bila hatiku berbicara

~Pesanan terakhir Nurin~Salam terakhir

Posted on: September 23, 2007

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Pesanan Nurin Jazlin Jazimin supaya ibunya tidak menanggalkan tiga kuntum bunga mawar yang dipasangnya di penjuru rumahnya kira-kira sebulan lalu seolah-olah mahu ia menjadi kenangan abadi terhadapnya.Bapa Allahyarham, Jazimin Abdul Jalil, 33, berkata, bunga berwarna hijau itu digantung oleh anak keduanya itu kira-kira 20 hari sebelum dia dilaporkan hilang.

“Ketika itu, dia (Nurin) ada berpesan kepada ibunya supaya tidak menanggalkan bunga tersebut. Kami tidak sangka bunga itu akan menjadi kenangan kami terhadap Nurin,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini hari ini.

Menurut Jazimin, dia tidak menyangka atau membayangkan sesuatu yang buruk akan menimpa Nurin apabila dia berpesan begitu.

“Bagaimanapun, setelah dia meninggalkan kami, baru saya terasa, walaupun ia bunga biasa tapi ia amat bererti buat kami sekeluarga,” ujarnya.

Tambah Jazimin, dia reda dengan keputusan ujian DNA yang menunjukkan bahawa mayat kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa penderaan seksual yang disumbat di dalam beg pakaian di Petaling Jaya Isnin lalu adalah anaknya.

“Saya tak pernah terfikir akan bertemu semula anak saya dalam keadaan demikian.

“Apa yang saya harap dan doakan ialah akan berjumpa anak saya sebagaimana ibu bapa Yin (Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali) bertemu semula anak mereka dalam keadaan selamat,” jelasnya.

Jazimin seterusnya berkata, sekiranya pembunuh kejam itu ditangkap suatu hari nanti, dia ingin menjadi orang pertama yang berjumpa penjenayah terbabit.

Namun, dia tidak menyatakan sebab dia mahu berjumpa dengan penjenayah terbabit.

Permintaan akhir Nurin

Oleh SARAH ZULKIFLI
sarah@hmetro.com.my
Minta ibu mengurut kakinya kerana akan ‘berjalan jauh’

KUALA LUMPUR: Air mata Jazimin Abdul Jalil, 33, berlinangan setiap kali melihat tiga kuntum bunga hijau plastik digubah arwah anaknya, Nurin Jazlin, 8, yang digantung di dinding rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, semalam.

Menurut Jazimin, gubahan bunga itu antara perkara terakhir dibuat anak keduanya yang juga mesra dengan panggilan ‘Kak Ngah’ sebelum dilaporkan hilang lebih sebulan lalu ketika keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya, kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, walaupun arwah ‘Kak Ngah’ meninggal dunia, banyak kenangan mengenainya bermain di fikiran, sama ada perkara yang pernah dibuat atau telatahnya yang ceria ketika bermain dengan kakak dan dua adiknya.

“Jika dilihat semula, bunga itu digubah tiga kuntum saja, seolah-olah mewakili tiga adik beradik lain, sedangkan ketika itu ada beberapa kuntum lagi.

“Ketika itu saya pelik, namun kini saya mengerti dia (Nurin Jazlin) sudah tahu dia akan meninggalkan ayah, ibu, kakak dan adiknya buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Wangsa Maju, semalam.

Jazimin berkata, perangai pelik arwah sebelum dia hilang membuatnya teringat kembali sehingga menyebabkannya dan isteri, Norazian Bistaman, 35, pilu.

“Pada malam sebelum dia hilang, saya masih teringat dia berkata kepada ibunya, ‘mama, picit kaki kak ngah, penat la nanti nak jalan jauh’.

“Mungkin itu satu petanda dia akan pergi untuk selama-lamanya,” katanya.

Jazimin berkata, dua pasang baju raya berwarna emas dan merah jambu yang dibeli beberapa bulan lalu dan dipilih sendiri oleh arwah akan diberi kepada kakaknya, Nurin Jazhira, 9, kerana saiz mereka sama.

Menurutnya, dia akan berpindah ke tempat lain untuk memulakan hidup baru selepas tragedi menimpa keluarganya.

“Mungkin saya tidak akan memandu teksi lagi, tetapi setakat ini saya belum memikirkan kerja yang bakal dilakukan. Namun kami sekeluarga akan berpindah dalam masa terdekat kerana kejadian yang berlaku menjadi kenangan terlalu pahit untuk ditelan,” katanya.

Sementara itu, Norazian tidak dapat ditemui kerana dikatakan kurang sihat dan hanya berkurung di bilik.

Mengulas berkemungkinan isterinya didakwa atas kecuaian, Jazimin berkata, mereka bersedia untuk disoal siasat.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan dan kami menyerahkan kepada pihak berkuasa serta bersedia memberi kerjasama,” katanya.

Kelmarin, jenazah Nurin Jazlin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak selepas dia disahkan sebagai kanak-kanak yang ditemui mati dalam keadaan tragis dan menyayat hati di dalam sebuah beg sukan dengan keadaan tidak berpakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Sudirman

Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

~Catatan  duka buatmu Nurin Jazlin~

tatkala aku melihat wajahmu yang layu lesu di news paper

hatiku tersentap sebak, pilu,sedih dan terdetik di hatiku betapa kejamnya si pembunuhmu itu

itu bukan kerja manusia…tetapi manusia yang menjadi pengikut iblis laknatullah

di saat itu aku selalu mengikut beritamu

tidak dapat aku gambarkan betapa siksanya di saat kematianmu

bukan aku tidak mengikut perkembangan dirimu di saat kehilangamu

Tetapi aku juga berharap kau selamat kembali seperti Yin

Tetapi bila dirimu di bunuh kejam

jiwaku bagaikan di sayat pilu, marah, geram dan macam-macam yang aku rasakan

walaupun aku tidak kenal siapamu

keluargamu tetapi aku sayang padamu

sayang kepada anak-anak kecil

Dan sayangku sesama insan

Air mataku mengalir laju di pipi

Aduhai..mengapakah ada manusia sekejam dan sezalim itu di dunia ini?

tergamaknya melakukan sedemikian rupa kepada anak kecil yang tidak berdosa

tidak dapat hendak ku bayangkan betapa seksanya dirimu sayang

begitu mudah jiwaku tersentuh dan tersentap

apa lagi keluargamu

bagiku kanak-kanak patut di lindungi dan di sayangi

tetapi sebaliknya???

beginilah akhirnya hayat hidupmu wahai anak

tetapi tidak mengapa wahai anak…kerana Allah sudah menyiapkan tempat yang lebih baik untukmu di syurga.

selamat tinggal sayang…selamat tinggal dunia yang fana

dunia ini hanyalah persinggahan sementara buat kita

Allah lebih menyanyangimu Nurin

kepada si pembunuh kejam yang sudah tidak punya sifat

kemanusiaan itu…tunggulah..saat dan ketikanya akan tiba

andai kau terlepas di dunia tetapi tunggulah pembalasan Allah di akhirat nanti

ketika itu penyesalan sudah tidak berguna lagi

kau terlalu zalim…manusia jenis apakah kau ini

atau kau manusia bertopengkan iblis

memanglah sewajarnya kau di hukum

akhirnya buat adik Nurin..lenalah sayang…lenalah di pembaringan terakhirmu dengan tenang

sudah tertulis begitu takdirnya untukmu

berbahagialah di sisi TUHAN yang Esa.

di dunia kau di bunuh kejam

tetapi di sana kau telah di janjikan syurga abadi

Ya Allah ya Tuhanku cucuri rahmat keatas roh allahyarham Nurin Jazlin Jazimin

Al Fatihah…

~sekadar coretan buat allahyarham Nurin Jazlin, air mataku bercucuran di saat aku melakarkan coretan yang tidak seberapa ini~

Dari pemilik blog

Advertisements

2 Respons to "~Pesanan terakhir Nurin~Salam terakhir"

aku sdh laa nurin tu ibarat separti adik aku sendiri….

aku seorang prihatinnnn..you know ??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: