bila hatiku berbicara

~Aidil Adhaku di sini~

Posted on: Disember 17, 2007

Semalam aku menelefon ibuku di kampung bertanya khabarnya yang agak kurang sihat. SMS ku terima dari anak-anak buah memberitahu ayah dan ibuku kurang sihat. Memang benar ayah dan ibuku kurang sihat, bukan saja mereka aku dan Hafizpun masih lagi batuk dan suara masih lagi serak. Ayahku sudah menjangkau usia ke angka lapan puluhan sama usia dengan TUN Mahathir, manakala ibuku yang aku panggil “mek”( panggilan sinonim untuk perempuan di Kelantan bagi generasi lama tapi tak semua le) sudahpun menjangkau keusia tujuh puluhan. Alhamdulillah panjang umur mereka syukurlah kerana aku masih lagi mempunyai ibu dan ayah. Ayah mengalami semput atau asthma. Ayahpun hairan kenapa masa muda-muda dulu tak ada lelahpun. Aku pernah berseloroh dengan ayah…”biasalah ayah kan umur sudah meningkat ayah pulak bukannya tahu duduk diam. Kalau tak pegang cangkul tak bercucuk tanam lagi bertambah sakit”. Memang hobi kami sama…. suka berkebun.

“Mek lupa nak kirimkan selimut kat Nira hari tu, selimut mek belikan ko mung lah, kan mung nok hari tu….baju tu bagaimana padea ko? Zurina yang bawak ke rumah, kalau ikutkan Kak Za nak pos jah, tapi bila dah Nira nak ke sana mek kirim ajelah kat dia, Nirapun buleh ngajar kat Sekolah Kamil Dua”. Sorry nak tulis Kelate tak menjadi hihihi………

Hatiku entah kenapa rasa sebak dan sayu bila mendengar suara ibuku yang agak lemah baru lepas demam, dan aku dapat rasakan kelainannya, ini membuatkan aku tidak sedap hati berperansangka yang bukan-bukan ini kerana ibuku agak jarang sakit teruk. Aku tahu selama ini ibuku jarang demam dan sakit, kalau kena sekali sekala kesihatan ibuku agak teruk. Dari jauh aku memohon doa semoga ayah dan ibuku panjang umur dan sihat seperti sediakala.

Aku teringin benar hendak pulang menyambut aidil adha bersama ayah dan ibuku….tetapi keadaan tidak mengizinkan. Kalau nak ikutkan hari raya hari tu aku sudah bersama mereka….tetapi bagiku seminggu tidak mencukupi untuk aku bersama mereka. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja aku tinggal di sana. Tetapi aku tahu tanggung jawabku sekarang. Biarpun hati aku selalu merindui ibu dan ayahku tetapi bila mengenang banyak yang harus aku selesaikan di sini maka aku pendamkan dalam-dalam hasrat hatiku untuk pulang ke sana sama-sama menyambut hari raya korban di sana. Insyaallah panjang umu murah rezeki kita akan bersama lagi.

Untuk sama-sama berlaku adil biarlah aku tidak pulang kemana-mana di hari raya korban ini. Kalau aku pulang ke kampungku bagaimana pula perasaan ibu mertuaku kalau dia tahu aku pulang lagi ke kampungku?. Untuk pulang ke sana aku agak berat hati kerana keadaan rumah ibu mertuaku yang belum siap di perbaiki tiada tempat untuk kami diami. Untuk pulang ke rumah ayah mertua tiriku tidak sama sekali, melainkan kalau pulang kerumah adik iparku bolehlah. Beginilah kalau berjodoh utara timur kena plan betul-betul untuk berlaku adil. Bimbang pulak takut ada yang berkecil hati. Biarlah hati ini menanggis tidak mengapa asalkan orang lain gembira dan bahagia. Cewah macam merajuk aje hihihi.

Masih terkenang setiap kali raya korban di kampungku banyaknya orang menghantar daging korban ke rumah ibu bapaku, kekadang di sedekahkan pula kepada jiran-jiran. Inilah berkatnya ayah menjadi guru mengajar mengaji anak-anak kampungku murah rezeki biarpun ayah mengajar tanpa di beri upah atau di minta upah satu senpun tetapi rezeki datang mencurah-curah. Kata ayah kalau nak mengajar mengaji biar ikhlas.

Nampaknya hari raya adil adha di sinilah aku. Apa yang aku nak buat bila berhari raya di sini ek? Entah rasaku biasa-biasa sahajalah, sampai ke saat ini aku tidak buat apa-apa persiapan untuk menyambut hari raya aidil adha. Tidak seperti di kampungku kakak iparku rajin membuat biskut raya biarpun hanya raya korban, mana taknya kalau tak dibuat biskut atau juadah tetamu tak pernah putus berkunjung. Pendek kata hari raya aidil adha sama meriahnya seperti hari raya adilfitri.

Tak sampai dua minggu lagi tahun 2007 bakal meninggalkan kita. Hafiz pulak akan tinggal di asrama…sedihnya tak boleh nak bayangkan, begitu cepatnya masa berlalu, begitu cepat anakku membesar bakal menjadi anak remaja, betapa besarlah pula cabaran demi cabaran bagi kami sebagai ibu dan ayah. Biar apapun sebagai ibu bapa jangan putus berdoa, mudahan semuanya akan baik-baik belaka, bahagia dunia dan akhirat. Walau aku berat hati hendak melepaskan anakku tinggal di asrama tetapi biarlah aku berkorban apa saja….demi untuk mencari ilmu dan keredhaan-MU ya ILAHI. Demi kasih dan sayangku kepada anakku. Mudahan menjadi anak soleh penyejuk hati ibu dan ayah……..

Di kesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “SALAM AIDIL ADHA” buat semua teman-teman blogger yang hanya ku kenali di alam maya. Ampun dan maaf andai ada keterlanjuran kata atau menyinggung perasaan kalian dalam setiap patah-patah ayat yang aku hentakkan di sini hanya ampun dan maaf yang aku pinta. Tak lupa buat teman-teman lamaku yang sentiasa dalam ingatan Epel, Kassim Selamat, Keshi, Musafir Minda, Fida dan semua yang masih mengingatiku. Maaf zahir dan batin.

~maaflah ayat terbelit-belit macam ular kena palu biasalah style and slanga lagipun tak reti sangat nak menulis nih pakai main belasah aje le aku ni~

Advertisements

4 Respons to "~Aidil Adhaku di sini~"

salaqm aidiladha diucapkan kerpada akak sekelurga…. moga berbahagia sentiasa dan ceria dihari raya ini …..

salam aidil adha juga buat Ustaz Kamal moga bebahagia biarpun berjauhan dgn keluarga..

salam aidl adha maaf zahir dan batin……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 840,938 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: