bila hatiku berbicara

~Segalanya telah di takdirkan~

Posted on: Disember 28, 2007

~Sekadar berkongsi cerita dan menyingkap nostalgia silam suka duka insan yang bernama aku di zaman kanak-kanak, tiada apa-apa maksud yang tersirat dan tersurat di sebaliknya~

Guna kaki dapat 8A

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Jumaat, 28 Disember 2007

IPOH: “Ketika peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), guru pengawas ada bertanya sama ada saya memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya, tetapi saya menjawab tidak perlu. Guna masa biasa saja,” kata Nor Umairah Ahmad Jamhari.

Nor Umairah, 15, yang menulis menggunakan kaki serta menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.

Sebelum ini dia pernah membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk menjadi insan cemerlang apabila memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan itu adalah seorang daripada lima calon PMR orang kurang upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan A dalam semua mata pelajaran.

Ketika belajar, dia menggunakan meja khas yang dipotong kakinya supaya berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki.

Anak sulung daripada dua beradik itu juga tidak belajar dalam kelas khas OKU di sekolahnya, tetapi dalam kelas biasa bersama pelajar normal lain yang turut memberikan sokongan dan bantuan kepadanya.

“Saya tidak menyangka memperoleh 8A kerana ketika peperiksaan percubaan hanya mendapat 6A.

“Saya sedar kekurangan diri, jadi cuba buat yang terbaik termasuk belajar dari awal dan mengulang kaji pelajaran kira-kira tiga jam sehari di rumah.

“Berkat pertolongan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan, saya mencapai kejayaan ini…rasa gembira sangat,” katanya yang bercita-cita menjadi peguam.

Nor Umairah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan Pelajar Istimewa Cemerlang PMR Perak daripada Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Harun di sini, semalam.

Sementara itu, ibunya, Sanisah Mohamed, 37, berkata dia tidak menyangka Nor Umairah mampu menjadi pelajar cemerlang dalam PMR.

~Tahniah dan alhamdulillah kerana adik ini berjaya dalam peperiksaan PMRnya biarpun hanya menulis dengan mengunakan kaki. Itulah kuasa Allah di mana ada usaha di situ kejayaan, artikel ini akan kupanjangkan kepada anakku. “Nah nak dia ini pun berjaya meraih kejayaan yang cemerlang jangankan kamu yang serba serbinya cukup lengkap berlebih-lebih lagilah kalau kamu berusaha. Insafilah nak, belajarlah rajin-rajin demi ibu dan ayahmu ini “. Aku rasa bersyukur sangat kerana adik ini dan golongan kurang upaya di zaman sekarang ini tidak mengalami zaman-zaman sukar/ kepayahan seperti aku. Hendak masuk sekolahpun susah…apa lagi nak minta tolong orang untuk menempatkan aku ini di sekolah pendidikan khas ketika itu, sudahnya aku bersekolah orang-orang normal dan biasalah terlalu banyak dugaannya hidup dalam tekanan demi tekanan, (sedangkan aku ini bukanlah orang yang terlalu kuat dan terlalu tabah. Kerana sampai keseparuh jalan aku tumbang juga akhirnya). Mungkin hanya orang insan senasib sahaja yang mengerti. Tiada sesiapa yang sudi membantu ketika itu. Itu cerita dululah, dulu dan sekarang mana sama. Tetapi seperti yang aku katakan alhamdulillah bersyukur seadanya. Tidak di namakan sebuah kehidupan kalau tidak ada ujian dan dugaan, barangkali dengan ujian dan dugaan ini lebih mendekatkan lagi kita kepada ALLAH s.w.t.

Ini ada sedikit pengelamanku yang ingin aku berkongsi bersama kalian, ketika aku hendak memasuki darjah satu pada tahun tujuh puluhan (DI ZAMAN AKU DULU-DULU).

Sedang kawan yang sebaya denganku bersekolah tatkala genapnya usia tujuh tahun aku cuma belajar di rumah bersama kakak aku, kerana pengetua di sekolah itu yang merupakan saudara jauh kepada emak aku memperlekehkan emak aku, memperlikan emak aku dengan kata-kata yang pedih dan seolah menghina kami setiap kali emak membawa aku ke sekolah. Kata emakku dia terlalu kecewa dan sedih dengan kata-kata yang di lemparkan oleh pengetua tersebut, kalau kami ni di katakan orang susah kenapa tidak bantu dan mempermudahkan urusan kami, kenapa kami di lemparkan dengan kata-kata yang amat pedih seolah menghina kami? kenapa mesti adanya pilih kasih? Apakah aku ini tidak berhak untuk bersekolah seperti anak-anak yang lain? apakah kerana aku ini ditakdirkan kurang upaya? makanya aku ini pada zaman itu di katanya  sebagai menyusahkan pihak sekolah dan ibu bapa? “Aisyah kalau mung nak hantar anak mung sekolah tunggu tiap-tiap hari alamatnya tak motong getahlah mung duk tunggu anakmu yang tak seperti orang nih? nanti kebulur pulak anak-anak mung di rumah”? cuma aku rasa tak pernah pulak kebulur kalau emak aku tak motong getah semata-mata hendak menunggu aku di sekolah kerana aku tidak perlu di tunggu dan boleh berdikari. Malah aku boleh naik basikal dan motor atau kereta pun kalau ada. Zaman sekarang ni kalau ada pitih semuanya boleh. Ayah pula tiap-tiap bulan mengirimkan wang untuk kami biarpun hanya berkerja buruh kasar di Singapura, tidak pulak kami adik beradik kebulur. Malahan makan pakai kami seperti anak-anak orang lain jugak. Sebenarnya aku tahu kenapa kami tidak di layan dengan baik…tetapi biarlah rahsia.

Di takdirkan tatkala umurku lapan tahun…kawan-kawan sebayaku dahpun dalam darjah dua aku baru di terima masuk darjah satu sedihnyaaaaa. Tetapi korang ketika aku darjah dua ketika itu umurku pun dah sembilan tahun, aku di naikkan/lompat ke darjah tiga di pertengahan tahun. Ini bermakna umurku tak rugilah setahun kerana sama-sama belajar di dalam darjah tiga setaraf dengan rakan-rakan sebayaku. Kenapa aku di terima masuk sekolah? aku tak berapa ingat tetapi kata emakku pengetua yang lama telah berpindah berpindah kemana entahlah. Itulah pengetua yang baru datang ke rumah aku menyuruh emak aku membawa aku ke sekolah. Ayah tidak selalu ada di rumah kerana mencari rezeki di Singapura. Kalau tidak tak tahulah apa nak jadi dengan aku ini sekarang. Agaknya nak hentakkan jejariku di keyboard inipun aku tak pandai.

Dalam soal ini aku tidak menyalahkan sesiapa kerana semuanya sudah berlalu dan semua ini telah di takdirkan untuk aku. Selepas beberapa tahun aku bertemu dengannya dia terkejut melihat aku……………. ke nih???? itulah pertanyaannnya kepada emak aku, mungkin agak kehairanan melihat aku yang dia kata macam-macam dulu. Al Fatihah buat arwah cikgu…..yang sudah lama kembali ke rahmatullah…sesungguhnya di dalam hati ini tiada menyimpan sekelumit dendam. Bukan di namakan manusia kalau tidak melakukan kesilapan hatta diri ini juga terlalu banyak kekhilafannya…..moga-moga sempat bertaubat sebelum nafas terhenti.

Aku bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang tidak pernah jemu membawa anaknya yang kurang upaya ini ke sekolah semata-mata untuk anaknya menimba ilmu, rupanya dugaan itu tidak berhenti sampai di situ sahaja banyak lagi rupanya…tetapi sayangnya aku tidak mahu meneruskan penceritaanku kerana biarlah hanya aku sahaja yang tahu.

Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tak baik itu datangnya dari kelemahanku sendiri. Bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi kenangan tidak akan hilang untuk selamanya ianya sentiasa melekat di jiwaku, dan dijadikan satu pengelaman yang amat pahit untukku, tetapi dari kepahitanlah akan terbitnya kemanisan. Terima kasih suami dan anakku kerena selalu memahami aku……terima kasih TUHAN kerana memberikan anugerah yang amat berharga buatku kini  alhamdulillah. Bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada bimbang takut di tarik balik…………..

Besok Hafiz pergi inteview di Sekolah Tahfiz Darul Furqan Sentul, semoga segalanya berjalan dengan lancar~

Advertisements

3 Respons to "~Segalanya telah di takdirkan~"

alhamdulillah, semoga tercapai apa yg diimpikan..
salam pagi sabtu n happy weekends sis itu…

smoga hsrat utk mnjadikan adk hafiz sbg INSAN tercapai..prlu bnyak brsabar dan brsabar..

Yg insaf dan ibnuahmad syukran ya..moga Hafiz menjadi insan yang berguna impian setiap ibu bapa doakan ya amennn……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: