bila hatiku berbicara

~Status halal 14 pusat sembelih tak dijamin~

Posted on: Oktober 27, 2007

Berita Harian 27/10/2007 Bersamaan dengan 15 Syawal 1428 h

Oleh Mohamed Farid Noh

KUALA LUMPUR: Empat belas pusat penyembelihan di sembilan negeri serta lebih 100 syarikat pengeluar produk makanan dan keperluan harian termasuk beberapa jenama terkenal, dikesan belum membaharui sijil pengesahan halal. Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak dapat menjamin status perkhidmatan dan produk berkenaan sama ada halal kerana ia meragukan.

Pusat penyembelihan itu terletak di ibu kota dan Labuan, Perak, Selangor, Melaka, Kedah, Johor, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang. Antara produk makanan dan barangan keperluan harian itu pula ialah minuman segera, makanan dalam tin, majerin, bebola ikan, nugget dan burger.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, berkata pusat penyembelihan dan syarikat terbabit akan dikenakan tindakan jika masih menggunakan logo halal setelah sijil pengesahan halal berkenaan tamat tempoh.

“Menjadi tanggungjawab syarikat terbabit memperbaharui sijil pengesahan halal, empat bulan sebelum tempohnya tamat. Kebanyakan sijil pengesahan halal syarikat terbabit didapati sudah luput, Ogos lalu.

“Kealpaan mereka menyebabkan Jakim kini tidak dapat menjamin status perkhidmatan serta produk mereka sama ada halal atau tidak serta boleh meragukan pengguna,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara itu berlaku disebabkan kecuaian pengusaha pusat penyembelihan dan pemilik syarikat terbabit yang memandang remeh serta tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Wan Mohamad berkata, sijil pengesahan halal yang dikeluarkan Jakim tidak boleh dipandang ringan kerana pihaknya bertanggungjawab memastikan pelbagai produk yang menggunakan logo halal tidak dicemari unsur haram.

“Jakim tidak akan berkompromi dalam soal halal haram kerana ia boleh menjejaskan kesucian umat Islam serta memperjudikan kepercayaan mereka terhadap kerajaan.

“Kedegilan pengusaha hanya merugikan mereka kerana pengguna kini semakin bijak dan mempunyai kesedaran kepenggunaan yang tinggi. Pengguna kini semakin teliti berhubung status makanan dan produk yang ingin dibeli,” katanya.

Mengenai proses memperbaharui sijil halal, beliau berkata, ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan kerana terpaksa melalui proses pemeriksaan ketat terhadap premis dan bahan mentah yang digunakan.

“Bagi produk makanan pula, kita menitikberatkan bahan yang digunakan kerana kami pernah mendapati unsur tidak halal dicampur dalam produk makanan,” katanya.

Maklumat mengenai pengeluar serta produk makanan dan keperluan harian yang sudah tamat tempoh sijil halalnya boleh dirujuk menerusi laman web Jakim di http://www.islam.gov.my/portal/.

 ~ Carilah yang halal tinggalkan yang meragui~

Advertisements

7 Respons to "~Status halal 14 pusat sembelih tak dijamin~"

salam alaik kak,

tak tahu dulu pernah cerita ke tak …

tapi kalau kes sembelih ni, kalau dah namanye pusat penyembelihan, mesti besar tu ! tapi macamane kedai2 sembelih yg ade kat kg2 tu ? tak tahu kena berlesen atau tak, tapi yang pasti … sama je.. tak boleh dijamin ke halalannya, kedai2 ayam, jual daging .. pernah dulu terdengar cerita org kg, ade satu kedai yg jual daging, dia jumpa lembu mati dilanggar, lepas tu diye ambik dan dijual .. lebih kurang , macam tulah ceritanya … bab si penyembelih pun satu hal … takde kretiria yg sepatutnya melayakkan dia jadi penyembelih …. tapi jual ayam .. pakai seluar pendek, hisap rokok … nauzubillah …

salam alaika..a,ha pernah dengar jugak tak tau lah apa nak jadi…tp kalu akak balik kg alhamdulillah ayam di sembelih sendiri..kalau lembu kerbau alhamdulillah tidak di ragui kerana saudara sendiri jual daging..jadinya kalau nak beli daging atau ayam beli kat diorang..kita kenal dia siapa bagaimana org nya..kalau tak ubah seperti org cina tanpa kopiah dan berseluar pendek tu rasanya tak tau nak cakap…. mudahan yg jual daging lembu dah mati tu sekali saja yg kita dengar kan… na’uzubillah..tak taulah nak pk bab status bab ni kan di luar bidang kuasa kita kan…………

eh salam alaik silap tulis pulak maaf ya

bagi pengguna, logo halal yang ada di pasaran menghilangkan rasa was2 ..

dan yg paling penting bila bicara soal halal haram, kita harus memandang dari semua sudut lahirnya dan yg batinnya …

slm,ana lihat blog anda memang hebat,ana org bru dlm dunia blog ni,sy brhajat utk meminta tunjuk ajar/komen atau ape2 sebarang rangsangan dlm mnjayakan risalah jemaah ini dlm dunia blog, lawati-http://syafiqthink.blogspot.com. tunjuk ajar anda amatlah di harapkan..time kaseh

Salam…Ya Allah saudara blog saya ini tak lebih dari merapu meraban…mungkin hanya saudara sorang saja yg kata blog saya hebat alhamdulillah..tp percayalah apa yg sy tulis itu lah sebenarnya saya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Oktober 2007
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: