bila hatiku berbicara

~Air Tuak~

Posted on: Disember 5, 2007

Hah tajuk kat atas tu nampak macam pelikkan? Tetapi aku sajalah nak kongsi cerita dengan korang tentang air tuak nih hihihih. Orang Kelate panggil air tuak padahal nama sebenarnya air nira. Korang tahukan nira ni di ambil dari mayang kelapa muda? Betulkan kalau aku tersilap. Ketika pulang ke kampung hari tu abangku tiap-tiap hari bawa balik air tuak/nira nih. Sedari kecil lagi aku tak pernah rasa air tuak, rasanya bagaimana aku tidak tahu. Di suatu pagi kakak iparku menghulurkan aku secawan air nira, minumlah sedap ni. Sedap ke kak? Eh..orang jual mahal ni kalu bulan posa. Korang pernah minum air nira?

Akupun cium baunya…aku nih memang tak tahan bau yang pelik-pelik aku sesak nafas. Lalu aku teguk tanpa menghabiskan kesemuanya. Rupanya aku memang tak boleh minum air nira nih bila tiba-tiba aku semput. Aku masih lagi terkenangkan ketika pertama kali bertandang di rumah pak menakan suamiku depa membeli air nira yang di jual dengan motor. Mereka tanya aku kalu kat Kelantan orang panggil apa? aku cakaplah air tuak. Adehh depa gelak rupanya. Alahai itulah loghat masing-masing nak buat macam mana dah kan? Hmm..oklah korang aku sebenarnya sepi sangat bila anak tiada di sisi. Barangkali beginilah orang yang sedang asyik bercinta rindu kat gewe/kekasih.

~Tuak kat Kelate tak memabukkan tetapi depa kata enak bangat jangan keliru tu huhuhu~

Advertisements

1 Response to "~Air Tuak~"

[…] Selain daripada air kelapa muda, air nira kelapa juga boleh dihasilkan dari tandan kelapa muda melalui proses-proses yang tertentu. Di Kelantan air nira kelapa di kenali dengan air tuak. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 840,930 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: