bila hatiku berbicara

~Tabung Haji tidak mesra OKU~

Posted on: November 23, 2007

Assalamualaikum..salam hari jumaat penghulu segala hari selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Basahilah lidah antum hari ini dengan kalimah”Ya Allah” seribu kali hari ini insyaallah semoga mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

Sesekali aku tertanya-tanya juga untuk apalah aku berblog kalau ianya tak ubah seperti meluah perasaan di sini? Malah di mana-mana blogpun hanya ayat-ayat yang sama dan penceritaan yang sama . Dunia kehidupan suka duka insan yang bergelar OKU…tetapi bila aku fikir-fikir kalau aku tidak berblog apa yang hendak aku lakukan? Bayangkanlah anakku cuma seorang dah besar tak lama dah nak terbang dah, sepanjang masa, tahun dan hingga keakhir hayat duniaku hanya rumah…jadi aku ni bagaimana kalau tidak menulis blog? Nasib baiklah aku mempunyai blog alhamdulillah aku masih di beri peluang untuk hentakkan jejari aku di atas keyboard ini…biarpun gaya bahasa penulisanku tidak seindah mana. Kekadang aku menulis ikut suka aku ikut loghat pun ada… tetapi itulah aku sebenarnya, berkongsi cerita dengan anda, bukan untuk mengaibkan sesiapa…tetapi itulah realiti kehidupan seorang insan kurang upaya( maaflah kalau dulu aku malu nak mengaku yang aku ini kurang upaya…tetapi bila dah berblog dan berkenalan dengan beberapa insan kurang upaya di satu forum Komuniti OKU perasaan itu hilang di atas dorongan dari teman-teman senasib, alhamdulillah. Kalau tidak…. tak tahulah sampai bila aku harus mengasingkan diriku). Entahlah…. terasa kosong kalau tidak menulis blog dan tidak bertandang dari satu blog ke satu blog benar-benar kosong. Barangkali itulah dunia aku sekarang .

Hah…ni ceritalah sikit ni takdak lah menarik sangat. Jam satu petang semalam 22.Nov. 2007 suamiku call dari pejabat… katanya siapalah kita p tabung haji Kelana Jaya nak p bukak akaun untuk aku dan Hafiez. Memangnya sudah lama niat nak pergi tapi faham-faham sahajalah kekadang ada sahaja halangannya. Tahu-tahu sahajalah orang macam aku ni kalau berjalan jauh sikit sakitlah dan memacam lagi yang aku rasa. Kalau nak guna whellchair aku memang tak suka kecuali kalau terdesak sangat kerana kataku macamlah aku ni tak boleh berjalan walaupun guna tongkat( lagipun bimbang kalau-kalau teksi tak nak muatkan kerusi roda dalam bonet kereta dia). Aku malu sebenarnya bila di sorong dengan kerusi roda…tetapi kalau aku jalan pakai tongkat aku tak rasa malu sangat entahlah dah nama lagi orang OKU macam-macam yang aku rasa( biarlah sakit dalam senyum). Syukur kerana masih lagi boleh hayunkan tongkatku untuk ke mana-mana….mudahan Allah sentiasa campakkan aku kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi hidup yang sementara ini.

Selepas solat zohor suamiku pulang dengan teksi kami berangkat ke Tabung Haji Kelana Jaya. Memanglah ramai orang musim-musim haji ni. Sampai di gate di Tabung Haji pemandu teksi menyuruh kami turun..kata suamiku masuk ke dalamlah. Tetapi pemandu teksi tak nak masuk katanya teksi tak boleh masuk di sini. Pengawalpun tak bagi…tetapi bila kita sebut OKU baru nak bagi…ahh… kekadang malu jugak bila terpaksa nak kena sebut perkataan tu baru nak bagi teksi masuk ingat kita ni apa? Beginikah layanannya? kalau bukan saudara seislam denganku aku tak kata apa-apa kerana depa tak tahu apa-apa..tetapi ada gak yang reti bahasanya. Aduhai ini semuanya undang-undang dunia. Undang-undang dunia tidak sama dengan hukum Allah, Allah tidak akan membezakan hamba-hambaNYA…yang membezakan hanyalah amalan masing-masing. Tetapi hukum dunia kalau vip-vip di layan bagaikan nak dukung tetapi kami ni bagaimana???? Kenapa kereta mercedes boleh masuk? Bukannya nak suruh teksi tunggu cuma pergi hantar kami dekat sikit…agar senang aku hendak berjalan kenapa mesti di kata “TIDAK BOLEH”? Aku tidak dapat terima semua itu kerana itu cuma hukum dunia…bukannya aku hendak di beri layanan istimewa sementalah aku ini OKU tidak……tetapi benda boleh jangan kata TIDAK BOLEH. Agak jauh jugak orang seperti aku ini hendak berjalan kepejabat untuk buka akaun tersebut.

Sempat juga aku melihat kakitangan TV3 yang duduk-duduk di kerusi di tempat di situ dengan juru gambar hendak buat liputan jemaah haji agaknya ada Mohammad Nor Sulaiman dan siapa lagi entah tak kenal namanya walaupun pernah tengok mukanya kat TV3. Segan jugak hendak melintas di hadapan mereka…aku takut depa ambik gambar aku berjalan huhuhu perasanlah ko.

Kata pengawal / pak jaga yang dalam pejabat tu pulak…”datang sekarang ni ramailah orang dalam musim haji ni kalau pergi tempat lain taklah ramai orang sangat”. Dalam hati aku..”ikut suka aku lah aku nak mai bilapun hang nak kisah apa, ingat senangkah aku nak pergi tempat lain nak kena panjat tangga lagi?”…hah itulah ayat-ayat jahat yang keluar dalam hati aku sementara untuk menghilang lelah.

Selesai segala urusan suamiku pun kena terkejar-kejar balik ke pejabatnya pulak selepas menghantar aku dan Hafiez balik. Suamiku sempat bertanya seseorang di situ…boleh tak nak panggil teksi masuk sebentar? Jawapannya tak boleh…kata suamiku mercedes boleh pulak..dia senyap aje dan senyum.

Maaflah itulah sebuah liku-liku kehidupan dunia orang kurang upaya. Selalu jugak tengok Ras Adiba menangis bila menyampaikan puisi merdeka di matamu. Barangkali hanya insan-insan yang senasib yang memahami dunia aku ini. Bukanlah aku tulis ni nak sensasikan blog aku atau apa ..tetapi saja nak kongsi cerita. Dah muak perkataan simpati dan empati yang aku tulis..jadi aku tak nak tulis sebab dah boring dah ulang ayat-ayat yang sama. Cuma berkongsi pengelaman sahaja. Benarlah tabung haji tak mesra OKU. Bayangkanlah kalau orang tu takdak kaki dan tak dak kenderaan diorang akan mengensot untuk pergi buka akaun kalau dia takdak kerusi roda nak berjalan masukpun agak jauh jugak. Tetapi tu cuma contoh aje tu..tak kanlah mak, pak, bini dan anak depa nak biarkan dia jalan gitu kan? tak masuk akai langsung.

Hmm..maaflah kalau tersalah silap…bukan bermaksud untuk memburukkan sesiapa tetapi itulah yang aku alami semalam. Kepada yang berangkat ketanah suci Mekah selamat menunaikan ibadah haji semoga ibadah haji kalian di terima Allah s.w.t.

Advertisements

19 Respons to "~Tabung Haji tidak mesra OKU~"

Assalamualaikum. Wah bagus blog ni. Islamik dan ilmiah. Bagusla kita perlu mempelbagaikan pengatahuan kita, lebih-lebih lagi dlm hal ehwal agama yang kita anuti. By the way, thanks for drop by to my blog. Kawe meme orghe Kelate. Demo?

Alhamdulillah..sy sihat sokmo..,hati ana tersentuh sebentar bila baca artikal terbaru ni..`anda memang special orgnya, wlau ape keadaan skalipon anda tekun dan bgitu comitmen dlm penulisan blog..smoga dlm penulisan ini anda dirahmati..nak gi haji ke?

masyaAllah! kak iman ni ngaji darul anuar dlu? sy pon pelajar situ…tahun ni sy bru abis STAM.,xsangka btol yg kita ni menuntut ilmu di tempat yg sama….kak iman dr tahun bile smpai bile?

hehehehheh…………..maap salah org..,tersalah bace msg…abaikan komen sy…huhu

salam kenal,

orang tak tau bila depa tak rasa, org tak rasa bila depa tak kena.. 😀

Salam kawe..memang ambo org kelate tulin pasir putih maghi..demo?mekasih jenguk blog ambo yg tak seberapa nih…

tak apa ibnuahmad…kita tak kisah…insyaallah semua org nak gi Mekah..

theconfused salam kenal…huhuhu secebis kisah suka duka………

salam kak
sabar lah kak
mmg itu lah resam dunia
yang penting kita ada Allah, Allah sahaja yang memahami apa yang berlaku kerna Dia tuhan Yang Maha Esa, Maha Mengetahui
MUdah2an Allah akan memberi kekuatan akak sekeluarga menempuhi kehidupan ini..amin..

P/s: akak tinggal kat mana ?? Kalau ada kelapangan dan masa, boleh lah saya dan keluarga menziarahi akak sekeluarga…
Sekarang saya menetap di Skudai, jb

Salam Wanto insyaallah Wanto sudah lama akak melalui berbagai dugaan ttp alhamdulillahrasanya dah tebiasa…sekadar utk berkongsi cerita..akak tinggal di petaling jaya…kalau datang kl singgah sini…

ohhh..rumah saya di sungai way
umah mak…
insya Allah, bulan depan saya akn ziarah akak sekeluarga….

Bulan depan insyaallah mungkin hafiez takde rumah kot..dia pergi ke kem ibadah di sentul sampai 12 Dis..walau bagaimanapun kalau Wanto nak datang akak terima aje insyaallah..

ohh,tak apa..
saya balik umah mak kat sungei way 23hb 12, pas raya haji…
bawa alYa Insyirah dan isteri..
boleh kita berkenalan yea kak…
macam mana saya nak hubungi akak?
mungkin akak boleh bagi alamat akak di email saya…

insyaallah nanti akak bagi alamat akak di emel Wanto insyaallah..

slm, brtemu lg..,sy berasal ampang selangor.,sy suka merantau, form 1-3 sy blajar agama di skolah mngah agama parit,Perak..,sy xsuka blajar fokus hanya satu tempat..,sy sambung 3 tahun di skolah tok guru..Alhamdulillah baru tamat pengajian..,emmm…pndapat sy mengenai skolah tahfiz.? sy amat minat skolah tahfiz dan pernah bercita-cita utk ke skolah tahfiz tambahan lagi skolah tahfiz di kelantan, sy ade baca artikal akak yg dulu mengenai skolah tahfiz, memang sebenarnya guru di skolah tahfiz tersebut sebenarnya tersalah langkah dlm menggunakan khidmat pelajar, banyak lg inisitif lain dlm menggali dana utk skolah.,tidak hanya dgn kutipan derma,kemungkinan skolah tersebut amat terdesak dlm kewangan (husnu zhon), taqdir Allah, mereka di uji Allah dgn berlaku kmlangan melibatkan pelajar dan secara langsung mereka terpaksa menahan derita dgn pelbagai tohmahan dr pelbagai pihak termasuk mereka2 yg selama ini menunggu saat2 ini,maka ditohmah dlm akhbar,televisyen, sekatan bantuan,penutupan skolah dll..skolah tahfiz terbanyak adalah di kelantan, ramai manusia di malaysia yg ingin melihat zuriat mereka mnjadi seorang AL-HAFIZ yg boleh mnsyafaat kan di akhirat kelak kpd 30 org(klau xsalah sy), dan majarotinya anak2 tersebut di hantar ke bumi barokah Kelantan serambi makkah.Ini termasuk anak2 menteri, dato’2,anak2 kakitangan kerajaan dll..,Kena ingat! mereka bkn shj perlu menghafal quran semata-mata tetapi perlu memahami ,menghayati, belajar ilmu yg terdapat dlmya dan lebih utama mengaitkan alquran itu sendiri dgn sains alam ,kemanusian dll yg berkaitan dan itulah yg diusahakan skrg oleh kerajaan negeri kelantan dlm mewujudkan MAAHAD TAHFIZ SAINS di Tanah Merah yg mn mndapat sambutan yg luar biasa dr luar ngeri.Oleh itu , ape kurangnya skolah tahfiz? mnjadi imam2 di pelusuk masjid2 di Malaysia kursusnya di sekitar Lembah Klang pd jelmaan Ramadhan.Ramai shbt2 sy yg lahir dr skolah tahfiz.,kadang2 sy amat jeles dgn mrk..skolah tok guru tempat sy menuntut jg ada tawarkan penajian aliran tahfiz jk ingin.jg ad aliran sains..di hadapan skolah sy jg terdapat skolah tahfiz nikmatillah yg jg di bwh pengawasan keluarga tok guru di bawah selian ust nik abduh.jk sy di beri peluang utk kembali ke zaman kanak2 sy ingin menuju ke skolah tahfiz..

maaf, pnjang sgt karangan sy ni..,menganai skolah tmpat sy blajar atau sekolah menengah arab maahad darul anuar pulau melaka kota bharu.,dan lebih tersohor di Mlaysi dgn panggilan skolah tok guru.Memang best blajar di sana.,skolah kami mendapat anugerah kecemerlangan akedamik peringkat yayasan islam kelantan dan peringkat negeri dan nombor 1 dlm ktegori skolah bntuan dgn 2 kali berturut-turut.berbalik dr per5bincanagn asal ,utk kelayakan kemasukan sbnrnya skolah boleh mnrima dr plbagai pihak dgn tanpa menilai sgt mengenai kputusan upsr. tp sejak 2 3 tahun lepas kourta utk kemasukan terpaksa di buat dan kelayakan terpaksa di buat melalui kputusan upsr dan ujian klayakan bertulis oleh pihak skolah sendiri..,krn yg memohon amat lah terlalu ramai terutamanya dr luar kelantan dan asrama skolah tidak dpt menyediakan tempat yg terlalu ramai dan ia amat terhad.utk kmudahan akak lawat lah -www.darulanuar.com – atau jk akak betul2 berminat ytk perkenalkan kpd saudara mara atau utk anak akak sndiri sy boleh bg nombo tlefon pebgetua skolah tok guru yg mn anak tok guru sndiri -0199629529(ust nik omar nik abd aziz) klau xjelas boleh la contact nombor td utk lebih jelas dan terang…bleh sy mntk emel akak?

Alhamdulillah adik..terima kasih di atas penjelasan panjang lebar itu…selama ini akak tercari2 og yg memberi penjelasan tentang sek tahfiz…hati akak ni masih berbelah bagi..hati kata nak hantar anak belajar tahfiz di kelantan..tp dalam masa yg sama akak terpk …jauhnya akak berpisah dgn dia..kalau di sini bleh pergi jenguk dia tiap2 minggu. PK pulak kalau sakit demam dia dengan belanja lagi aduhhh…..sakit demam kita bagaimana dlm keadaan diri yg kurang upaya memanglah semuanya Allah yang tentukan tetapi itulah yg bermain di fikiran. Pk mai pk p ayahnya kata hantar ajelah kat sini. Sentul ada…Puchong Cheras dan masih banyak lagi…kalau diikutkan hendak hantar di negeri tumpah darah sendiri di sek Tok guru…tetapi bila di tolak campur hanya berserah kepada Allah s.w.t.

Hari itu mmg dah bulat mengatakan hendak hantar di Kel…tetapi itulah dik..kita merancang Allah yg menentukan.. 2 hb Dis ini akak akan hantar dia sebagai langkah permulaan utk dia menyesuaikan dirinya selama dua minggu.
Terima kasih di atas segala penjelasan dari adik…amat berguna bagi akak…

Biarlah dia di sini dulu kalau panjang umur dan murah rezeki insyaallah suatu masa nanti akak tercapai jua hasrat hati utk menghantar dia di Sek Tok Guru insyaallah….

emmmm..xpe ,sy doakan moga2 hajat akak trcapai.,sy mula2 sblom mnjejakkan kaki ke klantan sy doa dan solat hajat banyak2 agar Allah beri ana skolah yg baik utk mncapai magrifah ilmu-NYA. Ahamdulillah Allah beri kmuidahan utk masuk ke darul anuar atau pnggilan MADA..ank akak bp org? emel akak…? atau ia nya di rahsiakan ..xpe sy xkisah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 853,962 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: