bila hatiku berbicara

~Nada dering ayat suci diharamkan~

Posted on: November 10, 2007

MAKKAH: Majlis Perundangan Islam Arab Saudi mengharamkan penggunaan ayat suci al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia menjejaskan kesucian kalimah kitab suci Islam berkenaan, lapor Saudi Press Agency yang dipetik Arab News, semalam.

“Tindakan menjadikannya sebagai nada dering terbukti satu penghinaan ayat suci itu dengan menghentikannya secara tiba-tiba di tengah bacaan atau mengabaikan bacaan.

“Ia berbeza dengan merakamkan ayat dari kitab suci Quran dalam telefon dengan niat untuk membaca dan mendengarnya ialah satu perbuatan murni,” kata cendikiawan dan ulama yang menghadiri majlis itu dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi Saudi Press Agency dan dipetik Arab News, semalam.
Mesyuarat enam hari Majlis itu berlangsung di Makkah pada 3 November lalu. Ia dipengerusikan Mufti Besar Abdul Aziz Al-Asheikh dan dihadiri kira-kira 70 ulama Islam yang membincangkan pelbagai isu penting membabitkan umat Islam hari ini.

Mesyuarat itu dirasmikan Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal.

Selain isu nada dering, Majlis Perundangan itu turut membenarkan umat Islam menentukan jantina janin mengikut kepentingan perubatan, termasuk dalam usaha mengenal pasti penyakit yang disyaki boleh menjejaskan bayi lelaki dan bukan bayi perempuan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, sebarang keputusan akhirnya mengenainya berdasarkan pandangan tiga doktor bagi mengesahkan keperluan itu mengikut prosedur perubatan.

Majlis itu juga meluluskan kaedah memusnahkan ovari yang boleh menyebabkan kecacatan bayi. Namun ia menegaskan perbuatan untuk cuba mengawal jantina seseorang bayi adalah dilarang sama sekali.

Dalam mesyuarat itu juga majlis menggalakkan penduduk Islam di negara Barat menyertai pilihan raya di negara bukan Islam dan memainkan peranan penting terutama sekiranya pilihan raya itu memberikan kebaikan kepada masyarakat dan melarang perbuatan jahat di kalangan masyarakat.

Katanya, dengan cara itu hanyalah satu-satunya cara penduduk Islam di luar negara itu menjamin hak mereka.

Selain itu mereka juga menggalakkan penduduk Islam di negara Barat bercampur dengan masyarakat Barat tetapi berhati-hati terhadap mereka supaya tidak menerima sikap Barat yang bertentangan dengan prinsip Islam.

Mereka yang hadir membentangkan kertas kerja termasuk imam Masjidilharam, Sheikh Muhammad ibn Abdullah Al-Subeyel. Dalam sesi rumusan, Majlis Perundangan Islam itu menggalakkan dialog dengan bukan Islam yang disokong dengan program media adalah penting dalam usaha untuk mengatasi kempen anti Islam.

Majlis berkenaan juga menggesa penduduk Pakistan dan Palestin bersatu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi di negara mereka. – Agensi

~Memang patutlah kalau nada dering ayat suci di haramkan…misal katalah ni…bayangkanlah kalau kita duk dalam tandas handphone kita ada dalam poket baju ke atau di gantung katr leher… tiba-tiba orang call bukankah tak boleh…bukankah nak sebut nama Allah dalam tandaspun tak boleh inikan pula bacaan ayat suci. Tapi rasanya tak ramai yang membeli nada dering ayat-ayat suci ni segelintir sahaja..tapi tak kan depa tak tau kot…cuma ada gak yang tak ambil peduli.. Rasanya kalau membeli nada dering lagu-lagu tu banyak lah kot khususnya kepada remaja dan anak muda lagu-lagu~

Advertisements

2 Respons to "~Nada dering ayat suci diharamkan~"

sebenarnya, sebelum pada fatwa ini dikeluarkan pun kita sepatutnya dah boleh fikir mengikut akal, berlandaskan apa yg boleh dan tak boleh atas kesucian agama.

itupun, bersusah-susah juga nak bertelagah pendapat dengan mereka (yg merasakan ringtone ayat suci tak salah) ..

hmm betul2, kalu hp saya lagilah kunonya apa yg ada tu lah yg saya pakai sebagai nada dering hihihih….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: