bila hatiku berbicara

~Hatiku berbelah bagi~

Posted on: November 4, 2007

Rupanya perpisahan itu sesuatu yang menyakitkan biarpun seketika cuma. Begitulah lumrahnya manusia bila orang yang di sayangi ada di depan mata tidak kita hargai…tetapi bila mereka sudah pergi baru terasa rindu, sayang dan kasih.Bukan bermakna selama ini tidak kasih dan tidak sayang…tetapi biasalah sekali sekala lautan bergelora jua…bila berjauhan begini baru terasa betapa kehilangannya yang amat sangat. Apatah lagi tinggal seorang diri dalam rumah yang besar..sudahlah begitu masyarakat di sini faham-fahamlah saja…budaya aku… aku.. kau..kau. Malam ini hujan turun renyai-renyai untuk meredakan persaanku yang gemuruh aku telah mendengar bacaan surah yassin.

Teringat waktu kecilku ada ketika ayah dan ibu berpergian jauh yang tidak mengizinkan membawaku bersama… mereka selalu menitip pesan kepada jiran kami…bukan sekadar jiran tetapi saudara yang selalu mengambil berat di antara satu sama lain supaya menemani aku, bertanya khabar dan menengok makan minumku. Begitulah kasihnya sesama saudara………..tetapi zaman sekarang semuanya bagaikan pupus…kalau adapun agak sedikit.

Sudah dua hari anakku ke kem motivasi di Setiawan Perak. Petang tadi selepas open house di rumah jiran kami( alhamdulillah kalau jiran kami sudah ingin bersilaturahim dengan kami, apa lagi masih di bulan syawal yang mulia ini kami sambut dengan rasa syukur) suamiku pula ke Sepang untuk menghadiri kursus selama seminggu. Nampaknya sendirilah aku malam ini sementara menanti anakku Hafiez pulang petang esok. Semoga Allah melindungi aku yang keseorangan malam ini. Dan juga semoga Allah selamatkan suami dan anakku yang pergi demi tugas masing-masing. Mereka pergi kerana Allah…

Beginilah putaran hidupku..anakku bakal melangkah ke alam remajanya…tak lama lagi keputusan UPSRnya bakal di umumkan..sebelum ini sudah ku katakan yang aku redha walau apa keputusan UPSR anakku( harap-harapnya keputusannya baik insyaallah). Andai keputusannya baik dia bakal meninggalkan aku untuk tinggal di asrama…andai keputusannya tidak menyebelahinya( na’uzubillah) dia akan ku hantar di negeri kelahiranku. Walau perit pahit dan pedih aku redha demi agamanya…dia bakal ku hantar ke salah sebuah sekolah tahfiz di pantai timur insyaallah semoga Allah mengabulkan doa kami semoga anakku yang seorang ini bakal menjadi tahfiz sesuai benar dengan namanya. Lagipun kalau anakku bersekolah di sana inilah peluangnnya untuk aku pulang kerap di kampungku. Ya Allah andai ini takdirnya aku redha( hati menangis tuhan saja yang tahu). Ya Allah apakah betul tindakanku ini? tidakkah nanti di kata orang ada anak sorangpun di hantar bersekolah jauh dalam usianya yang masih muda anak sorang pulak tu. Kata kawan suamiku anaknya sebelum berusia lapan belas tahun dia tidak akan lepaskan anaknya berjauhan dengannya. Baginya anak itu masih kecil…perlu bersama ibu dan ayahnya…tetapi kata suamiku biarlah anakku pergi menuntut ilmunya..sebagai ibu hatiku terselit rasa pilu………tetapi dalam masa yang sama aku rasa aku menrestuinya.Sebab itulah aku biasakan dia pergi kemana-mana program dan lawatan sekolahnya untuk dia belajar berdikari.

Kalau ikutkan hati mati ikut rasa binasa…hati seorang ibu bagaikan ingin meratap sangat-sangat bila suamiku menyatakan yang anakku bakal di hantar ke negeri kelahiranku. Kawan-kawannya yang tiada saudara marapun sanggup menghantar anaknya ke Kelantan inikan pulak aku yang punya saudara mara dan ibu bapa untuk menengokkannya. Bukan untuk membebankan mereka….tetapi demi untuk menuntut ilmu, lagipun anakku teringin sangat hendak bersekolah di sana, ayah dan ibukupun suka benar kalau Hafiez belajar di sana walaupun dia tinggal di asrama..tetapi mereka senang kerana dia anakku…cucu dari anaknya yang kurang upaya…barangkali kasih mereka lebih sedikit. Mampukah aku belajar untuk membiasakan diriku menerima hakikat yang anakku sudah besar bakal terbang untuk meninggalkan aku kerana Allah?.

Wajarkah aku membiarkan anakku yang seorang ini pergi jauh dariku? Seandainya dia masih lagi di sini solat jumaatnya entah kemana( kerana masjid jauh dan aku bimbang untuk dia pergi sendiri)…kerana di sini tidak mengagungkan hari jumaat penghulu segala hari…..dia sudah besar dia tidak boleh hidup dalam suasana begini. Walaupun di sini banyak sekolah agama…tetapi hatiku tetap di sana. Bukan bermakna di sini tak baik…di mana-manapun okey semuanya bumi Allah. Kepada blogger yang mempunyai masalah sama denganku kalau sudi berilah sedikit kata-kata semangat buatku, wajarkah dia berjauhan denganku. Mungkin anda punya anak ramai dan mungkin juga ada yang  senasib denganku…tetapi kami hanya ada Hafiez sorang sahaja………..sampai kehari ini aku masih belum melakukan solat istikharah kerana aku takut dengan keputusannya…insyaallah sampai masanya aku akan melakukan juga dan aku redha.

(Aduh…dah macam tempat luahan pulak..memanglah blogku tempat ku luahkan isi hatiku ini…tetapi sudah lama aku tidak bercerita yang agak jiwang karat gitu kat sini hihihi..kiranya ni tangisan dalam tawalah ek? apa-apa ajelah)

Semalam…
Hari minggu berlalu
Isnin datang kembali
Usia silih berganti
tampa kita sedari
Selasa menyusul lagi
mungkin kita terlalu alpa
bahawa usia meniti hari
rabu yang bakal menjelma
tiba tampa rasa jemu
khamis mungkin gerimis mengundang
dalam tawa dan tangis
jumaat…
penghulu segala hari
beribadat kita pada yang taat
tanpa rasa penat menunaikan kewajipan
Sabtu yang di tunggu
Semakin bergetar jiwaku
kerana aku masih di sini
untuk terus bersamamu
menutup tirai senja
Hingga kepelabuhan sepi..

p/s cute madah atau puisi ini from mesra.net

Advertisements

12 Respons to "~Hatiku berbelah bagi~"

moga Allah berikan ketenangan dan kekuatan pada akak…amin

Salam alaik ridwanto mekasih..samalah2 kita…

Relakanlah Hafiez pergi demi menuntut ilmu agama walaupun perpisahan mmg memeritkan tapi ganjaran amat besar buat ibubapa yg memiliki anak sedemikian. Usir kerisauan jauh2 dan pohon doa kerana DIA-lah yg melindungi sekian insan. Bertuah nuriman walau ada seorang anak pun, mahu belajar tahfiz. Terkandung hikmah di sebaliknya. InsyaALLAH dgn kekuatan iman dan doa, dia bakal menjadi anak yg soleh dan membahagiakan ibubapanya di dunia dan akhirat. Meskipun berjauhan, tak bermakna kurangnya kasih atau perhatian.

Mekasih Kak Norz..nak buat macam mana kak Norz dia satu2 permata hati kami, hajat hati hendak yg terbaik…benar kita merancang tuhanlah yg menentukan..tp kalau di corak putih..putihlah dia…kalau di corak hitam..hitamlah dia..tawakal kepada Allah s.w.t ..

hidup ini .. berjuang dan berkorban 🙂

Hmm…betul Jeff..berjuang kerana kasih sayang..kerana agama..

moga hafiez berjaya bawa pulang gelaran Al-hafiz, tumpang bangga 🙂

salam alaik : ohwwh, baru saja sehari dua tidak jengok, dah banyak entries rupanya.

anak adalah anugerah Allah. Walaupun saya belum diberikan anugerah tersebut, tapi saya tahu bagaimana perasaan ibu bapa dalam mentarbiyah anak-anaknya. Bagi saya, kalau tindakan itu yang akak rasakan terbaik, maka selayaknya direalisasikan. Inginkan hasil yang baik, perlukan sebuah pengorbanan. Kita menghantar anak-anak berjuang. Ingat tu ! berjuang. Bukan menghantar anak pergi berjalan-jalan. Teringat satu kisah, kalau tidak silap pada zaman rasulullah. Satu hari ada seorang mak cik menangis, lalu ada yang bertanya kepada mak cik tersebut, mengapa dia menangis ? Mak cik itu pun menjawab, aku menangis kerana tiada lagi anak-anakku yang dapat ku hantar untuk pergi berjihad. Kesemua anaknya telah shahid di medan perang. lebih kurang begitulah kisahnya.

Sedikit motivasi untuk akak. Lagipun kita hantar dia menuntut ilmu, belum sampai ke tahap sepertimana mak cik tersebut. Kita sebagai ibu bapa, cuba usahakan yang terbaik, dan yang terkahir, kita berdoalah kepada Allah. Kadang-kadang berjauhan lebih manis, daripada duduk sentiasa disamping org yg tersayang.

InsyaAllah, semuanya baik selalalu …

Salam alaik Ustaz Kamal…syukran atas nasihat tu..mmg akak pun kalau boleh nak yg terbaik dalam mendidik anak..benar akak pernah dengar kisah tu….insyaallah semoga semuanya baik2 belaka….

insyaallah Lara…bukan gelaran yg di banggakan Lara..tetapi demi agama, demi akhlaknya moga2 tidak terpesong jauh dari landasan asal…memandangkan diri ini bukanlah yg terbaik…seboleh2nya biarlah dia menjadi anak yg dapat menyejukkan hati mak pak. anak amanah Allah..teringat sy kepada seorang kawan yg bergelar ustazah di BCH suatu ketika dahulu..semenjak lahir anaknya yg perempuan di pakaikan tudung yg lelaki di pakaikan kopiah..bila mau kemana2 anaknya tidak mahu pergi kalau tanpa tudung dan kopiah..tertanya2 juga sy apakah sy mampu mendidik anak sy begitu? sejujurnya sy tidak mampu atau tidak pandai utk mendidik anak sepertinya….itulah sbbnya sy ingin mencari yg terbaik utknya sekurangnya2 sy boleh jawab di hadapan Allah nanti bagaimana sy mendidik amanahnya ini. Bila sy melihat sejak akhir2 ini gejala buli,bunuh pelajar padahal hanya benda2 yg kecil sy jadi takut, mmglah itu terjadi di atas kehendak-NYA dan juga kerana nafsu rakus manusia. Tapi kenapa manusia sekarang tidak seperti zaman saya dulu? ya segalanya sudah berubah…tiada kasih dan sayang…hormat menghormati sesama manusia. Dunia di jadikan pentas semata-mata dgn longokan hiburan bak cendawan tumbuh…sy tak tega satu2nya permata hati sy hidup dalam suasana begini. Sy tak rela. Itulah sy rela dia pergi jauh dari sini..dari kota ini.

Budak2 Lara…kalau depan kita pijak semutpun tak mati..tp belakang kita macam hantu..sy bimbang bila sy selalu menyaksikan muda mudi zaman sekarang…..inikah generasi yg akan membangunkan islam Hadhari?

Bukan pujian ,bukan juga gelaran yg ku pinta Lara tetapi nawaitu kerana Allah……mudahan Allah makbulkan impian ini..andai sebaliknya tawakal saja kepada Allah…DIA lah yang lebih mengetahuinya…

Beramal ibadatlah kamu seolah2 kamu akan mati besoknya…berkerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi…

Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Ah…

Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah…

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Ah…

Yelah Iman, bukan gelaran yg menjadi ukuran kita selama ni, keikhlasan kita beriman dan bertakwa itu yang dipandang Tuhan. Saya tumpang gembira dan bangga dengan kecekalan Iman merelakan perpisahan sementara ini keranaNya. Bukan mudah bagi Hafiez untuk menggalas tanggungjawap itu, bukan juga mudah bagi Iman untuk melepaskan satu-satunya anak itu pergi. Itulah yang membanggakan saya 🙂

Mekasih Lara…moga Allah memberkati hidup kita semua………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: