bila hatiku berbicara

~Anak~

Posted on: November 29, 2007

Entah mengapa setiap kali aku update mesti jatuhnya pada hari jumaat, kekadang banyak pulak idea datang mencurah-curah. Malam tadi sampai kul satu pagi menulis di blog ini entah kenapa bila kita nak publish dia hilang gitu aje… komputer ni berpenyakitan tak lain dan tak bukan Hafizlah punya kerja, biasalah kami ni kalau tak emaknya anaknya yang guna komputer…kata ayahnya komputer ayah jangan di usik bukannya apa bimbang takut kena penyakitlah pulak habis hilang segala dokumen-dokumen penting kalau komputer tua ibu tak apa-apa. Nak buat macam mana sekejap donlod games lah dan nak tengok kartunlah kat youtube.

Lagu anak sebuah lagu yang menyentuh hatiku di blogspotku pun aku muatkan lagu ini. Cerita kasihnya ibu dan ayah terhadap anak-anak mengharapkan anak-anak bila besar kelak jadilah anak yang baik tidak menyakiti hati kedua ibu dan ayahnya dan banyak lagi ikhtibar yang kita dapat dari lagu ini. Lagu ini juga aku update kerana aku terdengar jiran Singh di belakang rumahku yang melalak sampai jam satu pagi menyambut birthday anak mereka pada hari minggu lepas kebetulan pulak dengan perhimpunan hindraf hari ahad lalu. Dari lagu melayu, hindustan hinggalah lagu engglis mereka menyanyi bagaikan tak ingat dunia dah. Yang aku geram sangat kat depa nih depa langsung tidak menghormati azan yang berkumandang sekejap kuat dan sekejap sayup di bawa angin. Di kawasanku kalau ada masjidpun di Section 14 di Masjid Bulan. Tapi menurut kata orang ada masjid di UM. Apakan daya bukan niatku untuk melupakan rumah Allah tetapi keadaan yang tidak mengizinkan aku.

Sampai jam satu setengah pagipun masih melalak…aduhai sabarlah hati menghadapi kerenah manusia yang masih belum di beri taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Tetapi aku teruja bila terdengar satu lagu yang bertajuk anak memang menyentuh hati aku.

semalam pulak aku melihat pengacara atau atlit sukan kurang upaya Ras Adiba Radzi di sebuah rancangan di TV9 kalau tak silap yang bertajuk kasih sayang keluarga ke apa benda dah lupa dah. Si Ras ni biarpun kurang upaya tetapi naluri keibuanya amat menyentuh hatiku dengan memelihara seorang anak angkat lelaki dan di susukan sendiri. Bayangkanlah kalau saat itu terjadi lagi dalam hidup aku barangkali akulah orang yang paling bahagia dalam dunia ini. Sebab itulah aku memang suka melihat gambar-gambar bayi dan kalau melihat bayi tak kira anak Cina ke India ke aku menegur paling tidak aku pegang tangan baby ini. Hasrat untuk memelihara anak angkat itu ada tetapi bukannya mudah banyak melalui proses-prosenya…tetapi kataku kalau aku berkemampuan memang hasrat itu tidak akan pudar insyaallah semoga suatu hari nanti akan tercapai jua. Allah bagi rezeki kepada setiap orang berbeza-beza ada orang tu kurang berkemampuan tetapi diberi rezeki berupa anak yang ramai…..ada pulak yang kaya raya tetapi tiada zuriat. Pendek kata bergantung pada rezeki masing-masing Allah Maha Mengetahui.

Kalau ikutkan nak tulis banyak lagi nantilah sambung lain kali pulak ceritanya.

Freddy Aguilar

Anak

Semasa engkau dilahirkan

Kau pun sudah satu impian

Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa

Kebahagian ibu ayah

Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih-sayang

Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti

Kau membesar tak dikenali

Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi

Pada mereka kau derhaka

Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih-sayang

Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat

Hilang diri dan pedoman

Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis

Ibu ayah menghampiri

Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih-sayang

Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih-sayang

Agar dapat menikmati dunia

Advertisements

4 Respons to "~Anak~"

salam,
tak da gambar ke kak?

salam jumaat gambar apa ya?akak suka gambar pemandangan pokok2 apa lagi yg berwarna hijau sebab nya akak pecinta hijau…

assalamualaikum nuriman. salam perkenalan. saya surirumah 4 anak. asalnya, saya tercari-cari kursus atau kem cuti sekolah untuk anak saya yg lemah dalam pelajaran dan kurang motivasi. cari punya cari terklik kat laman ni. laman ini menarik kerana begitu up to date.
saya baru melayari web ini. saya terpesona dengan lagu anak. saya juga merasakan yang nuriman ini sangat menarik periabadinya. saya juga ingin memuliki peribadi sebegini. hidup untuk mendapatkan keredhaan Tuhan dan serba sederhana tenang sekali. saya juga ingin mendapatkan seberapa banyak nasihat dan panduan yang berguna dalam mendidik anak agar menjadi anak soleh dan berguna pada bangsa dan agama. terasa tugas sebagai ibu amat berat sekali. harap puan sudi berkenalan dengan saya.

Waalaikumusalam Puan Hanis..salam ukhuwah, saya sudi berkenalan dengan sesiapa yg sudi mengenali sy, terima kasih singgah di blog yg tidak seberapa ini……insyaallah semoga puan dan keluarga di rahmati Allah. Saya tidak tahu menasihat orang puan……sebagai ibu bapa kita hendakkan yg terbaik utk anak kita……….berdoalah semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh solehah……aminnn….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: