bila hatiku berbicara

‘Bertudung biar ikhlas’~ Siti

Posted on: Disember 12, 2007

Image Hosting by PictureTrail.com

Pakai tudung fesyen apa lagu ni?

Datin Seri Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza yakin peminat tidak lari

APABILA penyanyi jelita Datin Seri Siti Nurhaliza melahirkan hasrat untuk menunaikan fardu Haji penghujung tahun ini, ramai yang tertanya-tanya apakah Siti sudah bersedia untuk mengenakan tudung.

Malah semakin dekat tarikh pemergian Siti ke Tanah Suci, semakin rancak orang membuat spekulasi apatah lagi apabila ada khabar angin yang membisikkan bahawa Siti sedang tercari-cari imej bertudung yang bersesuaian dengan dirinya itu.
Dan persoalan itulah juga yang diajukan media sebaik saja bertemu isteri kesayangan usahawan popular, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini pada majlis sidang media pelancaran album solo terbarunya berjudul Hadiah Daripada Hati kelmarin, di Hotel Legend Kuala Lumpur.

Bukan sengaja memberi tekanan kepada Siti kerana sama ada mahu bertudung atau tidak, itu adalah pilihannya. Tiada siapa berhak menentukan apa yang patut dan perlu dilakukannya. Namun itulah susah senangnya menjadi seorang Siti Nurhaliza, setiap langkah dan perbuatan, pasti akan menjadi buah mulut orang.

Siti, ketika menjawab isu bertudung mengulangi kenyataannya sebelum ini dengan mengatakan dia sememangnya mempunyai niat ke arah itu namun tidak mahu mengesahkan sama akan tampil dengan imej bertudung sekembalinya nanti dari menunaikan rukun Islam yang kelima itu, akhir Disember ini.

“Seandainya Siti mengenakan tudung, biarlah ia datang dari hati Siti sendiri serta kerana Allah dan bukannya tekanan media atau peminat. Mengenai dakwaan peminat akan lari apabila saya mengenakan tudung, saya tidak bersetuju kerana bagi saya, peminat sendiri tahu apa yang terbaik untuk saya,” jelas Siti sambil menjelaskan perkara itu juga tidak akan menyekatnya untuk terus muncul sebagai duta produk kerana sudah memaklumkan perkara itu lebih awal kepada pihak penaja.

Ditanya mengenai reaksi suami kesayangan seandainya Siti tampil dengan imej bertudung, jawab Siti, Khalid tidak menghalang dan sentiasa menyokong apa saja yang dilakukannya

Siti yang akan berangkat ke Makkah esok dengan ditemani suami, ibu dan abangnya serta ahli keluarga lain seramai 20 orang akan berada di sana selama dua minggu.

“Siti sudah lama bersedia dan saya bersyukur kerana impian saya untuk menunaikan ibadat Haji ketika usia sebelum 30 tahun serta berumah tangga dimakbulkan Tuhan. Moga semuanya berjalan lancar,” ujar si pelantun Biarlah Rahsia ini.

Ditanya apakah yang akan didoakan Siti di hadapan Kaabah nanti, Siti berkata dia mendambakan kesejahteraan buat dirinya sendiri, suami, keluarga serta keamanan dan rahmat yang melimpah ruah untuk tanah airnya yang tercinta ini.

“Siti juga mengharapkan impian Siti untuk mendapatkan cahaya dimakbulkan Tuhan,” ujarnya sambil mengukir senyuman manis.

Terlanjur berbicara soal zuriat, Siti tidak menafikan pada awalnya dia begitu tertekan apabila memikirkan perkara itu.

“Tapi lama kelamaan, Siti sudah semakin biasa dan tidak terlalu memikirkan sangat. Lagipun, Siti tak mahu perkara itu memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan Siti. Orang kata, kalau hendak anak, kita kena gembira. Jadi Siti sekarang kena sentiasa gembira,” katanya yang inginkan cahaya mata perempuan sekiranya diizinkan Tuhan.

Diusik dengan kenyataan bahawa dirinya kini semakin berisi, Siti mengakui perkara itu. Malah, perkara itu sendiri pernah dibangkitkan suaminya.

“Ada juga dia tegur apabila melihat Siti dalam televisyen. Dia kata muka saya makin lebar. Nak buat macam mana, sejak selepas kahwin ini, aktiviti nyanyian Siti semakin berkurangan sebanyak 70 peratus berbanding zaman anak dara dulu. Siti banyak habiskan masa di rumah, berehat, makan mana badan tak naik. Dulu sebelum kahwin, berat badan Siti 55 kilogram dan sekarang ini naik tiga kilogram,” katanya sambil tergelak kecil.

Namun, apa yang lebih membimbangkan penyanyi dari Kuala Lipis, Pahang ini apabila berat badannya semakin bertambah adalah mengenai staminanya yang semakin menurun.

“Ketika merakamkan album ini, tidak dinafikan, Siti mengalami masalah. Ada ketika, Siti terpaksa balik ke rumah, ambil feel dan kemudian kembali ke studio. Inilah perkara yang merisaukan Siti. Tapi alhamdulillah, semuanya selesai seperti yang dirancang,” ceritanya tanpa berselindung.

Hadiah Daripada Siti

SELAMA setahun setengah selepas Transkripsi menjengah, Siti kembali dengan album solo studio ke-12 yang diberi judul, Hadiah Daripada Hati. Album yang diterbitkan ramai komposer terkenal tanah air ini menyaksikan kematangan Siti dari segi nyanyian dan juga penampilan Siti yang ditonjolkannya menerusi sampul kulit album.

“Siti sengaja memilih warna hitam kerana ia nampak lebih elegan, klasik dan misteri. Kalau album dulu, Siti nampak lebih ceria, riang macam kanak-kanak, jadi dalam album ini Siti memang ingin kelihatan lebih serius. Sesuai dengan kematangan Siti,” dedah Siti mengenai rahsia rona hitam yang dipilih sebagai kulit album.

Dilancarkan empat hari sebelum dia berangkat ke Tanah Suci, Siti berkata itu memang rancangannya kerana mahu dia mahu menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang serta ingin album itu menjadi pengubat kerinduan buat peminat sepanjang ketiadaannya di tanah air.

“Sekembalinya Siti dari Makkah nanti, Siti mungkin akan berehat selama sebulan. Malah, apa saja yang berkaitan dengan kerjaya seperti promosi album itu serta konsert mungkin akan diadakan selepas itu. Jadi buat masa ini, biarlah album itu nanti menjadi penawar rindu buat semua peminat Siti,” ujarnya.

Antara komposer yang menyumbangkan lagu dalam album itu ialah Aubrey Suwito, Audi Mok, Sharon Paul, Greg Henderson, Azlan Abu Hassan dan Jenny Chin.

Mengulas ketiadaan lagu ciptaannya dalam album ini berbanding Transkripsi, Siti berkata dia pernah mencuba namun tidak berhasil.

“Mungkin masa penghasilan album Transkripsi itu, jiwa Siti tengah bergelora maklumlah tengah bercinta. Tapi untuk album ini, puas Siti cuba malangnya idea tak datang. Memandangkan album ini perlu disiapkan cepat, jadi terpaksalah Siti teruskan apa yang ada,” katanya sambil meminta peminat tidak membandingkan album ini dengan yang terdahulu.

Pada majlis penuh bermakna itu Siti turut menerima anugerah platinum atas kejayaan album Transkripsi yang dijual sebanyak 80 ribu salinan.

~Ini bukan blog hiburan tetapi semua cerita boleh di up datekan di sini. Aku harap Siti pulang dari Mekah nanti akan bertudung~ Aku tak minat sangat kat dia ni tapi aku suka dengan lagu-lagu dia dulu. Sekarang ni entah rasa macam tak berapa minatlah dengan lagu-lagu ni. Tetapi kalau nasyid Akhil Hayy tak jemu aku mendengarnya~

Advertisements

7 Respons to "‘Bertudung biar ikhlas’~ Siti"

dlm konsep penutupan aurat sebenarnya bukan masalah ikhlas xikhlas..ikhlas xikhlas tu nombor 2, yg pertama adalah WAJIB tutup aurat..ikhlas xikhlas terletak ats diri masing2, hati yg ikhlas dgn hati yg xberapa ikhlas sebenarnya BUKAN sebab untukn jatuhnya hukum penutupan aurat td, mknanya klau xikhlas xpyah pkai tudung,klau ikhlas baru pkai tudung..TIDAK! bukan mcm tu. yg pertama pkai tudung! ikhlas xikhlas ats diri masing2 dan pandai2 Allah utk menilai, xikhlas xboleh dijadikan sbagai alasan utk buka aurat.,ianya WAJIB ,sy pernah mengikuti satu kuliah Ust Tuan Ibrahim,die pernah mnjadi pensyarah di UITM ,dan ketika mengajar die bagi tau awal2..sesiapa yg ingin mengikuti kelasnya msti pkai tudung.namun ade beberapa pelajar yg tampil dan memberitahu bhw die xnak pkai tudung sbb klau pkai tudung bkn krn Allah tapi krn Ust tadi..,ust jawap dgn jawapan di atas..bhw awk ikhlas xikhlas tu awk punye hal, yg utama WAJIB menutup aurat, xikhlas tidak menjatuhkan hukum menutup aurat kpd boleh membuka aurat..INILAH SALAH TANGGAPAN YG TERCEMAR PADA PEMIKIRAN MASYARAKAT KITA SEKARANG.! AKIBAT ORN YG TAK BERILMU DISANJUNG2 DAN ULAMA’ DAN YG BERILMU DI KETEPIKAN MALAH DI BENCI..!

Salam alaik…betul tu betul….sebagai wanita islam WAJIB menutup auratnya. Dah hukum kata lagu tu ikut ajelah…tp ingat tudungpun kena menepati

1- ada yg bertudung tapi nipis..tu pun tak di kira bertudung kerana masih nampak rambut di sebalik nipisnya tudung.
2-Ada yang betudung tp nampak leher fesyenlah kononnya
3-ada yang bertudung tp rambut keluar gak macam setengah2 org tu pun tidak bleh.

Ya benar menutup aurat kerana adalah wajid bagi wanita islam. Jadi ikhlas tak ikhllas itu dia dengan Allah…kalau ikhlaspun kena bertudung x ikhlaspun kena bertudung. Wanita islam haram mendedahkan ambut apa lagi tubuh badannya.Tp zaman sekarang ni entah le hampehhhhhhhhhhh…………………

Betul2 org x tau hukum hakam tentang agama di sanjung dapat pangkat itu dan ini sedangkan ulamak kita..ambik aje contoh mufti Perak Harunsani di kecam oleh manusia yang tak reti bahasa hanya kerana dia mengeluarkan hukum haram itu dan ini…jom heboh dan entahlah…artis di sanjung bagai nak gilerrrrrr tetapi suara2 ulamak di pinggirkan…………….opsss sori ek…………..

salam kak, inilah realiti kehidupan kebanyakan orang terutamanya artis, kadang-kadang pengalaman mengajar kita …. ihklas lah yang membantu kita untuk menjadi mu’min sebenar …. apa pun, untuk memulakan kebaikan yang belum pernah dilakukan, riya’ dan tidak ikhlas itu biasanya perkara biasa, sebab itu ada ulama’ berkata ” kita bermula dengan riya, dan kita akhiri dengan ikhlas “….

Mabruk..inilah kelebihan Blog..! Ma’assalam..

Salam Ustaz Kamal…

Teringat akak ketika tinggal di countryhomes suatu waktu dahulu…malam tu hafiz sakit…akak terpaksa minta tlong seorg kakak yg berhampiran dgn rumah kami. Dia ni jenis tak kisah pasal aurat kalau dia nak pakai suar pendek dia pakai tp kalau pergi kenduri kendara dia tutup auratnya…..semuanya ada kat dia…tp dia ni mmg baik……..

malam itu dia pakai jean baju t dan tudung pakai main capai aje letak kat kepala..nak pergi hospital selayang jauh..klinik yg paling dekat cuma klinik org rufaqa…selama 6 tahun akak kenal ngan org rufaqa..tp akak bukan org arqam..cuma kena aje nak tahu perangai depa..mmg smuanya ada dlm hati ini biarlah..tak usah cerita……….

sampai di klinik kami di layan sekadar2 aje…entahlah barangkali dia tak suka dgn cara pemakaian kakak ini…tp bagi akak itu bukannya cara org melayan org acuh tak acuh saja kalau org dia di layan bagaikan nak giler……….kat kami mmg hampeh….

itulah pd akak biarpun kita bertudung labuh atau menutup aurat jgnlah merasa diri terlalu bagus kerana Allah tahu apa yg ada di hati kita. Apa salahnya di layannya kami sama rata…tetapi akak nampak sangat hanya kerana kami pergi dgn kakak ni ..n.ak buat macam mana hanya dia saja yg menawarkan bantuan buat kami……..semga Allah memberi hidayah kepada kakak yg baik hati ini…kalau tidak malam itu tak tahulah hafiz semuanya telah Allah takdirkan begitu………….

kepada yg tidak gemar bertudung…betudunglah dengan cara yg betul kerana azabnya siksaan Allah amat pedih bagi wanita yg membuka auratnya…na’uzubillah himinzalik…………salah silap mohon di maafi…tegurlah kalau tersilap…….dalam memberi komen ini…syukran……..

Salam Syafiq hanyalah blg yg tidak seberapa aje ….mekasih kerana selalu singgah sini…………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: