bila hatiku berbicara

~InSaf~

Posted on: Disember 3, 2007

3 penerjun raptai Lima maut

Oleh Abdul Razak Raaff dan Hamzah Osman

20 tersasar jatuh ke dalam laut, tersangkut di pokok

 
 

“Bagaimanapun, 20 daripada mereka tersasar daripada lokasi pendaratan yang ditetapkan dengan ada yang terjatuh ke laut atau tersangkut di pokok,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. Hadir sama, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.

Daripada jumlah itu, 14 dikatakan jatuh ke laut manakala selebihnya tersangkut di pokok selepas tersasar kira-kira 100 meter daripada lokasi sebenar pendaratan. Semua mereka kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

Azizan berkata, punca kemalangan itu masih belum diketahui dan Lembaga Siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyiasat perkara itu walaupun ketika kejadian, keadaan angin adalah tidak menentu.

“Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian dan siasatan terperinci perlu dilakukan,” katanya.

Angin kencang sejurus selepas anggota itu membuat terjunan dari pesawat menyebabkan ada yang tersasar dan jatuh ke laut di Pantai Cenang atau beberapa tempat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Katanya, jenazah semua mangsa akan dibawa pulang ke kampung masing-masing dengan pesawat TUDM secepat mungkin selepas bedah siasat selesai. Sementara itu, jenazah ketiga-tiga mangsa tiba di Pangkalan TUDM di Subang, jam 11.25 malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, turut berada di sana menunggu ketibaan ketiga-tiga jenazah berkenaan.

Sepuluh minit kemudian jenazah Nurul dan Siti dibawa menaiki van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dihantar ke kampung halaman masing-masing di Melaka dan Tanjung Malim

Pada jam 12 tengah malam pula mayat Raimon dibawa menaiki pesawat M30-12 untuk ke Kuching. 

~Semoga roh kedua mereka yang beragama islam di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Bagiku yang tak berilmu ni berkata..buat apalah nak ada-ada LIMA nih..tengok nih budak-budak nih muda-muda lagi dah hilang sekelip mata. Kesian mak ayah depa semuanya demi LIMA.Tetapi dah di takdirkan mereka pergi dengan cara begitu. Al FATIHAH buat Hajar dan Wahida.

Advertisements

2 Respons to "~InSaf~"

dlm kaedah islam HARAM seseorang buat terjunan jika die tak punyai ilmu tersebut.Dan menjadi HARUS jika die mempelajari ilmu penerjunan tersebut..jk xwujud LIMA pon ,pasti arwah mnggal dgn cara lain dan tdk dgn cara ini.., jtuh dr terjunan hanya mnjadi penyebab ats kematian dlm islam.Manusia di lahirkan maka terus di tulis Allah SWT beberapa prkara trmasuk rzki dan ajal kematian, maka ditulis ajal kematian arwah siti hajar pd tarikh tersebut sejak lahir lg, Allah sbg musabbib, punca kematian hanya sabab, krn dlm siroh , tika malaikat izrail menerima watikah perlantikan sbg malaikat oencabut nyawa makhluk-NYA,Malaikat tersebut mengadu pd Allah krn pasti manusia benci kpdnya krn mncabut nyawa mereka, ats yg demikian Allah mnjadikan as-sabab bg manusia mnyatakan kematian ats sbb td dan bukan di sandarkan ats malaikat td..wallahua’lam.

Ya faham..ajal mereka sudah sampai hari itu saat itu dan tarikh itu..ajal dan maut tidak dapat di tangguh walaupun sesaat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: