bila hatiku berbicara

~Aku merancang Allah yang menentukan~

Posted on: November 30, 2007

Beberapa minggu yang lepas entryku yang bertajuk “hatiku berbelah bagi” menyatakan yang aku akan menghantar anakku belajar di sekolah Tahfiz di Kelantan khususnya di Pulau Melaka. Ketika itu aku tersangat takut untuk melakukan solat sunat istikharah kerana bimbang keputusannya( lemahnya aku ini ya Allah). Mulutku berkata hendak menghantar di Kelantan malah bila membaca entry tu rasanya seperti sudah redha sangat-sangat…tetapi hatiku pulak berkata” biarlah anakku belajar di sini berdekatan denganku sekurang-kurangnya boleh ku melihatnya seminggu sekali dengan teksi, kalau dia di sana ya Allah sukarnya untuk aku pulang dalam keadaan diri yang tidak seperti orang lain.

Kerana tuntutan kehidupan merantau mencari rezeki tidak memungkinkan aku untuk pulang ke tanah kelahiranku dalam waktu yang terdekat ini, walaupun hati meronta untuk ucapkan selamat tinggal wahai Kuala Lumpur tetapi itulah kehendaknya Allah aku masih lagi di sini selama bertahun-tahun melalui suka duka ku di sini, siapa sangka rezekiku di sini anakku pula membesar di sini. Demi anakku yang seorang ini sudah berbagai-bagai rancangan yang telah aku lakukan. Setelah dia lahir dua belas tahun yang lalu aku namakan dia Muhammad Hafiz walaupun ibu mertuaku hendak menamakan dia Hamdan dan Hannan tetapi sebagai ibu akulah yang selayaknya menamakan anakku, kerana kataku bila besar nanti biarlah dia menjadi Al Hafiz walaupun tak semua orang yang bernama Hafiz jadi al Hafiz. Tetapi aku berharap semoga dia menjadi al Hafiz biarpun bukanlah gelaran itu yang harus di banggakan tetapi aku hanya mampu berdoa semoga dia menjadi anak yang berguna. Dalam dunia ini aku hanya dialah satu-satunya zuriat yang aku ada, aku mahukan dia menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan aku dan ayahnya bila kami sudah tiada lagi di dunia ini. Itulah impian setiap ibu bapa. Biarlah anak kita belajar setinggi mana sekalipun tetapi hasrat hati biarlah menjadi anak yang baik yang sanggup menjaga ibu bapanya di kala sihat dan sakit. Andainya ibu bapanya sudah tiada lagi biarlah anak kita tahu mengaji dan berdoa untuk kita.

Entahlah bila aku melihat kegawatan akidah remaja remaji sekarang aku jadi takut dan bimbang sangat-sangat. Dalam soal ini adakah anak itu yang harus di persalahkan atau ibu bapa yang tidak menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak? Dalam soal ini tak tahu nak salahkan sesiapa…aku tiada jawapannya kerana aku bukannya orang yang berilmu, aku hanya memandang dari sudut mata kasar sedangkan orang yang mengelaminnya tentu lebih memahaminya sebelum kita menjatuhkan hukuman…kita tidak tahu apa sebenarya yang berlaku di sebalik itu . Misal kita melihat anak-anak gadis zaman sekarang berpakaiannya usah cakap. Tetapi ada juga ibu mereka yang bertudung. Maaflah kalau aku ambil contoh masa nak balik kampung hari tu di KL Central. Orang senegeri denganku bersama dengan anak-anak mereka atau adik mereka entahlah, kebetulan tempat penuh kerusi rodaku tiada nak parkir (kerusi roda pinjam kat Kl Central jauh nak pergi naik tren terpaksa pinjam). Mahu tak mahu ada ruang kosong di belakang si gadis yang berbaju ketat dan nak cakappun agak malu..tetapi fahamlah sendiri kalian bagaimana pakaian anak-anak gadis zaman sekarang ni dengan seluarnya nak terlondeh bajunya tak usah cakaplah. Ada satu keluarga dari Selangor yang hendak pergi ikut menantunya di Pasir Mas di sebelahku berbisik denganku” dik berdosalah kita duk tengok aurat budak nih kat depan kita, apa nak jadi budak-budak zaman sekarang mak bertudung tapi anak????” aku cuma tersenyum no komen kerana entahlah kalau kita cuma menegur dari belakang tak guna juga…sedangkan kita tidak berkemampuan untuk melakukan demikian, silap-silap kita di maki hamun, lebih baik diam aje kalau kita tidak banyak ilmu untuk menegur mereka. Tapi kalau itu anak aku anak buah aku bolehlah kalau nak di tegur, tapi rasanya sebelum aku tegur dah kena penampar padu bapanya hihihi. Tapi alhamdulillah bukan nak memuji anak buah sendiri tetapi buat masa ini mereka masih lagi mendengar kata ibu bapa mereka…nanti orang kata alahai anak-anak dara bekas tok penghulu kampung tu sekolah arab tapi perangai macam hantu atau apa entahlah? Agaknya begitulah unggapan yang di lontarkan kepada anak-anak buahku di kampung.

Semenjak dari hari itu aku dan suami mencari di Internet tentang sekolah-sekolah Tahfiz di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pada awalnya hatiku memang bagaikan nekad untuk menghantar anakku belajar di Kelantan. Sudah banyak senarai-senarai sekolah yang ada dalam simpanan kami, memanglah selama ini pun aku sedikit sebanyak mengetahui kelebihan orang yang menghafal Quran. Pantang aku jumpa blog tentang sekolah Tahfiz aku bertanya khabar mereka. Lalu di takdirkan aku bertemu dengan dua orang pelajar di Sek Tok Guru iaitu adik Ibnu Ahmad dan adik Ibnu Yusuf. Dari merekalah baru aku mendapat penjelasan yang terperinci berkenaan dengan sekolah tahfiz dan sekolah Tok Guru bagaimana cara kemasukkannya. Memang kalau diikutkan hati aku ingin menghantar dia ke sana, aku rasa anakku ni melompat girang kalau aku menghantarnya di sana, kerana dia ni memang suka tinggal di Kelantan. Tetapi bila aku fikir tolak mai tolak p campur mai campur p lalu aku pun melakukan solat sunat istikharah hatiku bulat menyatakan dia kena duduk dekat dengan ibu bapanya. Aku tahu ramai orang ingin menghantar anak-anak mereka bersekolah di Kelantan malahan terlalu ramai orang dari luar Kelantan menghantar anak-anak mereka ke sana, apa lagi aku anak kelahiran Kelantan. Kawan-kawan suamiku pun ramai menghantar anak-anaknya di sana. Tetapi seperti aku katakan kita ni hanya merancang Allah lah yang menentukan. Banyak yang harus aku fikirkan bila berjauhan dengan anakku. Banyak sangat….. sakit demamnya bagaimana tanpaku di sisi? Dari segi kewangan untuk berulang alik aku kesana dalam keadaan diri yang kurang upaya bagaimana? Ya…benar di sana ramai tok nenek sepupu sepapat boleh tengok-tengokkan dia..tetapi entahlah mereka tidak mungkin sama seperti ibunya……….

Berminggu-minggu kami mencari dan mencari, di takdirkan aku melihat dalam harakah ada beberapa buah sekolah yang berdekatan dengan kami. Puchong, Sentul, Cheras dan banyak lagi senarai-senarainya tetapi kami suami isteri sudah bulat hati ingin menghantarnya di Sentul. Hari minggu lepas suamiku pergi menziarahi sekolah tersebut alhamdulillah sekolah itu pada pandangan suamiku pun bagus, di sebuah perkampungan yang ditubuhkan pada tahun 1992 oleh seorang al Hafiz. Ustaz dan ustazahnya pun alhamdulillah baik. Insyaalah sebagai permulaanya hari ahad ini dia akan di hantar oleh ayahnya supaya dia dapat membiasakan dirinya dengan suasana begitu. Lupakanlah dulu aktiviti Tv dan games selama dua minggu wahai anak..sunyilah aku nanti. Tetapi berkorban apa sahaja demi anak yang aku kasih.

Kenapa hatiku berbelah bagi untuk berjauhan dengan anakku biarpun berbagai cara sudah aku lakukan dan aku fikirkan? Hanya mereka yang menjadi ibu sahaja memahami perasaanku ini dan kalian bukan di kalangan orang-orang yang kurang upaya sedangkan aku??? Ya aku redha dengan apa yang telah di takdirkan tetapi aku kena mengambil dari berbagai sudut……..dari sudut yang lain aku suka kalau anakku bersekolah di Kelantan..tetapi dari sudut yang lain pula akulah yang menjeruk rasa memendam rindu( biasalah hati seorang ibu yang tidak pernah berpisah jauh dengan anakku) hati manusia ini sentiasa berbolak balik apa lagi hati seorang ibu seperti aku. Maka aku perturunkan satu persatu semoga dapatlah aku rungkaikan segala kekusutan yang melanda hatiku ini. Wah… aku dah kata dah blogku ini ibarat dairy tak peribadi buatku untuk berkongsi bersama kalian.

~ Andainya aku berjauhan denganmu hati ini bagaimana wahai anak? biarpun aku harus belajar untuk merelakan dia pergi tetapi ya Allah rasanya terlalu jauh bila mengenangi kepayahan aku. Sedangkan aku tidak seperti ibu-ibu yang lain untuk pulang melihatnya sentiasa..kerana aku tahu untuk pulang ke sanapun aku susah biarpun dulu aku mengatakan akulah yang paling gembira kalau anakku di sana boleh balik selalu. Ahh…cakap tak serupa bikin sebenarnya aku ini. Benar kita tidak boleh memikirkan apa yang bakal berlaku kerana Allah yang punya perancangan kepada setiap hamba-NYA. Tetapi dalam keadaan aku yang begini kekadang suamipun kerja luar tinggal sendirian di rumah aku menjadi seorang yang selalu berfikir dan berfikir.

Semenjak dia berpindah di sini hanya sekali sekala di waktu cuti dia pergi solat jumaat dengan mengikut ayahnya di tempat kerjanya tiap-tiap hari jumaat( aku bimbang untuk membiarkan dia sendiri ke masjid dengan menaiki teksi, segala kemungkinan boleh terjadi dalam usianya yang masih belum cukup matang). Pendek kata semasa dia bersekolah rendah selama tiga tahun di sini dia jarang bersolat jumaat kalau tidak mengikut ayahnya…hinggakan dia pernah berkata kepadaku” ibu hafiz ni dah tinggal solat jumaat dah lebih dari tiga kali sedangkan kalau melebihi tiga kali dah di kira berdosa tanpa keuzuran”.

Hmm..itulah yang membuatkan aku banyak berfikir..kita hidup ini hanyalah untuk mencari keredhaan Allah kalau Allah sudah murka kita nih nak jadi apa? nak jadi hantu? solat jumaat entah kemana…tak boleh jadik nih… pk punya pk punya pk dia terpaksa tinggal di asrama berdekatan dengan kawasan Masjid Syadina Ali dan banggunan sekolahpun di situ jugak. Biarlah wahai anak orang nak kata apapun tapi kehidupan kita ini hanyalah pinjaman sementara sahaja. Jadi biarlah seimbang dunia dan akherat. Dunia kita dapat akhiratpun kita dapat.

Aku hanya mampu berserah kepada Allah sahaja. Kepada teman-teman yang ada pendapat semoga dapatlah di kongsi bersamaku. Mungkin suatu hari nanti kalau di izinkan Allah dia akan ku hantar bersekolah di sana insyaallah. Buat masa ini biarlah dia berdekatan denganku dulu. Inilah sahaja wahai teman di blog yang tak ubah seperti dairy tak peribadi ini hehehe. Senyum itu sedekah…jadi walau dalam apa jua senyumlah…….Maaflah kalau terkasar bahasa dan tersalah tulis…..

Advertisements

11 Respons to "~Aku merancang Allah yang menentukan~"

slm prtemuan kmbali..jgn berpaling dgn kputusan. anak k.iman masih muda, dan ingat! jika Allah dah tetapkan dlm taqdir-NYA bhw adik hafiz tu blajar di skolah tahfiz sentul, kak iman mntak la smue skolah di klantan..CONFIRM! xkan dpt KRN SUDAH TRTULIS DLM TAQDIR NYE UTK BRSKOLAH DI SENTUL, mknenya klau kak iman phm btol2 hakikat sunnatullah.pasti kak iman tenang dgn ape yg jd..ape2 keadaan letak Allah di depan.Dan INGAT! taqdir boleh di ubah dgn doa,tu sbb doa snjeta bg org2 mukmin.Dgn doa taqdir boleh berubah isnyaALLAH.maka jika taqdir tertulis adik hafiz akan blajar di p.melaka dlm 3 tahun lg maka jln akak akn di permudahkan..akak hanya berdoa dan terus berdoa..Allah dah brjanji utk mengqabulkan doa.,jd kite haya berdoa dan brtawakkal.,stiap taqdir ade hikmahnya, kalu adik hafiz di taqdikan blajar di sentul smpai 5 tahun maka akak xprlu risau, ade hikmahnye, mngkin klau adik hafiz blajar di klantan nnti blik umah xjd hafiz tp blajar di klantan jd sosial, terpengaruh tp di sentul hafiz jd terbaik..maka akak hnya perlu doa dan twkkal dan yakin dgn taqdir Allah bhw stiap nye ade hikmah nye yg xternilai.

dan sy nk ig kan skit kat dri sy sndiri dan kak iman,.kita sbnrnye dlm idup ni xperlu malah JANGAN langsung guna perkataan ‘kebetulan’. tok guru pernah sebut bhw kbetulan2 ni ayat yg salah krn menyembunyikan Tuhan yg mengawal segala taqdir.tapi gunalah perkataan ‘taqdir Allah’ dgn menggantikan perkataan kebetulan td..bnyak lg ayt2 yg menyimpang akidah mcm ‘semula jadi’ dan lain2 lg..jd mulai arini buanglah perkataan kebetulan dlm idup kite, baik dlm perbualan dan penulisan tp gunalah taqdir Allah..,

Salam pertemuan ya Allah sejuk nya membaca komen2 sebegini rasa tenang terima kasih banyak2 adik..semoga hidup anda sentiasa di bekati Allah. andai ada tersalah silap dalam penulisan akak tegurlah kerana tidak di namakan manusia kalau tidak melakukan kesilapan baik dr segi percakapan dan penulisan.
Mudahan segalanya berjalan dengan baik..dan akak sentiasa bedoa mudahan anak akak serasi menghadapi suasana barunya. Hanya mampu berserah kepada Allah apa yang di takdirkan itulah yang akak terima. Terima kasih banyak2…

kak iman

susah juga nak tulis ni. anak saya belum sampai tahap ini lagi. mmg la rindu bila b’psah dgn anak. cuma pandangan saya. kalau nak hantar ke sekolah berasrama tu biar yg jaraknya senang kita pergi mengulang dia. anak2 tgh umur remaja, tak kira apa aliran pendidikan pun byk cabarannya. kalau dekat sikit, bukan sahaja guru boleh disilplinkan di asrama, kita juga masih boleh melihat dari jauh. kalau negeri yang jauh betul tu, harapkan cuti sekolah baru kita tengok dia ..

Iman, ternyata kita punya naluri dan perasaan serupa terhadap anak-anak. Lara ni walaupun ada 3 anak, tetap tak betah nak berjauhan walaupun salah seorang dr mereka. Sbb anak2 juga, Lara tekad berenti kerja.

Alhamdulillah…akhirnya iman masih juga dapat berdekatan dengan hafiez, hafiez juga masih boleh belajar di sekolah tahfiz 🙂

Syafiq dah beberapa emel yang akak hantar kat Syafiq tp x sampai ler naper ya?nanti Syafiq jer yg emel akak ek..

Salam Jeff entahlah pening jugak pk masalah persekolahan anak ni..tu sorang aje dah kelam kelibut…dah..tp alhamdulillah Allah sudah takdirkan di mana dia bersekolah …mungkin ada hikmah di sebaliknya itu……..

Laraaaaaaaaaa…….. kangan bangat sama kamu.. puas pk Lara …pk dan pk…akhirnya Allah tunjukkan juga bukakan juga hati ini..kalau nak diikutkan x nak berpisah dengan anak berat hati…tp sampai bila???sampai masanya nanti dia kena pergi juga mencari ilmu dunia dan akhirat…..maklumlah inilah pertama kali menghadapi anak yg bakal melangkah ke alam asrama. Alhamdulillah Lara dia masih berdekatan dengan saya…bolehlah pergi menjenguknya……….
Nasib baik ada blog ni kalau tidak tak tahulah saya nak luah kat mana..di sini ada teman2 dan adik2 yg beri pendapat alhamdulillah………..

Salam. Kak, saya pun sedang mencari sekolah tahfiz untuk anak saya yang berumur 11 tahun. Saya ibu tunggal dua orang anak lelaki 11 tahun perempuan 9 tahun. Berpisah hidup dengan bekas suami, tapi nafkah tak pernah diberi. Itu bukan masalah, sebab saya bekerja dan mampu menanggung mereka. Masalah sekarang, anak lelaki saya dah pandai panjang tangan. Berkawan sampai lupa. Tak dengar nasihat. Atas kehendak majikan, saya terpaksa sambung belajar kelas 6 ptg hingga 9 malam 5 hari seminggu. Masa untuk anak dah kurang. Saya mencari sekolah tahfiz yang dekat tapi sampai sekarang tak jumpa. Tolong email pada saya nombor telefon sekolah tahfiz tu. Saya benar2 perlukannya. Saya perlu selamatkan anak lelaki saya. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: