bila hatiku berbicara

~Bersyukurlah dengan apa yang kita ada~

Posted on: Disember 14, 2007

~~~Assalamualaikum salam hari jumaat~~~

Seperti biasa aku menulis di blog ini jatuhnya pada hari jumaat hari penghulu segala hari. Aku memang suka berblog kalau boleh aku nak mempunyai sepuluh blog, tetapi yang ini jugak yang aku suka entahlah. Agaknya aku ini pencinta hijau sebab itulah apa cerita aku updatekan di sini, bagiku blog merupakan dairi tak peribadi aku. Yalah kan kalau tidak terlalu peribadi insyaallah boleh di kongsikan bersama dengan kalian untuk aku jadikan semangat untuk teruskan sisa-sisa hidup ini. Bagiku kalian adalah sahabat yang tidak pernah aku mendengar suara dan melihat rupa kalian…tetapi sesungguhnya dengan berblog aku bahagia mengenali kalian, biarpun tidak pernah mengenali di alam realiti, cuma di alam maya ini kita sama-sama memberi pandangan.

Alhamdulillah dengan izin Allah kesihatan aku dan Hafiz agak baik tidak seperti dua tiga hari yang lepas terpaksa ke hospital Homeopaty Selayang di klinik Doktor Sabri untuk mengambil ubat tersebut. Bertahun-tahun Hafiz batuk rupanya di takdirkan dia serasi dengan ubat homeopaty alhamdulillah. Kalau dulu keluar masuk hospital juga. Itulah ujian buat kami suami isteri…tetapi alhamdulillah akhirnya Allah balas kesabaran kami kerana akhirnya dia beransur sembuh biarpun kekadang penyakitnya datang juga.

Hafiz ni banyak kena pantang makan…tetapi biasalah dia ni apa yang kita tak bagi makan itulah yang dia mahu. Di belakang kita dia minum ais dan makanan yang alahan dengan penyakitnya sudahnya batuknya datang lagi. Penyakit ni kalau nak datang sekejap sahaja, tetapi nak berhenti tu ambil masa yang lama. Itu hanyalah sedikit cubaan dari Allah. Nabi Ayub Alaihi salam di uji dengan penyakit misteri akhirnya dengan berkat kesabarannya Allah menyembuhkannya dan memberikan kebahagiaan buatnya di samping isteri yang setia menemani suaminya subhanallah. Kiranya aku ini mampukah menjadi sesetia dan setabah isteri Nabi Ayub terhadap suamiku?

9 haribulan 2007 ahad yang lepas adik ipar dan saudara mara suamiku datang kerumahku. Adik iparku tinggal dua tiga hari di rumahku. Hampir dua tahun dia tidak datang kerumahku. Maklumlah orang kerja mana ada masa hendak menziarahi aku. Aku memang suka bersembang dengan biras aku ini. Sembang punya sembang dengan dia terkeluarlah topik ini.

Al- “Kalau boleh nak anak sorang lagi nak cukup bagi empat, tapi bila ingat nak beranak sakitnya hanya Allah saja yang tahu rasa dah tak mau dah. Hampir seminggu saya ni sakit kalau nak beranak. Tiga orang anak semuanya begitulah juga yang di alaminya setiap kali hendak bersalin, rasa macam nak mati dah. Menurut kata doktor ada masalah sikit, tapi boleh bersalin secara normal tidaklah sampai kena operation.Orang ni kalau kita tak beranak kita jugak yang di salahkan, orang perempuan jugak yang di salahkan”. Sambungnya lagi.

Aku- “Maksud Al….diri akak ni ke?”

Al- “Yalah mak dengan ayah(tiri) tu duk kata akak yang bermasaalah nak suruh balik berubat di kampung kena habag sendirilah kat ayah, tak boleh pakai main perantaraan(emak mertuaku) saja. Ayah nak ikhtiar bagi makan ayaq akaq kayu ke apa ke? Depa tak kata orang lelaki yang bermasalah tetapi yang salahnya perempuan jugak”???

Aku- “Jadi selama ini emak mengata akak lah yang tak boleh beranak? Tak kan dia tak ingat anak(suami aku) dia sakit itu dan ini kena operationlah dan kena stroklah. Apa dia tak ingat itu semua? Wah… aku dah hangin seluruh badan…agaknya muka aku tika itu merah giler lah kot menahan sebak. Sabaq hehehe. Akupun apa lagi, memang manusia tak pernah merasa puas hati dengan apa yang dia ada, ada anak satu nak dua…ada dua nak tiga dan seterusnyalah. Selagi bernama manusia mereka tidak akan pernah merasa bersyukur( akupun). Padahal setiap sesuatu yang di timpakan kepada kita itu adalah ujian Allah untuk hamba-NYA. Cuma manusia saja tidak nampak tidak mahu memikirkan. Cakap pakai main hentam aje hihihi. Wah aku dah mula dah hehehe. Lalu dengan perasaan sebak aku tanya dia habis tu emak dan ayah nak buat apa? Nak suruh abang menikah sorang lagi nak bagi dapat anak”( padahal dalam hati Na’uzubillah minta jauh huhuhu).

Al- “Eh mak tak sampai ketahap tu lah akak… tapi ini semua untuk akak jugak…emak rasa sedih dapat anak dua orang aje. Awatnya masa muda dulu dia tak usahakan supaya dapat tujuh lapan, desis hati kecil aku tapi tidak aku lontarkan kata-kata ini kepada biras aku. Untuk masa depan akak dengan abang. Yalah Hafiz tu dah besar tak lama lagi dia pasti tinggalkan akak jugak. Akak pulak takde anak lain dah. Itulah yang emak nak jugak suruh akak dengan abang balik berubat. Emak kata ayah berubat orang menjadi, orang sampai sepuluh tahun tak dapat anak dapat jugak. (Hmm itupun dengan izin Allah bukan kerana dia yang berubat…wah hati aku memberontak lagi, tidak juga aku bagitahu Al apa yang terdetik di hati aku ini). Ikhtiarlah akak mana tahu kali ini menjadi”.

Sebenarnya aku malas nak layan benda-benda begini. Bagiku anak sorangpun aku redha kalau inilah yang telah di takdirkan untuk aku. Aku malas nak biarkan diri ini tertekan hanya dengan benda-benda begini, banyak benda lain lagi yang harus aku fikirkan. Perempuan mana yang tidak mahu anak lagi. Tapi dah Allah tidak mengizinkan lagi buat masa ini nak buat macam mana? Kalau berubat habis berpuluh ribupun kalau di takdirkan tak dapat tak dapat jugak, apa lagi bagi kami yang belum mampu ini. Yang aku hairan adakah mereka ini merasakan dengan mempunyai anak sorang masa depan aku gelap atau apalah pemikiran depa ni aku tak tahulah. Apakah mereka tidak yakin dengan perancangan Allah terhadap hamba-NYA? Pastilah yakin dah nama lagi ustazah. Kenapa memikirkan masa depan yang belum pasti? ALLAHlah yang lebih mengetahuinya masa depan setiap hamba-NYA, bukankah kita ini hanyalah hambaNya yang kerdil?. Kita hanya mampu merancang sahaja sedangkan DIAlah yang menentukan nasib kita baik atau sebaliknya. Apakah dengan mempunyai ramai anak dapat membahagiakan ibu bapanya? Kenapa masih banyak lagi rumah-rumah untuk warga emas? Siapa yang menghantarnya? Adakah semuanya tidak mempunyai anak? Ada yang mempunyai ramai anak tetapi di tempatkan di situ ibu bapa mereka? Manalah (insyaallah)tahu walau hanya anak seorang tetap akan menjaga ibu bapanya di hari tua kelak? Doa seorang ibu insyaallah akan di makbulkan Allah s.w.t ALLAH HU AKBAR. Siapa yang lebih mengetahui kalau bukan ALLAH? Apakah dengan mempunyai seorang anak tidak dapat membahagia kedua ibu bapanya? Salahkah kalau aku ada anak sorang? Semenjak dari rahim ibu lagi Allah sudah tetapkan untung nasib untuk setiap hamba-NYA. Jadi kalau DIA kata si fulan tu hanya ada seorang anak siapa kita untuk melawan kehendak-Nya? Baik dari tak ada langsung. Kalau ada rezeki adalah insyaallah, kalau tidak adapun redha sahaja.

Memang kedatangan adik ipar dan familinya kali ini membuatkan aku menjeruk rasa. Sedih benar rasanya. Kenapa bila bertemu dengan emak mertuaku dia tidak menyatakan sendiri kepadaku tentang ini? Yalah ada jugak dia menyatakan suruh berubat tetapi taklah sampai dia salahkan aku yang belum tentu tidak boleh beranak ni. Mungkin dia ingin menjaga hatiku atau apa hanya Allah sahajalah yang tahu. Tetapi perasaan sedih tu mestilah ada lantaran menyedari diri tidak seperti orang lain. Aku tahu niat ibu mertua aku tu baik sangat, ( padaku dia adalah yang terbaik buatku) biasalah perasaan seorang ibu pastinya nak yang terbaik untuk anaknya. Tapi bila mengenangkan aku juga yang di persalahkan hati aku jadi sedih le. Pompuan jugak yang kena………..tapi aku tidak berkecil hati( kalau adapun sikit aje lah kot).

Eh lupa aku pernah menyuarakan hasrat hatiku kepada Al hari tu kalau di takdirkan ada orang nak bagi aku anak, aku akan terima biar apapun status anak itu aku sanggup terima. Kerana padaku setiap bayi yang lahir itu fitrahnya suci bersih…kitalah yang mencoraknya untuk menjadikan dia nasrani, yahudi atau kristian na’uzubillah. Dia cepat-cepat menyanggah, katanya andai ada orang nak bagi kat dia anak begitu dia tidak akan ambil kerana katanya darah tak elok. Aku tanya dia darah tak elok lagu mana pulak? Kan bayi yang baru di lahirkan fitrahnya suci bersih? Tak pulak dia terangkan bagaimana yang di katakan darah tak elok itu. Memanglah anak itu lahir dari hubungan terlarang. Tetapi sanggupkah kita melihat bayi-bayi ini di buang di tong sampah dan dimerata-rata tempat? Kalau bayi ini masih hidup alhamdulillah tapi kalau sebaliknya tiadakah perasaan kasih sesama insan? Berapa banyak anak-anak begini di rumah kebajikan masyarakat, patutlah betapa susahnya proses untuk mengambil bayi-bayi ini di rumah kebajikan , kerana bimbang anak-anak ini tidak di jaga dengan baik oleh bakal ibu angkat mereka. Padaku anak ini tetap suci bersih…andai didikan kita baik insyaallah anak-anak beginipun akan mejadi anak yang baik. Memanglah orang yang senang mengandung dan beranak akan berkata begitu…tetapi bagi orang yang tidak mempunyai anak sendiri pasti mereka mendambakan anak di sisi mereka, biarpun hanya anak angkat. Aku kira biras aku ini tersalah tafsir atau apa entahlah. Korang bagaimana pulak? aku nak tanya kalian salahkah kalau kita mengambil anak-anak begini( kalau di takdirkan adalah)? Adakah anak-anak ini akan di hina bila mereka tahu anak ini anak tidak sah taraf? Kenapa mesti di hina kerana anak ini juga adalah makhluk Allah yang harus di sayangi dan dilindungi?. Mereka tidak pinta di lahirkan kedunia…tetapi mereka lahir kerana dua manusia yang melakukan hubungan terlarang, bukan salah mereka. Aku sedih kalau ada orang menghina anak-anak sebegini.

Sedikit cerita di kampungku ada seorang bidan( dia ni emak mertua kakakku yang sulung). Dia ni suka membela anak-anak orang, kerana anak-anak diapun sudah jadi dewasa ada yang dah umur lima puluhanpun. Dalam dia duk pergi berbidan di merata-rata tempat ada yang menawarkan dia seorang anak lelaki. Pernah juga sesekali dia membawa anak ini ke rumahku. Aku memang suka tengok cara bidan ini kerana dia terlahu sayangkan anak ini, anak-anak diapun tak kisah dengan anak ini, di beri pendidikan sewajarnya. Anak ini sekarang sedang menanti keputusan SPM. Takde dengar pulak anak ini buat benda-benda yang tak baik, kalau aku pulang ke kampung pasti budak ini akan pergi ke rumahku. Dia di hantar ke sekolah agama sekarang ini bukan sahaja surah yassin boleh di hafal tetapi lebih bagus dari anak-anak yang sah tarafnya. Padaku semua itu bergantung kepada didikanlah. Pada pandangan kalian bagaimana ya? Kalau ada yang senasib denganku bolehlah berkongsi cerita denganku, padangan kalian amat di alu-alukan. Maaflah banyaknya terlari pada topik asal. Bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi hanyalah mahukan pandangan dari kalian. Dan juga biar apapun yang Allah kurniakan belajarlah bersyukur. Hidup ini hanyalah sementara untuk apa berkeluh kesah kerana itu semua bukan kehendak kita? Tetapi DIA yang Maha Mengetahuinya segalanya~~~~~~~~~~~~~~~~~

~Aku ini hanyalah manusia biasa yang lemah, tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan, tegurlah aku nasihatlah aku kalau aku tersalah silap baik dalam penulisan. Teguran kalian inspirasi buat aku. Terima kasih~~~

~~~~~~~~~Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk mata hati ibu dan bapa aminnnn~~~~

Advertisements

6 Respons to "~Bersyukurlah dengan apa yang kita ada~"

salam …

“anak adalah anugerah allah”

moga akak tabah menghadapi hari-hari mendatang disamping keluarga yang tercinta …..

Salam…anak anugerah dari allah…alhamdulillah…redha apa yang telah ditakdirkan………..

bagus artikel neh 🙂

Khizam xde apa saja je nak sedarkan diri sendiri..bukan semua yg kita kehendaki semuanya tercapai kerana Allah lah yang memberi setiap sesuatu..bahkan nafas yg kita sedut hari ni pun kalau DIA nak ambik balik hari ni maka DIA akan ambik. Setiap tindak tanduk kita berhati2 lah dalam menuturkan kata2…untuk diri sendiri yg alpa…

moga kita akan jadi insan yang bersyukur
aminnn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: