bila hatiku berbicara

~Kisah Ayam Lagik~

Posted on: November 18, 2007

Tiada kepala

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Pengurusan sebuah pasar raya besar sanggup membayar RM20,000 kepada seorang pelanggannya sebagai ‘upah’ supaya tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas pelanggan itu membuat aduan mengenai ayam selasih dibelinya dipercayai tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Bagaimanapun, pelanggan berusia 40-an itu tidak gelap mata, sebaliknya membuat aduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan orang Islam yang membeli ayam selasih di pasar raya berkenaan tidak menjadi mangsa sepertinya.

Sumber Jakim berkata, pelanggan itu membeli tiga ekor ayam selasih atau dikenali juga sebagai ayam hitam di pasar raya berkenaan pada Selasa lalu, namun setibanya di rumah dia curiga dengan cara penyembelihan dua daripada tiga ayam berkenaan.

Ini kerana satu daripada ayam itu tiada kepala, manakala satu lagi didapati urat pada lehernya tidak putus.

“Pelanggan itu membawa ketiga-tiga ayam dibelinya ke pasar raya berkenaan dan meminta penjelasan, namun jawapan diterimanya sungguh mengejutkan apabila pegawai halal pasar raya itu yang membuat pemeriksaan mengesahkan ayam itu tidak halal.

“Malah, pelanggan itu ditawarkan bayaran ganti rugi RM20,000 untuk menyelesaikan kes dan dia juga diminta tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa atau media.

“Namun, pelanggan itu sungguh bertanggungjawab dan tidak mudah gelap mata apabila dia bersama peguamnya datang melaporkan perkara itu kepada Bahagian Hub Halal Jakim sambil membawa ketiga-tiga ayam selasih yang dibelinya di pasar raya berkenaan,” kata sumber itu.

Menurutnya, selepas membuat pemeriksaan, Jakim mendapati penyembelihan ayam itu tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Sumber itu berkata, keterangan pelanggan itu diambil bagi membantu siasatan dan pihaknya menghantar pegawai ke pusat penyembelihan ayam yang membekalkan produk itu di pasar raya berkenaan.

Begitupun, pegawai bertanggungjawab ketika dihubungi untuk mengulas mengenai kunjungan pegawai berkenaan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut, sebaliknya hanya berkata kes masih dalam siasatan.

Pelanggan itu pula ketika dihubungi berkata, perkara itu diserahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Tinjauan di pasar raya berkenaan mendapati rak yang menempatkan ayam selasih kosong dan ditampal notis ‘kehabisan stok sementara’ bertarikh 10 November 2007.

Rak berkenaan diganti dengan ayam lain. Apabila diajukan pertanyaan kepada pekerja pasar raya berkenaan, mereka memberi alasan ‘ayam hitam sudah habis’.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail, berkata jika dakwaan itu benar, tindakan segera perlu diambil bagi memastikan hak pengguna tidak diabaikan.

Katanya, sebagai sebuah syarikat besar, mereka bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan terbaik, termasuk bahan jualan kepada pelanggan.

Yusoff turut mengakui pihaknya banyak menerima laporan mengenai masalah berkaitan ayam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, antara aduan yang kerap diterima ialah ayam yang dibeli di pasar raya berbau busuk, ayam yang dihantar dicampur bersama daging babi serta menemui haiwan lain di dalam plastik bungkusan ayam.

“Kami banyak terima aduan ayam tidak segar, busuk dan berbau bila dimasak, malah ada pengguna mendakwa dia melihat ayam yang dihantar diletakkan bersama daging babi.

“Terbaru, seorang pengguna mendakwa ayam segera yang dibeli di sebuah pasar raya mengandungi cicak di dalam salutan tepung ayam berkenaan. Perkara ini dibawa ke mahkamah untuk tindakan,” katanya.

Menurutnya, Cake ada membuat pemantauan ke atas masalah yang timbul dan apabila terbukti benar, ia dibawa ke pihak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Yusoff menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati apabila membeli ayam, terutama di pasar raya atau pusat beli-belah, bagi mengelak tertipu.

“Sebelum beli, teliti terlebih dulu kandungannya, jika meragukan jangan beli. Saya juga menyarankan lebih baik beli di pasar pagi kerana ia masih segar dan boleh dilihat dan diperiksa dengan jelas,” katanya.

Menurutnya, bagi memupuk kesedaran kepada pengguna, Cake akan mengadakan program khas bertajuk ‘Wanita Sebagai Pengguna’ pada 27 November ini yang membincangkan fungsi wanita, terutama suri rumah, dalam aspek pembelian barang, termasuk makanan, selain penipuan dalam jualan langsung.

Jangan makan jika ragu

KUALA LUMPUR: Umat Islam mempunyai pilihan untuk tidak memakan ayam yang diragui penyembelihannya atau memilih yang sempurna untuk tujuan berkenaan.

Menurut pandangan tokoh agama, ada dua hukum yang boleh menjelaskan keadaan ayam yang diragui penyembelihannya iaitu hukum fiqah dan ihtiyat atau kewaspadaan.

Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepemimpinan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Mohd Azhar Abdullah, berkata dalam hukum fiqah ia melihat secara zahir atau luaran iaitu ayam yang disembelih sempurna boleh dimakan dan sebaliknya ditinggalkan.

Katanya, dalam hukum ihtiyat pula, umat Islam yang ragu boleh meninggalkan semuanya atau tidak mengambil ternakan berkenaan atas sikap berhati-hati.

“Dalam fiqah, kita melihat aspek zahir iaitu ayam yang diragui ditinggalkan, sebaliknya yang sempurna diambil. Hukum ihtiyat pula yang membawa maksud cermat atau berhati-hati, jika ragu meskipun ada yang halal, tinggalkan semuanya.

“Misalnya, keraguan itu wujud sama ada orang yang menyembelihnya tidak cukup ilmu atau ia dilakukan orang kafir. Dalam Islam, meninggalkan perkara ragu adalah baik dan sunat dan ia dapat menyelamatkan kesucian agama itu,” katanya.

Mohd Azhar berkata, situasi hari ini perlu mengikut piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa seperti Jakim kerana undang-undang mengenainya jelas.

Mengulas lanjut mengenai penyembelihan ayam, beliau berkata, dalam mazhab Syafie, tiga urat penting di leher ayam perlu putus, iaitu urat pernafasan serta urat makan dan minum.

Jika tidak putus, ia ditakrifkan tidak mengikut syarak, sementara dalam mazhab Maliki pula jika hanya urat pernafasan yang putus sudah dikira boleh dimakan.

“Apapun, semuanya berpandukan ilmu dimiliki kerana jika tiada ilmu mengenainya (penyembelihan ayam) akan menimbulkan kerosakan. Ilmu yang lengkap dapat membezakan antara halal dan haram.

“Namun, jika ada ilmu tetapi mengabaikannya atau tidak mempraktikkan, ia berdosa disebabkan kejahilan diri sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai umat Islam yang menikmati ayam yang disembelih tidak mengikut syarak, Mohd Azhar berkata, perkara itu tidak memberi dosa disebabkan faktor lupa atau kerana tidak tahu.

Katanya, jika seseorang itu mengetahuinya, ia perlu bertaubat dan tidak mengulangi lagi.

~Alhamdulillah kerana Allah sudah tutup pintu hati aku dan keluarga untuk memakan ayam sebegini, malah melihat ayam daging yang di jual di pasaraya rasa loya, kesian nasibmu wahai ayam di buatnya engkau sesuka hati oleh tangan-tangan manusia yang tak tahu halal dan haramnya~

Cerita dari anakku…..ketika dia di Kem Motivasi kat Setiawan baru-baru ini dia sanggup makan nasi dengan sayur kerana dia tak makan ayam lagi…..kerana kata ibu jangan makan..bila ustazah tanya kenapa Hafiez tak makan ayam? Jawabnya dia alahan dengan ayam…wah bagus jawapan anakku…sekurang-kuangnya tidak mengecilkan hati orang…begitu jugak ketika dia di rumah sepupu sepapatnya ketika di kampung…awatnya Hafiez tak makan ayam? itulah jawapannya. Terdetik gak dalam hati aku kesiannya anakku…tetapi nak buat macam mana dah begitulah yang sebenarnya…kalau tak tahu tak apa…tapi kalau dah tahu rasanya tak payahlah nak makan lagik ayam organikkan ada……….

~Blogku dah jadi blog ayam hmm tak apalah buatlah rujukan wahai kawan~ 

9 Respons to "~Kisah Ayam Lagik~"


من نمی توانم با این مقاله مشاجره یا موافقت کنم چون خرد مکفی داخل زمینه این مقاله و بلاگ ندارم


من این نبا را خواندم و می توانم این مطلب را به اشخاص دیگر هم پیشنهاد کنم


عبد نمی توانم با این مقاله لگن خواه موافقت کنم برای اینکه خرد کافی درون زمینه این مقاله و بلاگ ندارم


این مطلب مشاوره و پیشنهاد مناسب برای کسانی است که می خواهند
اکناف محتواها شبیه بوسیله این مطلب مطالعه
بیشتری داشته باشند


معنای مطلب ی این نبا از نظر وافر از افراد کم قیمت و کامل نیست ولی فدایی از مطالب سکوی پرتاب موشک ها و بلاگ ها پیرامون این مطلب در وب وجود دارند که می توان از آنها استفاده بهتری داشت


سلام . عبد قسم می خورم که این مطلب گویا است و محتملاً هیچگاه نفر نتواند پیام مشابه بوسیله این مطلب را درون وبلاگ نامستور کند برای اینکه عدیده کامل است


سلام . من قسم می خورم که این مطلب رسیده است و محتملاً هیچگاه کس نتواند پیام مشابه بوسیله این مطلب را درون وبلاگ فاش کند برای این که بی مر کامل است


موضوع کلام ی این مطلب از نظر مفرط از افراد مفت و کامل نیست ولی ازخودگذشته از محتواها محل استقرار رادار ها و بلاگ ها پیرامون این مطلب در وب وجود دارند که می توان از آنها استفاده بهتری داشت


عبد تا بوسیله احوال مطلب به این اتساق در اینترنت نخوانده بودم بسیار جذاب و تمام بود و مقاله جالب ایشان درخصوص بی نهایت از ویزیت کنندگان اینترنت ارزان قیمت است

Tinggalkan Jawapan kepada گردیا حاجیانی Batal balasan

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 913,639 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada