampel itu menunjukkan mayat kanak-kanak dalam beg itu adalah Nurin tetapi saya enggan mengesahkan apa-apa kerana ibu bapanya sendiri mengesahkan mayat kanak-kanak itu bukan Nurin,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, di sini, semalam.

Pengesahan sampel DNA berkenaan diperoleh polis kira-kira pada jam 2.30 petang semalam, selepas dianalisis Jabatan Forensik sejurus mayat kanak-kanak itu ditemui.

Menurut Khalid, polis sudah memaklumkan kepada pasangan Jaziman Abd Jalil, 33, dan Norazian Bistaman, 35, mengenai keputusan DNA itu, namun mereka enggan mengesahkan mayat kanak-kanak berkenaan adalah Nurin.“Tengah hari tadi (semalam), kami menjemput pasangan berkenaan ke bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pengecaman semula tetapi mereka tetap mengatakan ia bukan Nurin.

“Kami sudah maklumkan hasil ujian DNA terhadap mayat kanak-kanak berkenaan kepada pasangan itu dan turut mencadangkan kepada Jaziman dan Norazian untuk mengambil sampel kedua mereka bagi dianalisis sekali lagi,” katanya.

Pada masa sama, polis akan mengambil sampel DNA kakak Nurin untuk dijadikan perbandingan dalam masa terdekat manakala datuk serta nenek kanak-kanak malang berkenaan juga akan dipanggil untuk pengecaman mayat kanak-kanak dalam beg itu.

Selain sampel darah untuk ujian DNA, polis bercadang menjadikan rekod pergigian Nurin sebagai rujukan bagi dianalisis dengan rekod pergigian mayat kanak-kanak berkenaan.

Berkaitan sama ada ibu bapa Nurin mungkin berhutang dengan along atau pihak tertentu sehingga berlaku kejadian tidak diingini terhadap kanak-kanak berkenaan, Khalid mengatakan pihaknya akan melakukan siasatan.

“Kita akan siasat daripada semua segi termasuk ibu bapa Nurin sama ada mereka menyembunyikan sesuatu dan sebagainya.

“Mungkin polis akan memanggil mereka untuk diambil keterangan sekali lagi tetapi ia bergantung kepada keadaan dan ia bukan bermaksud mereka bersalah atau suspek utama,” katanya.

Selain itu, Khalid berkata, polis masih belum lagi mengenal pasti suspek utama kes pembunuhan kanak-kanak berkenaan berdasarkan siasatan pada beg terbabit atau mayat mangsa.

Beliau tidak menolak kematian kanak-kanak berusia lingkungan enam hingga 10 tahun itu ada kaitan dengan kes ‘lelaki kucing’ di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang pernah menggemparkan warga kota dengan tindakannya gemar melakukan serangan seksual terhadap gadis kecil.

~Entahlah baru sebentar tadi aku menonton wanita hari ini. Dua orang pemanggil menangis terlalu sedih dengan nasib anak kecil ini( kalau nak diikutkan air mataku tumpah pertama kali melihat mayat Nurin yang menyayat hati itu). Ada yang mengatakan jangan biarkan pendatang asing masuk ke negara ini. Dalam berita terkini jam dua belas tadi sempat juga melihat ayahnya Nurin menangis walaupun sebelum ini bapanya menafikan itu adalah jenzah anaknya. Hanya Allah saja yang tahu perasaan mereka sebagai ibu dan bapa. Berat mata memandang….berat lagi bahu yang memikulnya…mereka yang mengalaminya, berlebih-lebih lagilah. Kita ini hanyalah menumpang kesedihan sebagai saudara seislam. Walau apapun semoga rohnya di cucuri oleh Allah s.w.t. kepada si manusia berhati syaitan itu semoga mendapat pembalasannya yang setimpal dengan apa yang dia telah lakukan kepada mangsa.

Betullah kata si pemanggil di WHI ini jangan biarkan anak-anak bersendirian, kerana di luar sana banyak manusia jahat dari yang baik. Ya Allah lindungilah anakku walau di mana saja dia berada…sebagai ibu yang kurang upaya aku tidak sentiasa bersama dengannya di waktu pergi dan pulang dari sekolah. Semoga selamat ya Allah………….

Advertisements

3 Respons to "~Lagi cerita Nurin~"

sama2 kta doakan mOga roh adk nurin jazlin bersama org2 yg b`iman n brada dSisiNya….buat keluarganya,takziah dUcapkan n moga tbah dlam m`hadapi ujian AlLah dBulan yg mulia eni….yg pSti,stiap kjaDian psTi da hKmah dSbaliknya….mOga AlLah m`bri balasan yg stimpal kpada bnatng yg tlah berkelakuan kejam t`hdap AllahyaArhamah…
AlFatihah…………………………

salam ramadhan semua…
erm…sedih aku baca nasib yang menimpa kanak-kanan malang nurin jazlin jazimin..namun itu sudah suratan.. even aku blm menjadi seorang ibu namun hati wanita ku amat tersentuh dengan apa yang menimpa nurin…apakah dek kerana terlalu maju nya kita samapai x blh untuk membezakan baik buruk menggunakan akal.. samapi hati seorang manusia yang dikurniakan akal melakukan demikian ke atas seorang kanak-kanak yang tidak berdosa..ermm kepada manusia yang berhati syaitan itu semoga kamu akan mendapat balasan setimpal dariNya terlepas di dunia dia akhirat siksa pasti menanti…kepada keluarga nurin semoga tabah dan sama-sama kita doakan rohnya tenang di sana..insyallah amin…

Salam ramadhan kareem buat dalila dan nor..sedih tak dapat nak cakap…tak dapat kita bygkan bagaimana siksanya di saat kematiannya adik Nurin…bila memandang jenazahnya betapa tergambarnya kesakitan hanya allah saja yg tahu. al fatihah…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: