bila hatiku berbicara

~Takziah, AL FATIHAH~

Posted on: Disember 26, 2007

24 disember 2007

Aku menerima sms seorang rakan blogger dan juga rakan yang sama-sama di dalam grup komuniti. Smsnya “askum , apa khabar? akak dok Kelate ni. nanti baca blog akak ya utk berita ttg kami. slm aidil adha”.

Dia yang ku panggil Kak Wan bukannya Cikgu Wan, sebabnya dia kata tak payah duk panggil cikgu-cikgulah kat dia. Tetapi orang lain panggilnya cikgu. Kak Wan tidaklah terlalu rapat denganku tetapi sekali sekala kami ada juga berbalas emel dan berbalas sms, tidak kira rapat atau tidak bila mendengar sesuatu musibah yang menimpa rakan-rakan aku amat bersimpati, biarpun hanya simpati dan doa yang mampu aku hulurkan. Dia pernah mengirimkan aku minyak habbatul sauda dan gelang yang di bawa pulang dari Madinah tahun lepas.

Petang itu aku pergi ke lamannya dan membaca entri terbarunya yang bertajuk SITI SARAH DALAM KENANGAN. Tahulah aku rupanya Kak Wan telah di timpa kemalangan hingga meragut nyawa anak perempuannya yang bernama Siti Sarah. Terkedu dan hiba hatiku bila aku membaca bait-bait penulisannya yang begitu sayu tetapi tenang. Ya hati seorang ibu…aku faham cuma aku bukan di tempatnya. Anak tidak dapat di tukar ganti dengan harta benda. Biar berapa ramai anak kita tetapi hilang seorang tetap di kenang sampai bila-bila. Tetapi sebagai hamba-NYA redhalah kita, bab kata Kak Wan adat orang yang meminjam tiba masanya pasti di pulangkan balik kepada yang EMPUNYA (Adat meminjam maka suatu hari saya kena redha apabila Tuan Punya memintanya balik). Semoga kak Wan tabah dan semoga cepat pulih seperti sediakala. DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH JUA KITA DI KEMBALIKAN. Semoga roh adik Siti Sarah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman aminnnn…..

Entri ini dari blog Kak Wan http://www.wansalmah.blogspot.com/

Siti Sarah Dalam Kenangan

Salam Aidil Adha..

Seperti yang telah saya maklumkan dalam entri sebelum ini, saya dan anak-anak akan balik ke kampung untuk menyambut Aidil Adha di sana dengan tujuan kami utama menziarah bonda yang telah uzur.
Perjalanan kami telah dirancang dengan baik, namun, takdir mengatasi segalanya. Dalam entri kali ini saya cuba meringkaskan cerita, sekadar memberi khabar kepada para pengunjung blog ini.

Kereta kami telah kemalangan berhampiran Kuala Lipis, dan salah seorang anak saya, Siti Sarah telah pergi meninggalkan kami. Saya, Hajar, Syamil, baby cedera, juga anak saudara saya yang memandu kereta. Kami telah dikejarkan ke 3 hospital berasingan, iaitu Nur Fadhilah (anak saudara) ke Gua Musang, Syamil dan Hajar ke Hospital Kuala Lipis, saya dan baby Danial ke Hospital Temerloh sebab Danial terpaksa menjalani cityscan di sana.

Sarah selamat dikebumikan di kampung kami pada jam lebih kurang 2.30 malam. Beliau mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

Semua anak saya ada keistimewaan tersendiri, tetapi Sarah (10 tahun) agak berbeza. Dia sentiasa ceria, excited dalam melakukan sesuatu, bersemangat dalam semua perkara sama ada dalam pelajaran sekolah pagi atau sekolah petang (fardhu ain). Dia juga merupakan ‘backing’ utama adik-adik dia terutama Syamil. Dia sentiasa mengalah dan menolong. Apabila Danial dilahirkan dia terlalu gembira. Setiap kali Danial menangis dia akan berkejar ke arah adiknya lalu mendukungnya. Sebelum kejadian dia sempat meriba adiknya.

Dia anak yang sangat baik, juga pelajar yang disenangi guru-gurunya di SMK Undang Rembau, juga di sekolah fardu ainnya. Banyak sungguh kenangan kami bersamanya.

Kami/ saya sangat sayangkannya, tapi Allah lebih menyayanginya. Saya redha akan pemergiannya, menghalalkan segala apa yang dia makan, buat, bahkan saya ‘terhutang’ dengan Allah kerana memberikan saya anak sebaik itu. Saya sedar dia dipinjamkan kepada saya untuk 10 tahun 10 bulan. Adat meminjam maka suatu hari saya kena redha apabila Tuan Punya memintanya balik. Terima kasih ya Tuhan kerana memberi peluang melahirkan, membesarkan anak; Siti Sarah.

Sekarang saya masih berada di kampung. Saya masih kurang sihat kesan hentakan kuat pada dashboard pada bahagian lengan dada lengan dan leher. Kaki juga terseliuh. Danial mengalami retakan di kepala dan bengkak sedikit. Syamil pula salah satu tulang bahunya patah. Hajar cedera ringan. Fadilah cedera di kaki. Saya akan pulang ke Rembau insya Allah pada 5 Januari nanti, setelah keadaan kami lebih baik.

Minta maaf saya tidak dapat menulis lebih lanjut, insya Allah lain kali sebab keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Doakan roh Siti Sarah berada di tempat terbaik di syurga sana, dan kami semua segera pulih

Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menolong kami sepanjang kejadian; ahli keluarga, kaki tangan klinik Padang Tenku, Hospital Kuala Lipis, Hospital Temerloh, Hospital Gua Musang, polis peronda dan pemandu-pemandu kereta yang bertungkus lumus menyelamatkan dan membawa kami ke hospital. Saya tidak sedar siapa yg menolong kami. Hanya Allah sajalah yang membalas jasa baik mereka. Namun saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup lagi……

Advertisements

5 Respons to "~Takziah, AL FATIHAH~"

salam rindu dariku utk keluargamu..
ku ucapkan takziah ats apa yg terjadi..
harap dirimu tabah di hari muka..

alfatihah….

Lara

salam rindu kenapa nak masuk blog lara tak leh ek? itu salah seorang anak kawan yg sy anggap sebagai kakak.

Kubung

Terima kasih singgah sini………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: