bila hatiku berbicara

~Selamat tinggal sayang~

Posted on: November 27, 2007

Siti Salmah meninggal dunia di IJN

Siti Salmah.


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Selepas 25 hari bertarung nyawa setelah menjalani pembedahan pemindahan jantung serta paru-paru serentak dan pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Siti Salmah Jasni, 18, menghembuskan nafas terakhirnya di sini, hari ini.

IJN dalam kenyataannya hari ini memberitahu, Siti Salmah meninggal dunia akibat septisemia dan jangkitan yang teruk.

Menurut kenyataan itu, selepas pembedahan pemindahan itu, Siti Salmah tidak menunjukkan sebarang tanda yang organ-organ baru itu tidak diterima oleh tubuhnya.

Bapanya, Jasni Zainal, 52, berkata, Siti Salmah meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi ini dalam keadaan tenang di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN.

Semalam, tiub pernafasan Siti Salmah dibuka pada sebelah pagi tetapi dipasang semula pada sebelah petang untuk membolehkan doktor melihat perkembangan organ barunya itu.

Menurut Jasni, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Utusan Malaysia, IJN, Institut Perubatan Respiratory (IPR) terutama doktor-doktor yang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan anaknya hingga ke saat akhir.

“Namun ramai yang tidak mengetahui, kedua-dua belah kaki arwah sebenarnya terpaksa dipotong selepas enam hari menjalani pemindahan serentak itu,” katanya.

Katanya, ini berikutan urat yang menyalurkan darah ke kedua-dua belah kaki anaknya sempit menyebabkan jantungnya tidak dapat mengepam darah secara menyeluruh sehingga ke bahagian kaki.

“Pada 2 November, iaitu selepas dia dibedah untuk pemindahan organ, arwah menunjukkan kemajuan yang baik walaupun menghadapi komplikasi.

“Tetapi selepas enam hari menjalani pembedahan itu juga, jantungnya terhenti mengepam darah selama lima jam dan terpaksa bergantung kepada bantuan mesin.

“Keadaan ini juga menyebabkan darah tidak mengalir sehingga ke kedua-dua kaki anak saya menyebabkan tisu di kakinya rosak,” jelasnya.

Beliau berkata, doktor berusaha untuk memasukkan tambahan injap untuk tekanan darah anaknya kembali normal kerana pada ketika itu, tekanan darah Siti Salmah telah rendah.

“Namun malangnya, usaha itu tidak berhasil kerana darah di kedua-dua belah kaki anaknya menjadi beku.

“Sehinggalah ke saat akhir, doktor mendapati terdapat pula jangkitan kuman pada paru-paru Siti Salmah,” katanya.

Sementara itu di JOHOR BAHRU, jenazah Siti Salmah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak selepas solat Zuhur hari ini.

Arwah yang merupakan anak kelapan daripada 12 beradik mula mendapat perhatian apabila pada pertengahan Oktober lalu, Utusan Malaysia memulakan langkah pertama pencarian paru-paru baru untuk Siti Salmah setelah hampir lima tahun menanggung derita.

Pencarian itu akhirnya berjaya apabila seorang mangsa yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di Kedah mendermakan organ jantung dan paru-paru kepada Siti Salmah yang pada ketika itu dijangka hanya mempunyai baki dua tahun untuk meneruskan kehidupan.

Ini membolehkan Siti Salmah menjalani pemindahan jantung dan paru-paru serentak dan pertama kali berlaku di negara ini pada 2 November lalu.

Siti Salmah, pelajar tingkatan enam rendah Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai disahkan menghidap penyakit Hipertensi Pulmonari sejak lima tahun lalu.

Sebelum ini, dia bernafas dengan bantuan tangki oksigen sekurang-kurangnya 16 jam sehari dan terpaksa melupakan hasrat untuk aktif di sekolah kerana penyakitnya.

Lambaian terakhir Siti Salmah tidak dilupakan

Oleh HASNURUL MOHAMED

JOHOR BAHRU 27 Nov. – Ibu Siti Salmah Jasni, Sabariah Mustafa, 49, berkata, lambaian terakhir anaknya itu semasa disorong masuk ke bilik pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 1 pagi 1 November lalu tidak mungkin akan dilupakannya.

Katanya, walaupun Allahyarham merupakan seorang anak yang manja tetapi raut wajah ketika itu menunjukkan semangatnya cukup kuat untuk sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.

Malah, katanya, Allahyarham memintanya supaya jangan menangis dan mendoakannya supaya sembuh seperti pesakit jantung, Tee Hui Yee yang menjalani pembedahan pemindahan jantung sebelum itu.

“Ini (pembedahan pemindahan jantung dan paru-paru) adalah permintaan Salmah dan kami yakin pembedahan ini berjaya.

“Apabila ada penderma mahu mendermakan jantung dan paru-paru kepada Siti Salmah, ia memberi harapan kepada anak kami,” katanya.

Sabariah berkata, dia reda dengan pemergian Siti Salmah tetapi apa yang dikesalkan ialah beg tangannya diragut semasa ke Pandan Indah, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Di dalam beg itu, katanya, terdapat kenangan arwah seperti rantainya, telefon bimbitnya dan kad pengenalannya,” katanya.

Sementara itu, hasrat Allahyarham untuk berlari bersama sepupu sebayanya, Siti Nur Azah Abd. Jalil tidak kesampaian berikutan pemergiannya awal pagi ini.

Katanya, andai kata Siti Salmah masih hidup sekalipun, hasrat itu sukar terlaksana kerana kedua-dua belah kaki Allahyarham telah dipotong dalam usaha menyelamatkan nyawanya.

Siti Nur Azah ketika ditemui di Felda Taib Andak, Kulai, dekat sini selepas majlis pengebumian Siti Salmah berkata, dia amat terasa kehilangan sepupunya itu.

“Hubungan kami amat rapat bahkan pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu, arwah pernah meminta saya tidur bersamanya di rumah nenek di sini tetapi permintaannya itu terpaksa saya tolak kerana saya perlu ke kolej pada keesokan harinya,” kata pelajar Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak, Muar.

Beliau berkata, keceriaan Siti Salmah yang pemurah dengan senyum dan tawa akan sentiasa dirindui.

Siti Nur Zulaikha, 16, adik Siti Salmah yang paling rapat dan sentiasa membantunya seperti memandikan dan memakaikan bajunya jika Allahyarham tidak terdaya berkata, dia pasti merindui kakaknya itu.

“Dia kakak yang amat saya sayangi. Dia seorang yang periang dan jenakanya sering membuatkan saya ketawa,” katanya.

Zulaikha mengakui menyimpan rahsia peribadi Allahyarham iaitu kakaknya itu mempunyai teman lelaki istimewa.

Katanya, teman lelaki kakaknya itu berusia 20 tahun, telah bekerja dan mereka berkenalan sejak Julai lalu.

“Setiap kali kalau mereka keluar bersiar-siar, saya akan menemani kerana Salmah (Allahyarham) tidak pernah keluar berdua-duaan dengan teman istimewanya,” katanya.

Bapa Allahyarham Siti Salmah, Jasni Zainal, 52, berkata, Siti Salmah pernah berkata yang dia akan menjadi seorang yang glamor (masyhur).

“Ayah, adik akan jadi orang yang paling glamor dan kata-kata itu diucapkannya sebelum dia masuk menjalani pembedahan pemindahan dua organ serentak awal bulan ini,” katanya.

Beliau berkata, pada ketika itu, dia tidak memahami maksud kata-kata anaknya itu tetapi ia mungkin bermaksud pemergiannya hari ini akan mendapat liputan media.

Kakak sulung Allahyarham, Sabrina, 28, berkata, kematian adiknya itu memang tidak dijangkakan kerana selepas menjalani pembedahan, adiknya telah menunjukkan tindak balas yang positif.

Sementara itu, abang ipar Allahyarham yang merupakan suami Sabrina, Hamizi Wan, 26, berkata, mereka suami isteri menerima panggilan mengenai kematian Siti Salmah pada kira-kira pukul 6 pagi tadi.

~Semoga rohmu di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t AL FATIHAH

Advertisements

10 Respons to "~Selamat tinggal sayang~"

Al fatihah

Orang kata, orang-orang yang pergi masa sangat muda ni, Allah sayang amat. Alhamdulillah, Allah sebenarnya sangat sayangkan Siti Salmah

Semoga pemergian almarhumah dirahmati dan diiringi Allah SWT dengan penuh pengampunan dan belas kasihan…

Ya semoga rhnya di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t..cumimya dia..tp Allah lebih sayangkan dia….

Al-Fatihah. Demikian ALLAH SWT menguji kedua ibubapanya. Seperti dlm novel ZURIAT di mana 5 anak2 Mohamad-Kamariah mendpt penyakit genetik MLD. Yg tinggal kini hanya anak yg bongsu. Semoga hati kita tabah andaikata hal ini terjadi pada anak2 sendiri.

Iman, Salam Sejahtera. TQ kerana sudi singgah di blog akak.

Insyaallah saya akan dapatkan novel zuriat…saya ni mmg minat giler baca novel tak kira siapa penulisnya..kat rumah ni dah banyak sangat novel yg kawan bagi pinjam…saya baca berulangkali…setiap kali saya baca novel ada rasa keseronokannya….ya semoga kita tabah dalam menjalani hidup ini…mekasih juga singgah ke blog sy…..

manusia merancang, Allah tentukan.. alfatihah

salam pagi khamis sis nuriman itu

Salam pagi khamis juga buat yg Insaf……..salam ukhuwah

al-fatihah bg keluarga Allahyarham siti salmah….permergian allahyarham menyeru ilahi….bg pemergian beliau tidak mematahkan lagi semangat buat saya mencari perderma organ….dan saya juga berserah kepada ilahi jika ditakdirkan seperti beliau….dan kini saya sedang menunggu giliran untuk mencari oragan jantung dan paru-paru…dan dijangka akan menjalani pembedahan di ijn…..
sehubungan itu…….saya harap kepada pesakit2 seperti saya yang mengalami masalah yang sama seperti siti salmah janganlah berasa takut untuk berhadapan dengan ini……kita hadir darinya dan kita pergi kepadanya…….

sebarang kata-kata anda bolehle mengahantar melalui email saya yeols85@yahoo.co.uk atau 017-7445161

Semoga adik akan mendapat penderma insyaallah, tumpang bersimpati berdoalah kepada Allah semoga adik menemui penderma..mudahan dalam masa yg terdekat ini bersabarlah serta bertawakal kepada Allah…semoga adik tabah….menghadapi ujian dari Allah s.w.t

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 848,412 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: