bila hatiku berbicara

Jom Heboh TV3

Posted on: Disember 18, 2007

Pelbagai Oleh mrcoconut

“Demi Masa Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian, Kecuali Orang-Orang .Yang Beriman Dan Beramal Soleh Dan Yang Berpesan Dengan Kebenaran Serta . Berpesan-pesan Dengan Kesabaran. -Surah al-ásr

Jalan sesak menuju ke Stadium Indera Mulia, parking dikatakan penuh dan ada yang terpaksa mengheret ahli keluarga berjalan hampir 1 km semata tak mahu ketinggalan ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3. Bagi mereka persetankan kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Majlis Mufti-Mufti yang telah mengharamkan Sure Heboh yang kini Jom Heboh.

Berikut adalah perbualan semasa minum pagi dengan sahabat yang hadir ke Jom Heboh di Stadium Indera Mulia.

mrcoconut : Hangpa pi jom heboh ?

yop heboh : Aku pi, hang tak pi ke, rugi macam-macam adaaa. swiss roll era fazira pun sedaaap.

mrcoconut : Aku tak pi, pasal harussani kata haram!

yop heboh : ehhhh.. habih, kalau pi kenapa ? bukan pi tengok konsert, round pameran saja, itu pun tak boleh ke?

mrcoconut : setahu aku dah mufti kata haram tu, haram lah!

yop heboh : ehh.. pandai-pandai lah ngkau!

mrcoconut : Itu lah sebab aku tak teringin nak ke sana

yop heboh : Habis ramai orang pegi? pak aji pun ada!

mrcoconut : macam ni lah. ayam yang sembelih tu halal makan tak?

yop heboh : ??!Q# .. halal lah dah sembelih boleh makan

mrcoconut : ok, ayam sembelih halal makan, tapi halal tak ayam sembelih tu kalau letak satu freezer
dengan babi?

yop heboh : ??Q!?/…

mrcoconut : halal ke haram?

yop heboh : Haramlah tapi itu ayam, ini jom heboh

mrcoconut : Ok, masa hang kat sana , hang perasan tak keliling hang, kiri kanan, depan belakang hang yg bersesak- sesak semua tu,.. bangsa apa? melayu, cina, india , jerman?

yop heboh : a’aa laa, Melayu

mrcoconut : haaa.. kalau jom heboh tu tempat yang elok untuk bawak anak bini jalan, beli belah, tengok pameran mengapa bangsa yang maju seperti Cina yg kaya, banyak duit tak pi beli belah kat sana, mengapa tak ramai bangsa lain yang kesana, mengapa bangsa melayu saja yang ramai hadir?

yop heboh : ?Q!@$&*..

mrcoconut : Sebab orang melayu leka, suka berhibur, tak tahu membezakan baik buruk suatu perkara pasal tu lah Mufti dah kata haram pun pakat pi jugak.

yop heboh : Jadi haramlah aku pi sana ?

mrcoconut : Macam hang kata tadilah, ayam sembelih kalau letak satu freezer dengan babi tetap haram walaupun hang beli balik masak ayam tu saja. Pasal letaknya ayam tu bersama babi-babi yang haram!

yop heboh : senyum kambing.

“Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu
menarik hatimu… ” Surah Al-Maaidah, ayat 100.

Pada 30 Julai 2004 Majlis Mufti-Mufti telah memutuskan mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert berkenaan adalah juga Haram. Menariknya ramai yang hadir ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3 memberi alasan kenyataan Mufti hanya haramkan konsert dan ramai yang hadir memberi
alasan seperti sekadar berkunjung ke gerai-gerai pameran dan membeli belah mana yang patut. Begitulah asam garam manusia berdolak dalik semata memenuhi desakan nafsu. Kita letak ketepi dahulu bab hukum tetapi apa yang kita mahu nyatakan di sini adalah pengunjung yang membanjiri karnival Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang.

Kalau diperhatikan sekalian yang hadir membanjiri karnival Jom Heboh berkenaan yang di adakan secara road show majoriti yang kita lihat adalah bangsa Melayu. Dari muda-mudinya, yang berkeluarga hinggakan pak aji dan mak aji pun hadir sama. Kita boleh lihat sendiri di kaca tv pada malam konsert utama baik Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang hampir kesemua yang kita lihat adalah bangsa Melayu. Persoalannya mengapakah hanya bangsa Melayu yang hadir ke karnival Jom Heboh ? dimanakah bangsa Cina dan India umpamanya.

Jika persoalan hadir semata berkunjung, melawat ke gerai pameran, mengapa bangsa yang memiliki kuasa beli yang tinggi seperti bangsa Cina hampir tidak kelihatan di karnival berkenaan. Jika karnival Jom Heboh tempat yang baik untuk beli belah dan bawa anak bersantai mengapa bangsa yang boleh kita katakan lebih maju dari Melayu seperti Cina hanya sebilangan kecil yang kita nampak mengunjungi karnival berkenaan. Di malam konsert utama misalnya padangpersembahan penuh dengan pasangan melayu dan ada yang tanpa segan silu berpelukan malah dengan aksi-aksi menjurus ke jalan zina.
Pengunjung bercampur lelaki perempuan, yang tua dan muda, yang berkeluarga dan berpasangan tetapi kebanyakannya bangsa Melayu. Dimana bangsa lain dan mengapa mereka tidak terhegeh-hegeh seperti orang Melayu berkunjung ke karnival tv3 berkenaan.

Inilah satu persoalan yang amat menyedihkan semua. Bangsa Melayu leka berhibur dan kerap kali gagal mengimbang antara desakan nafsu dan tuntutan agama. Memalukan bila bangsa lain yang bukan Islam tidak seberapa untuk hadir ke karnival sedemikian sedangkan dari jalan raya hinggalah ke tapak karnival penuh dengan orang Melayu.

Tanpa kita sedari dalam kita menuntut pembatalan cadangan IFC, dalam kita memperjuangkan isu murtad, dalam kita keluh kesah usaha muda mudi kita di pesonakan golongan kristian program-program hiburan sedemikian telah melekakan bangsa Melayu dan orang Islam. Karnival berkenaan melekakan dan
melemahkan orang Melayu dan Islam dari menumpukan isu-isu penting dalam hidup dan masa depan mereka dan di sisi agama. Anak-anak muda, dewasa lalai dan leka seolah isu-isu besar agama tidak langsung menghantui mereka. Seolah hadir ke karnival itu satu gah bagi mereka dan satu kepincangan jika tidak menghadirinya.

Sedangkan dalam gerombolan manusia yang penuh sesak itu penuh dengan muka-muka kulit sawo matang, hampir kebanyakannya Melayu!

Dalam hal ini usaha Pas Perak yang amat lah dipuji. Relawan Pas yang terdiri dari unit amal dan Pemuda telah turun menabur khidmat dengan mengedar risalah keratan akhbar kenyataan Mufti Perak dan Majlis Mufti yang memutuskan Sure Heboh atau Jom Hehoh itu haram. Haram pada yang menganjur, juga haram pada yang menghadirinya.

Melayu Islam sepatutnya peka akan hal ini. Amat memalukan bila bangsa Melayu lebih terkehadapan dalam program hiburan berbanding program-program lain yang lebih bermanfaat pada bangsa dan agama sendiri.

Melayu yang hadir sepatut nya malu dan sedar akan apa yang telah mereka lakukan.

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta” al-an’am, ayat 116

Wassalam.

~sumber ini saya dapat dari groups RENUNGAN dan IKHTIBAR terdapat juga dalam groups Ustaz Zaharuddin  kiriman saudara rizalsp3@yahoo.com atau Jan Badang.

Advertisements

3 Respons to "Jom Heboh TV3"

salam hariraya qurban.. hati2 djlnraya..

Salam hari raya untuk yg insaf dan Khizam..tak balik le raya kat sini aje…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: