bila hatiku berbicara

~Merisik khabarmu~

Posted on: November 8, 2007

Semalam aku menelefon jiranku di BCH( Bandar Countryhomes). Hampir tiga tahun aku tidak ketemu dengannya semenjak aku berpindah ke PJ…. baru sekarang aku dapat menghubunginya, itupun suami dan anakku pergi ke BCH di hari raya pertama hari itu,kalau tidak..tak tahulah apa nombor hp terbarunya, nasib baik juga suami dan anakku berkunjung kerumahnya. Mana mungkin aku melupai dia insan yang banyak membantu aku ketika di sana. Memandangkan kesukaran untuk kerumahnya aku cuma menanti khabar dari rumah saja. Dia yang ku panggil Mbak Asmie merupakan orang Bawean atau Boyan. Masih kukuh dalam ingatanku ketika suamiku terlantar sakit di hospital dialah yang membawaku untuk ke Damai Hospital biarpun terpaksa bersusah payah menaiki bas. Ahh…kalau nak cerita ada kisah tragis ketika aku di dalam bas …tetapi biarlah dulu, suatu ketika nanti insyaallah aku akan berkongsi ceritaku bersama kalian. Mbak Asmie merupakan seorang kawan yang baik..boleh menumpang di kala suka dan duka. Biarpun dia bukan orang senegeri denganku..tetapi dia tetap saudara seislamku. Ya masih ku ingat lagi pertama kali kami berkenalan dia meluahkan kata-kata ini…orang islam bersaudara..tegur-tegurlah anaknya kalau dia meninggikan suara radio. Aku walau bagaimana orangnya aku tetap sudi bersahabat…tak kiralah orang bertudung ke tak ke aku sudi berkawan insyaallah. Andai aku mampu aku selitkan sedikit nasihatku yang kurang berilmu ini sebagai saudara seislam kepadanya… biarpun aku tahu…aku bukanlah insan yang terbaik……tetapi andai dia tidak suka mengenakan tudung di kepala aku sanggup memberinya tudung kerana aku tidak tega melihat kaum sejenisku menjadi bahan bakar api neraka. Na’uzubillahhiminzalik. Sampailah dakwah walaupun satu ayat (maaflah agaknya gitulah lebih kurang)

Inilah di antara perbualan aku dengannya.

Aku..”Assalamualaikum mbak khabarnya gi mana sih sihat ngak”? ( hampir enam tahun bersama jiran-jiran Indonesia tentulah boleh tiru kecek Indonesia sikit, dulu anakku cakapnya lebih kepada Indonesia dan Sabah).

Bak Asmie..” Waalaikumusalam…mbak sihat-sihat aje Tik( dia panggil aku Tik) tapi hati bak sedih bangat..kangan sama kamu..kamu gi mana sihat ngak? udah lama bak tidak ketemu kamu, mbak kangan sama kamu..kapan kamu mau kemari Tik?”

Aku..”akupun kangan jugak sama bak sama Nur( anaknya)..tapi mbak kan faham aku ini gi mana? mau kerumah mbak aje aku udah susah, gi mana kalau mbak aje yang datang kerumahku, nanti aku suruh bapaknya Hafiz tunggu mbak di KL Central mau ngak”? Nur bagaimana mbak? kalau mbak mau datang biarlah bersama Nur”. ( “aku” dah kira bahasa sopan kami di BCH bila bercakap dengan kawan-kawan Indon).

Mbak Asmie.. “Tik (suaranya ku dengar sendu) Nur udah gilak? udah lama dia ngak pulang-pulang kerumah…mbak ngak tau gi mana mau ghomong sama kamu Tik, hati mbak sangat sedih bila ingat Nur, bila Nur buat hati bak sedih…mbak ingat ke kamu terus Tik( suaranya tersekat-sekat)”.

Aku… “Masyaallah mbak ngapa in dengan Nur ngapa in mbak ngomong dia gilak? mbak ngomong apa ni mbak? tenang mbak jangan nangis terus”? aku cuba memujuk mbak Asmie yang sudah menangis kesiannya, hatiku jadi sebak.

Mbak Asmie…”Nur udah gilak Tik…gilak tak mau pulang kerumah ikut cowok, gilak orang muda Tik bukannya sewel..cakap-cakap mbak langsung dia tidak endah lagi, dia udah pergi Tik. Mbak ngak tahu gi mana lagi Tik. Cakap-cakap mbak langsung dia tidak endah lagi dah, cakap bapaknya pun dia tak mau dengar…kayaknya dia seperti udah benci sama mbak, kawan mbak telepon bagitahu dia yang mbak terjatuh dalam longkang hari tu dia tak percaya Tik…mbak sakit tapi dia tinggal terus. Apa salah bak Tik, dia udah berenti sekolah Tik…dia udah ngak mau sekolah lagik, gi mana lagi mbak mau buat Tik?”. Dia sudah menghamburkan tangisnya membuat hati aku walang. Aduhai terbetik di hatiku ada anak tunggal perempuan kesayangan tetapi kenapa emaknya di tinggalkan demi kekasih hati?

Aku…”Sabar mbak…jangan ikutkan hati…mbak berdoa terus semoga dia berubah jua suatu hari nanti. Apa lagi yang mampu aku katakan kalau aku sendiri bukan di posisinya, aku hanya mampu memujuk saja.

Mbak Asmie…”Nanti mbak kerumah kamu mbak telepon kamu…udahlah Tik ini semua salah mbak…kerana terlalu memanjakannya hinggakan dia sanggup melukakan hati mbak”.

Hmm… itulah lebih kurang ngobrolku bersama Mbak Asmie…dalam hatiku berdoa semoga anak gadisnya pulang kepangkuannya. Itulah yang aku takut bila mendengar kisah sebegini…acap kali anak-anak gadis keluar rumah ikut teman lelaki kesudahannya hanya Tuhan saja yang tahu. Mbak Asmiepun terlalu memanjakan anak gadisnya…apa saja di turuti biarpun kerjanya hanyalah pencuci di sebuah kilang plastik. Aduhai robek hati seorang ibu hanya Tuhan saja yang tahu? Siapakah yang bersalah hingga jadi begini? Apakah si ibu? atau si anak yang tidak pernah memikirkan bagaimana perasaan seorang ibu. Entahlah sekadar berkongsi kisah duka….

~Eh… sorrylah kalau aku tulis Indonesia tu salah nama kedua watak itu adalah rekaanku semata-mata..

Advertisements

5 Respons to "~Merisik khabarmu~"

.. mmg besar dugaan mendidik anak perempuan. bagi si ayah, silap haribulan tersangkut di pintu syurga jadinya

Itulah kata org jaga lembu sekandang lebih baik dari jaga anak perempuan…tp zaman la ni anak lelakipun bimbang gak..entahlah………..

salam alaik,

sedih bila mendengar cerita-cerita begini.

salah siapa ? jika kita sebagai ibu bapa sudah menjalankan tanggungjawab yang selayaknya, apa lagi mahu dikata …

sebenarnya, dalam mentarbiyah anak-anak, atau remaja, semua org berperanan, – saya tak ada anak lagi, bolehlah cakap ye tak …

apa pun, saya juga mendoakan agar Mbak akan kembali ceria disamping kepulangan anaknya Nur itu … ameenn

salam .akakpun sedih jugak..anak dia ni tua setahun dari Hafiez…..entahlah agaknya beginilah kalau anak di manja melebihi segalanya..apa yg anak nak diikuti..sepatutnya sebagai seorang anak bersyukur dpt emak seperti Bak Asmie biarpun dia hanyalah kerja jadi cleaner di kilang tp segala keperluan anak2 mencukupi apa lagi anak perempuan tunggal…anaknya tua setahun dari Hafiez merupakan anak yg manja..tp itulah duduk rumah flet bercampur dengan budak2 yg tercicir pelajarannya…mudahan anak ini akan insaf..suatu hari nanti akan sedar yg kasih sayang ibu tidak berbelah bagi………kasihnya ibu membawa kesyurga..kasihnya ayah sanggup berkorban apa saja demi anak2nya..

eh berulang tulis lak tulis anak dia tua setahun dr hafiez afwan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: