bila hatiku berbicara

~Makanan ayam bebas enzim babi~

Posted on: Disember 24, 2007

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tindakan Khas Mengenai Isu Enzim Babi Dalam Makanan Ayam semalam mengesahkan makanan ayam di negara ini halal selepas analisis DNA terhadap sampel itu tidak menemui sebarang enzim babi dalam bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.

Jawatankuasa dipengerusikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) itu berpuas hati dengan ujian yang dilakukan Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia, Makmal Kesihatan Veterinar JPH, Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia serta Jabatan Kimia dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah JPH, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berharap hasil kajian itu akan melegakan semua pihak kerana penyebaran e-mel berkaitan penggunaan enzim babi dalam makanan ayam baru-baru ini, menimbulkan situasi kurang menyenangkan di kalangan masyarakat terutama umat Islam.
Katanya, pengesahan itu dibuat selepas perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menganggotai jawatankuasa khas berkenaan dan pelbagai faktor terutama aspek keagamaan diambil kira.

“Analisis DNA boleh membezakan ciri antara spesis dan ia mengesahkan tidak wujud enzim babi dalam bahan untuk menghasilkan produk itu. Hasil kajian ini memadai untuk menghapuskan perasaan was-was di kalangan rakyat.

“Yang pasti, usaha dibuat untuk mendapatkan keterangan pihak yang mengeluarkan kenyataan itu bagi mengenal pasti motifnya kerana sebarang isu berkaitan makanan adalah sensitif, malah boleh memberi kesan kepada masyarakat,” katanya kepada Berita Harian.

Kebimbangan orang ramai terhadap ayam segar yang dijual di pasaran tempatan timbul selepas tersebarnya satu e-mel, yang antara lain membangkitkan persoalan sejauh

mana ayam diternak di Malaysia bebas daripada makanan mengandungi enzim tidak halal terutama babi.

E-mel itu turut mempaparkan fakta kononnya kajian saintifik di luar negara yang mendapati penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang diragui status halal, dikesan di Eropah.

Berikutan itu, jawatankuasa khas ditubuhkan September lalu bagi menyiasat dakwaan penggunaan bahan diragui status halal dalam produk makanan ayam yang diternak di negara ini.

Dr Abdul Aziz berkata, sebarang kenyataan yang menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat boleh mencetuskan pelbagai kesan negatif termasuk menyebabkan rakyat panik.

“Kita sudah mengenal pasti individu yang mengeluarkan maklumat itu dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang dikatakannya,” katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah sampingan, Institut Penyelidikan Produk Halal sedang merangka kaedah hidrolisis protein untuk memperoleh hasil kajian status halal secara terperinci pada masa depan.


~Beliau berkata, sebagai langkah sampingan, Institut Penyelidikan Produk Halal sedang merangka kaedah hidrolisis protein untuk memperoleh hasil kajian status halal secara terperinci pada masa depan

aku kata ~ (awat baru nak kaji status halal secara terperinci di masa depan? kenapa tidak dari dulu lagi? suntikan ENZIM BABI bagaimana pulak? .

aku memohon maaf kerana aku memang meragui status ayam yang segar, gedek/besar dan lemaknya terlalu banyak dan baunya terlalu hanyir, dan bila dibiarkan agak lama ianya membusuk. Dulu ketika belum tahu apa-apa tentang status ayam ni, my hubby selalu beli ayam di SOGO, adalah sekali dua tu ayam ni biru dan dagingnya tak ubah seperti ikan lama yang membusuk, aku kata ni ayam kena belasah ke biru sana sini?. Hafiz yang suka makan ayam tidak mahu menjamahnya kerana dagingnya rasa tidak sedap, jadilah rezeki kucing. Mungkin ayam lama atau apa entahlah. Itu lah yang membuatkan sampai bila-bilapun aku tidak akan makan ayam ini. Ayam organik tetap menjadi pilihanku, andai sebaliknya aku rela tidak memakan ayam. Kepada umat islam seluruhnya marilah kita sama-sama berdoa semoga pasaraya halal tidak sama sekali di sabotaj oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Allahlah yang lebih mengetahui di sebalik apa yang berlaku~Marilah kita sama-sama membantu saudara seislam kita. Sesungguhnya aku tidak akan bersekongkol dengan orang-orang kafir yang sentiasa ingin menghancurkan orang-orang islam~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: