bila hatiku berbicara

~Pasangan hantaran termahal RM444,444.44 bercerai~

Posted on: November 30, 2007

Oleh Shamsiah Zulkafli

Puteri Shahanaz dan Roslan Hashim.


KUANTAN 29 Nov. – Pasangan Datuk Roslan Hashim dengan Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan yang melangsungkan perkahwinan tahun lalu dengan wang hantaran berjumlah RM444,444.44, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan di sini hari ini.

Lafaz cerai itu disahkan oleh Roslan, 50, yang juga kontraktor kelas A dan pemilik Merak Melaka Beach Resort setelah persetujuan bersama antara kedua-dua pihak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunos.

Puteri Shahanaz, 25, yang juga bekas model sambilan dan penari kebudayaan negeri Pahang melalui peguamnya, Dzulkarnain Mohamad memfailkan permohonan cerai pada 4 Oktober lalu.

Sebelum melafazkan cerai, Abdul Rahman memberi kebenaran kepada pasangan tersebut untuk bersalam, namun Puteri Shahanaz dilihat menggelengkan kepala tanda tidak mahu berbuat demikian.

Roslan yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, bersetuju menceraikan Puteri Shahanaz dengan bayaran mutaah RM100,000 termasuk nafkah idah RM5,000 sebulan.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 8 September tahun lalu dengan mas kahwin RM22.50 dengan tambahan RM22,222.22 sementara wang hantaran pula berjumlah RM444,444.44.

Utusan Malaysia difahamkan, keluarga pihak lelaki memberikan 23 dulang hantaran termasuk sebuah kereta BMW 320i bernilai RM250,000, barang-barang kemas bernilai RM150,000, cincin berlian RM20,000 dan seutas jam jenama Rolex bernilai hampir RM25,000.

Kos keseluruhan perkahwinan itu dianggarkan sebanyak RM3.5 juta.

~Itulah kehendaknya takdir biarpun menjadi juara hantaran termahal bila dah tidak serasi dan tidak bersefahaman akhirnya berpisah jua. Tetapi padaku biarpun hantaran perkahwinan kita yang paling termurah tetapi ku harap semoga panas hingga ke petang dan mengharap berjodoh pulak di syurga( biarpun aku tidak layak untuk memasuki syurga-Mu tetapi sebagai hamba-MU aku hanya berdoa dan memohon semoga aku yang hina dan kerdil ini di masukkan dalam syurga-MU, kalau ENGKAU tidak mengampunkan segala dosa-dosaku siapa lagi ya ALLAH sesungguhnya hanya ENGKAU Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani kepada setiap hamba-MU selagi hamba-MU tidak mensyirikkan-MU ya ALLAH) kerana perkahwinan bagiku bukan suatu permainan, bukan khawin tahun lepas tahun ni dah sibuk-sibuk nak bercerai berai. Yalah semua itu atas kehendak-NYA jodoh pertemuan sudah di tentukan… tetapi entahlah nak cakappun tak reti kalau bukan kita di tempat mereka huhuhu pakai main tembak aje aku ni. Kalau Adam setia kepada Hawanya kenapa tidak kita mengambil sedikit sebanyak kisah dan tauladan sejarah nabi-nabi kita?( Yalah itu nabi kita ni siapalah kan hanya manusia biasa yang lemah) Biarpun terpisah beratus tahun di saat turunnya dari syurga ke dunia tetapi kasih Adam terhadap Hawanya tetap utuh bertemu mereka di bukit/puncak Jabal Rahmah. Binalah rumah tangga berdasarkan keimanan kasih sayang yang tulus sesama pasangan kalau salah silap sikit tu berbincanglah kerana lautan mana yang tidak bergelora…opss tak reti tulis jangan teruskan udahlah nanti buat malu aje hehehe. Namun jauh di sudut hatiku sentiasa berdoa semoga jodohku hingga ke akhir hayat dan biarlah berjodoh pula di syurga.

Insaf

Munajatku padaMu Tuhan

Ampuni dosa kumasa silam

Sempurnakanlah kehidupanku

Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa

Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan

Ampuni dosa sekalian insan

Sempurnakanlah hidup kami

Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa

Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah

Jauhkan aku dari siksaan

Api neraka yang panas

Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah

Terimalah ku jadi umatmu

Ku pohon syafaat darimu

Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya…

Diri sendiri selamanya

Ku tak tertanggung…

Duka dan dosa silamku

Rabbani

Advertisements

9 Respons to "~Pasangan hantaran termahal RM444,444.44 bercerai~"

banyaknya duit?

kenapa shahnaz tak mau salam? sebab roslan adalah penipu besar. kereta bmw dah kena tarik lepas kahwin. duit tiada. hutang keliling pinggang. soalannya mengapa org tua tak berharta boleh kahwin dgn anak dara cantik? jawapannya kerana penipuan dan penyamaran. bagaimana mudah menipu org dan mudah dipercayai org? jawapannya kerana pegawai bank bersubahat utk menipu. siapa yg bersubahat dan kenapa? jawapannya tunggu sedikit masa lg. jeng jeng…

kenapa roslan menipu kontraktor utk membaikpulih melaka merak beach resort? kerana utk dapat wang dan kemudiannya dapat sex. kenapa pegawai bank menipu org awam dgn bersubahat dgn roslan? jawapannya utk dapat kahwin dgn kerani roslan yg bernama nor hafizah abdul rahman utk dpt sex. bagaimana roslan menipu? dgn bersubahat dgn pegawai bank yg bernama khairul anuar dulah hashim utk seleweng kuasa dan proses buka dan kendalian akaun cek. siapa saksi? sila tanya mohammad ahad di kg sg putat batu berendam melaka yg dikenali mat bateri. siapa yg untung dan siapa yg rugi? roslan dan khairul untung dpt sex dan kontraktor yg meratap kerugian beramai ramai.

selain mohamad ahad yg jadi org suruhan sindiket itu org lain yg terlibat adalah mohd shukri ismail bekas pengurus bank islam melaka yg tau selok belok bank beroperasi. beliau yg juga terlibat dlm kes penipuan skim cepat kaya dlm pelaburan beli kayu balak utk konon projek landasan keretapi dan terlalu banyak menipu org di melaka dan seluruh malaysia telah menjadi dalang kepada roslan hashim yg kurang cerdik itu. beliau juga telah berhenti kerja sebagai pengurus setelah banyak aduan salah laku dan seleweng kuasa dibuat oleh mangsa.

haha jika tak percaya mohd shukri ismail kaki kelentong sila tanya kakitangan bank islam melaka yg lama berkhidmat terutama pada 1997-1998 bagaimana shukri tidak berani dtg pejabat kerana ramai tunggu beliau utk dpt duit semula. beliau tpaksa dtg pejabat jam 8 malam utk tandatangan voucher dsb. jgn lupa juga tanya bagaimana khairul perintah kerani dan pegawai utk makan malam di hotel melaka merak beach resort pada 2003 secara percuma supaya pecah amanah beliau terus tersembunyi dan semua ahli sindiket terpelihara.

cuba lihat khairul anuar dulah hashim bukan sahaja tidak dikenakan tindakan undang undang atau tindakan disiplin malahan beberapa kali dinaikkan pangkat dan selepas jadi pengurus bank islam cawangan segamat kini jadi pengurus bank islam cawangan tampoi pula. ramai kakitangan yg amanah dan kerja lebih lama tetapi masih ditakuk lama tetapi penjenayah ini yg dilindungi oleh sindiket dilindungi dan dinaikkan pangkat pula. oleh itu jika ingin naik pangkat di bank islam masuklah sindiket menipu org dan buat pecah amanah dan subahat dgn sindiket spt dibuat khairul dan roslan hashim.

Bagaimana modus operandi sindiket ini? roslan hashim telah disenaraihitam oleh Maybank dlm Biro Maklumat Cek pada masa itu tetapi Khairul telah langgar peraturan dgn buka akaun semasa Roslan atas nama Borneo Perkasa Sdn Bhd dan juga Merak Melaka Beach Resort. Bukan shj buka akaun tetapi Khairul telah bekalkan lebih 500 helai cek cek kosong kpd Roslan yg mana satu lagi peraturan dilanggar. seterusnya Roslan suruh kerani nya Nor Hafizah tulis cek RM50,000 beberapa ratus helai dan diberi kepada pemberi hutang dan apabila di jelaskan di Bank Islam maka Khairul arahkan keraninya Shukor Hassan supaya pulangkan cek cek itu dgn alasan Effect not Cleared.Roslan memberitahu pemberi hutang bhw cek ditendang kerana pinjaman beliau telah lulus tetapi wang belum diperolehi lagi sebab itu cek ditendang effect not cleared. Roslan berhujah jika beliau tiada wang maka bank akan pulangkan cek dgn alasan Refer to Drawer. Pemberi hutang yakin dgn alasan itu yg sememangnya benar dan terus beri hutang sehingga mencecah lebih RM6 juta yg digunakan Roslan utk menyamar. Khairul Anuar Dulah Hashim seronok menipu pemberi hutang bersama sama Nor Hafizah dan dengan itu dia berpeluang buktikan dia seorg yg berkuasa. Nor Hafizah yg tidak tahu hujung pangkal menurut sahaja manakala Shukor ketakutan kerana tau sudah salah nasihat kpd pemberi hutang atas arahan Khairul. Roslan dan Khairul dapat sex hasil proses itu dan ramai kontraktor berputih mata. alasan Mohd Shukri bahawa bukan islam harus ditipu dan diperdaya oleh org Islam juga menyedihkan. Kalau dah banyak hutang dan tamak haloba tak perlu menipu samada islam atau bukan. hukumnya tetap haram samada utk dpt sex atau utk bernikah atau utk apa. Seterusnya sindiket ini telah melancarkan fitnah fitnah utk menyekat kebenaran dari diketahui ramai dan sesiapa yg tahu tetapi tak bersetuju dgn penipuan dan khianat mereka akan menerima nasib malang yg bertimpa timpa hasil fitnah terancang mereka. Mereka merancang Allah juga merancang dan perancangan Allah itu sentiasa lebih baik.

Disebabkan ahli sindiket putar alam ini memang gemar menipu dan pakar menabur fitnah maka perlu di beritau nama beberapa saksi lagi yg tau kejadian penipuan ini. saksi ini tidak tau siapa dalang dan apa akibat penipuan ini tetapi saksi ini memang tau modus operandi sindiket terutamanya Khairul Anuar Dulah Hashim yg bergerak bersama-sama isterinya Nor Hafizah Abdul Rahman utk menipu orang awam.Saksi terbabit adalah Masitah Mahmad iaitu Eksekutif yg diarahkan oleh Khairul utk memulangkan cek2 dgn alasan ENC dan juga Mohammad Hafifi Abu Bakar iaitu kerani yg diarahkan Khairul utk pulangkan cek2 terbabit dgn cara yg curang dan penuh pembohongan. Soalannya adakah sindiket ini akan menekan, memujuk atau mengugut saksi saksi tersebut seperti dilakukan selama ini kepada saksi lain????

kutty macam tau banyak pasal datuk ni…boleh call saya tak…fuadamran2@yahoo.com.my….harap dapat membantu

asap

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: