bila hatiku berbicara

~Selamat menyambut tahun baru 2008~

Posted on: Disember 26, 2007

Raihan (Abu Bakar)
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Ah…
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah…
( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
( korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal soleh
Ah…
( ulang korus1, korus2 )

Sesekali aku tertanya-tanya pada diriku apa yang sudah aku lakukan sepanjang tahun 2007 yang bakal meninggalkan kita tidak beberapa hari lagi nih? Apakah aku mempunyai azam yang belum aku laksanakan lagi? Begitulah putaran masa terlalu pantas berlari…”demi masa sesungguhnya manusia kerugian melainkan orang yang beramal soleh”.

Entahlah serasaku tahun 2007 baru sahaja menjelma dah pun nak masuk tahun baru 2008 dah. Aku menoleh ke arah anakku sudah besar, dah nak masuk tingkatan satu rupanya kau nak? ini bermakna usia ibu dan ayahmu bakal meningkat ke satu angka lagi, dengan kata lain dah semakin berusia kami ini. Mudahan dengan sisa-sisa umur yang dipinjamkan ini tidak aku persiakan.

Bila mengenang hari-hari suramku, hatiku menjadi hiba. Apa tidaknya anakku akan memasuki alam sekolah menengah, dan tinggal di asrama. Tinggallah aku keseorangan di teratak ini menghitung hari menantimu. Sepanjang aku bergelar isteri dan ibu dialah satu-satunya penghiburku, dialah yang sentiasa berada di sampingku di kala suka dan duka selain dari suamiku. Bila dia sudah tiada di sisi terasa benar sunyinya. Peraturan sekolah tahfiz di Darul Furqan ni, pulangpun cuma sekali sebulan sahaja. Biar apapun aku telah merelakannya, malahan biarpun hatiku sedih untuk berpisah tetapi hatiku bahagia sebenarnya kerana anakku redha bersekolah tahfiz. Cuma dia pernah merungut kepadaku sayang dan sedih hendak berpisah dengan ibu dan ayah biarpun bukan untuk selamanya. hidup ini perlukan pengorbanan dari berbagai sudut..apa lagi demi masa depannya. Tiada apa-apa yang aku harapkan darimu anak, melainkan melihat dirimu menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Itulah impian setiap yang bernama ibu bapa.

Akhirnya selamat menyambut tahun baru 2008. Apa azam kalian? Aku entahlah cerita lain kali ajelah tentang azam ni.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 840,937 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: