bila hatiku berbicara

~Hak kita dah jadi hak orang lain~

Posted on: November 18, 2007

15 November 2007 bersamaan dengan 5 Zulkaedah 1428, tarikh ini merupakan tarikh yang bersejarah buat Hafiez bila mengetahui keputusan UPSRnya…walau apa keputusan alhamdulillah. UPSR hanya sekali seumur hidup tidak akan berulang lagi. Pun begitu bagiku syukur alhamdulillah kerana aku masih ada dia penghibur hatiku di kala duka dan laraku, bila dia sudah pergi sunyilah aku nanti. Biarlah peristiwa ini menjadi dairi peribadi dalam hidupku.

Pada tarikh ini juga anakku telah kehilangan sesuatu yang dia miliki. Sudah beberapa hari suamiku meminjam hpnya untuk di bawa kepejabat….tetapi entah kenapa hari itu suamiku pulang kerumah memohon maaf kepadaku dan Hafiez…innalillah hiwaiina ilaihi raajiun…hp Hafiez sudah tiada???

“Hp Hafiez takdak duk kat mana? tanyaku kehairanan.”Tak taulah jatuh kemana sedar-sedar nak cas dah tak ada dah”. Aku terkedu tak berkata apa-apa walaupun jauh di sudut hatiku menjerit ingin bertanya itu dan ini nak bla bla bla dan pok pek pok pek…biasalah orang pompuan kalau dah tak puas hati dia akan bertanya sehabis-habisnya. Hafiez tak terkata apa-apa tapi aku lihat riak wajahnya sedih…awat tak sedihnya kerana dia sanggup mengumpul duit sekolahnya untuk mendapatkan hp yang dia idamkan. Biasalah aku mengajar anak kalau nak sesuatu bukannya mudah mesti kumpul duit walaupun rm1 seharipun jadilah…tapi yang banyak keluar duitnya kita gak bukannya apa nak ajar dia menabung..untuk dia jugak. Harapan tu sentiasa ada…suamiku kata tak apalah mungkin ada kat dalam almari pejabatlah kot atau jatuh kat bawah meja..kalau hp tu hidup tak apa lah..tapi baterinya tak cas macam mana nak call. Tapi besar kemungkinan terjatuh dalam LRT..mana mungkin boleh terjatuh kalau diletakkan dalam poket seluar? Segala kemungkinan boleh terjadi..

Ahh….berbagai-bagai andaian yang aku reka…semuanya tak jelas…sudah beberapa kali aku call no Hafiez…tetapi hampa kerana hanya di suruh tinggal pesanan gak…..lalu aku sms ke no Hafiez berkali-kali…aku mohon kalau ada yang terjumpa atau dah terambil tolong call no aku ini…atau no yang tertulis ayah dan ibu di dalam hp Hafiez….masih lagi hampa.

Malam tadi aku sms lagi dan lagi hinggakan aku katakan tolonglah call saya balik kasihan saya OKU…bukan untuk di minta simpati tetapi manalah tahu kalau yang terambil ini lembut hati hendak call kami balik…hampa. Hari ini tepat jam empat petang aku try call dapat…tapi cepat-cepat di matikan….akhirnya penantianku berakhir juga kerana hp anakku Nokia 2626 sudah menjadi milik orang lain, bukan aku beri kepadanya tetapi dia terambil/terjumpa atau tersengaja hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. “Sudahlah Hafiez Allah pinjamkan sebentar cuma untuk kita, sekarang Allah ambil balik dengan cara ini….tapi tak mengapa kerana Allah masih beri peluang lagi untuk kita bernafas hingga kehari ini. Jauh di sudut hati terasa terkilan tetap ada begitu juga dengan Hafiez…tapi sabarlah duhai hati..ini semua harta dunia datang dan pergi…tapi yang sedihnya kerana anakku sanggup kumpul duit demi mendapatkan hpnya. Teringat kepada emak aku walaupun berkali-kali dia membeli anting-anting..tetapi ditakdirkan jatuh jugak sebelah tanpa sedar…hinggakan ibuku berkata…eh nak kata duit tak halal aku beli dengan duit halal hihihi pandainya emak aku buat lawaknya..ketika itu kami sama-sama tergelak kecil. Sampai kehari ini emakku tidak pernah memakai anting-anting lagi.

Teringat pula kepada abangku yang kehilangan hpnya di dalam jaket bajunya di kedai kopi di kampungku, bila dia hendak pergi mengambilnya semula cuma ada baju saja hpnya hilang entah kemana. Dia beritahu kakak iparku hpnya sudah hilang…lalu kakak iparku buat solat hajat tak henti-henti berdoa supaya di kembalikan semula hp tersebut. Di takdirkan dua tiga hari selepas itu tuan empunya kedai hantar balik…katanya dia nampak ada atas meja…tp tak sedar pulak siapa yang letak. Itu di kampung kalau di sini aku nak kata jangan diharappun takut ada rezeki…tapi entah rasanya payah. Walaupun sudah kami buat solat hajat banyak mana sekalipun kalau dah duk kat tangan orang memang payah…bolehlah di buat solat hajat mana tahu kalau orang itu lembut hati menelefon kami.Tapi hampa….tak mengapalah dah bukan hak kami. Aku selalu berpesan kepada anakku…seandainya terjumpa barang orang jangan di ambil….kerana itu bukan hak kita…kalau ayah dan ibu tak nampak tapi Allah nampak. Ayahnya kata kalau dah nak hilang yang tu kita beli yang lebih canggih lagi hahaha untuk menyedapkan hati dan hendak melepaskan rasa geram di hati. Mungkin hp yang orang tu ambil tak kan lama duk dengannya..mana tahu hilangkah..jatuhkah dan berbagainya lagi kerana mengambil hak orang lain.

Begitulah kehendaknya takdir, cuma aku rasa terkilan sangat kepada yang terambil atau tersengaja…sepatutnya dia call no-no yang tertera di situ. Tetapi bila kita call dia terus di offkan hp tu. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang mengambil…kalau dia saudara seislamku berfikirlah sebelum mengambil barang orang tanpa izin…tapi kalau dia orang bukan seagamaku nak kata apa lagi dah. Tapi kalau dia seagama denganku…agama kita melarang mengambil hak orang lain tanpa izin…nak halal tak nak halal??? Bagaimana di akherat nanti??? Aku sedar aku hanyalah manusia biasa yang adakalanya ada perasaan sedih dan marah…tapi nak buat macam mana semuanya kerana kelalaian…………..

Tiada apa yang hendak di kesalkan lagi semuanya sudah berlalu…Ya Allah redhalah wahai aku itu bukan milik aku lagi. Sekadar berkongsi cerita sahaja. Kepada anda semua berhati-hatilah ……biarpun barang kita yang hilang murah atau mahal rasa terkilan tetap ada kerana aku hanyalah manusia biasa yang terlalu banyak kekhilafannya…. masih terbayang-bayang lagi bagaimana rupa dan bentuknya..apatah lagi naluri seorang anak. Tiada yang kekal melainkan ALLAH. Insyaallah pujuk hati REDHA…………..

Advertisements

2 Respons to "~Hak kita dah jadi hak orang lain~"

sabarlah kak atas uian yang Allah timpakan buat kita.
Semoga Allah akan gantikan dengan barang yang lebih bernilai disisi Nya..
amin

Hmm begitulah Wanto kehidupan ini penuh ujian…mungkin ada hikmahnya…itu baru barang harta dunia kalau suatu hari nanti di ambil nyawa kita tak kan dapat di tukar ganti lagi dah…barang yg hilang boleh berganti..tp nyawa manusia tiada gantinya…alhamdulillah………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 840,659 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: