bila hatiku berbicara

Amaran keras polis edar gambar autopsi Nurin dalam Internet

Posted on: Oktober 9, 2007

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Ekoran tersebarnya berita hari ini bahawa gambar-gambar autopsi kanak-kanak yang mati dibunuh Nurin Jazlin Jazimin disiarkan dalam Internet, polis memberi amaran keras bahawa tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang mengedarkan gambar berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kesal dengan apa yang berlaku yang mengaitkan pembunuhan kejam kanak-kanak berumur lapan tahun itu begitu rupa.

“Saya telah melihat gambar-gambar yang disiarkan melalui e-mel dan telah membuat laporan.

“Penyiasatan sedang dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan saya memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu supaya berhenti berbuat demikian atau menghadapi risiko didakwa mengikut OSA atau didakwa memiliki bahan-bahan lucah,” katanya.

“Saya tujukan amaran ini khususnya kepada anggota saya sendiri (polis) kerana mereka yang mempunyai akses secara langsung kepada gambar berkenaan dan juga sesiapa yang kini memiliki gambar itu,” kata Khalid.

Nurin dilaporkan hilang pada 20 Ogos selepas dia seorang diri pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju di sini.

Pada 17 September, mayat kanak-kanak itu yang dalam keadaan bogel ditemui disumbat dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah kedai di Petaling Jaya.

Hasil bedah siasat mendapati dia didera secara seksual, dengan terung dan timun dimasukkan ke dalam kemaluannya.

Polis menahan lima orang, termasuk seorang wanita, berhubung kes pembunuhan itu 10 hari selepas mayat kanak-kanak itu ditemui tetapi hanya wanita itu masih ditahan reman.

Empat lelaki terbabit dilepaskan empat hari kemudian setelah ujian DNA yang dilakukan terhadap mereka tidak sepadan dengan bahan asing yang ditemui pada mayat Nurin.

Menyifatkan penyebaran gambar-gambar itu sebagai perbuatan yang keji, Khalid berkata, kemungkinan pihak lain juga memilikinya.

Ditanya jumlah gambar yang dipaparkan dalam internet, beliau berkata: “Banyak, kira-kira seluruh set gambar berkenaan.” – Bernama

Tindakan tegas sebar gambar bedah Nurin

Oleh RUHAIDINI ABD KADIR

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar proses bedah siasat mayat kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin, 8, menerusi Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, mereka yang didapati melakukan perbuatan tersebut boleh didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Tegasnya, mereka yang menyebarkan gambar-gambar itu juga boleh didakwa di bawah Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

‘‘Polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mencari pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar kanak- kanak malang itu.

‘‘Tindakan tegas ini tidak terkecuali kepada mana-mana anggota atau pegawai polis jika mereka didapati terlibat (menyebarkan gambar-gambar itu),’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khalid yang mengakui melihat gambar-gambar itu tengah hari ini berkata, beliau secara peribadi berasa marah dan kesal dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkannya.

‘‘Saya memandang serius mengenai perkara ini dan kita akan siasat dari semua sudut. Justeru saya telah arahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (Asisten komisioner Arjunaidi Mohamad) membuat laporan polis berhubung perkara ini,’’ tegasnya.

Menurut Khalid, laporan polis dan siasatan berhubung kes itu membolehkan polis mengheret pihak yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Usaha mencarinya di Kuala Lumpur dan beberapa negeri selama sebulan tidak membuahkan hasil.

Selepas 27 hari kehilangannya, polis menemui mayat seorang kanak-kanak yang disumbat di dalam sebuah beg dalam keadaan berbogel di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini pada pukul 8.30 pagi.

Ibu bapa mangsa, Norazian Bistamin dan Jazimin Abdul Jalil pada mulanya menafikan mayat kanak-kanak itu Nurin Jazlin yang rambutnya telah dipotong pendek, tubuhnya kurus kering dan mengalami kecederaan akibat deraan seksual.

Empat hari selepas itu, ujian DNA yang dijalankan mengesahkan mayat tersebut ialah Nurin Jazlin.

~setakat ni aku tidak terima emel gambar-gambar autopsi adik Nurin…kalau terimapun rasanya tidak sampai hati untuk melihatnya…apa lagi aku ni bukanlah orang yang berani hendak melihat gambar-gambar tragis…sedih dan gerun..sayu dan sendu masih terasa bila mengenangkan kisah tragis yang menyayat hati ini. Jadinya dari aku tengok lebih baik tak usah. Sekurang-kurangnya hormatilah dia yang telah pergi mengadap Ilahi…bukan untuk di jaja penderitaan orang lain. Jagalah perasaan kedua ibu bapa dan keluarga mereka~.

Advertisements

2 Respons to "Amaran keras polis edar gambar autopsi Nurin dalam Internet"

Salaaam alaikum. Ampunkan aku ya Allah, seriau mendengarnyaa 🙂 Apa2 pn mmg one of the tragis story tuu. Semoga Nurin dah berada di taman2 syurga sekarang, aamiiiiin wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Salaam Aidilfitri wahai saudaraku, ampun maaf dari lahir ke batinku. Taqobbalallahu minna wa minkum solehul a’maal.

🙂

p/s: Jemput la datang ke rumah raya nnt 😀

Terima kasih sahanat salam alaik..entah rasa nak menitis air mata bila kenang perisitiwa ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Oktober 2007
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 853,974 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: