bila hatiku berbicara

~Selamat tinggal 2007~

Posted on: Disember 31, 2007

Selamat datang 2008, malam tadi usai saja aku off pc ini kedengaran berdentam dentum bunyi macam nak berperang pulak…aku menyelak langsir dan ralit melihat bunga-bunga api yang berkerlipan di udara, sungguh cantik…asapnya yang bagaikan mengikut rentak bunga api memang comel ada hijau putih, merah dan sewaktu dengannya. Mungkinkah ini untuk kali terakhir aku melihat bunga api di sini? mana tahu selepas ini aku berhijrah lagi…………..

Petang tadi on TV3 menonton WHI (Wanita Hari Ini ) bersama Wardina Saffiyah bercakap tentang azam baru. Bila tukar ke channel 9 pun Aziz Desa dan Dato Hassan Din Al Hafiz sedang berbicara tentang azam dan sambutan tahun baru. Untuk menutup tirai 2007 aku hentakkan jejariku ini di atas keyboard setiaku malam ini, ini juga merupakan posting terakhirku di tahun 2007. Biarpun mataku agak kuyu dek mengantuk…. tetapi niat hatiku untuk menanti detik dua belas malam, ingin menyaksikan kerlipan bunga-bunga api masih ada, itupun kalau mataku masih bertahan kalau tidak selamat jalanlah bunga api oiii. Aku tidak tahu bunga api itu dari datangnya dari mana, mungkin juga dari hotel-hotel yang berdekatan atau di mana entah. Tetapi semenjak dua tahun aku tinggal di sini kami tidak pernah ketinggalah menyaksikan bunga api yang berbagai warna . Cukup hanya duduk di halaman rumah sahaja boleh menyaksikan bunga-bunga api. Sesekali aku tertanya-tanya juga kenapa setiap kali menyambut tahun baru adanya bunga api? Kalau tak ada tak boleh ke? dan banyak lagi hiburan dan berbagainya lagi yang bercanggah dengan agama islam, kalian fahamlah sendiri….tadipun Dato ada berbicara juga tentang ini.

Serba ringkas perbincangan Dato Hassan Din Al-Hafiz dan Aziz Desa. Kata Aziz Desa setiap kali sambutan tahun baru mesti adanya hiburan yang melampau, kenapa tidak di adakan acara zikir?. Ermm..nak bercerita panjangpun tak berapa pandai so kepada yang menonton keluarga di TV9 jam satu petang tadi tahulah apa yang mereka bincangkan.

Wardina dan pakar motivasi Izuddin yang suka tersenyum dan tergelak-gelak tu bercakap tentang azam, ada yang berazam untuk menurunkan berat badan dan sebagainya. Bagiku pulak kalau nak cakap tentang azam? Huh …tak tahulah aku…. rasanya azam aku tak pernah jadi kenyataan. Aku pernah berazam itu dan ini, dan aku berazam untuk menghabiskan sebuah Quran bulan ramadhan lepas tapi tak habis-habis jugak, hanya separuh jalan sahaja. Entah ler. Harap-harap tahun ni akan menjadi kenyataan.

Nampaknya tahun 2007 akan ku tinggalkan dengan seribu kenangan suka dan duka. Semoga 2008 akan yang akan datang tak sampai dua jam lagi akan menjanjikan kebahagiaan dan kejayaan buat aku dan famili terutama sekali buat anakku, tak lupa juga buat suamiku dengan kerjayanya yang semakin hari semakin mencabar.

Tahun 2007 ini jugalah aku semakin rancak berblog biarpun aku masih naif dalam dunia blog, dan aku harus banyak belajar lagi. Dengan berbloglah aku dapat berkenalan dengan kawan-kawan bloggers. Dari teman-teman yang sama-sama di komuniti yang menyapa di cbox blogmywayku( blog pertamaku) hinggalah aku mempunyai blog wordpress dan blogspot dan beberapa lagi blogku ada yang masih hidup dan ada yang sudah gulung tikar. Nampaknya aku serasi dengan blog wordpressku ini.

Kepada teman-temanku yang mula-mula sama-sama berblog denganku seperti KS( Kassim Selamat), Epel, Tuan Musafir, Ilham Musafir/Keshi, Fida dan teman-teman yang pernah aku temui aku memohon ampun maaf kalau terkasar, tersinggung dan sebagainya sepanjangnya kita kenal. Semoga tahun baru 2008 mencatatkan kenangan indah buat kita semua. Semoga Allah kuatkan semangat kita untuk mengharungi liku-liku yang bakal mendatang dengan ketabahan. Setiap kehidupan pastinya berdepan dengan cabaran dan dugaan, sebagai hambanya yang kerdil sama-samalah kita berdoa semoga di panjangkan umur dan di jauhi kita dari segala petaka. Tak lupa buat teman-teman yang sudi memberi komen di blog ini, terima kasih aku ucapkan…segala komen-komen dari anda semua menjadikan aku lebih kuat dan semakin tabah untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini. Aku bersyukur kerana mempunyai blog untuk mencurah rasa dan berkongsi ceritaku, sekadar berkongsi pengelaman sahaja bukan untuk tujuan apa-apa. Itupun kalian kena faham sebabnya bimbang takut di salah ertikan. Aku pernah terkena sebelum ini di dalam sebuah grup yang mana dikatanya aku ini hanyalah semata-mata untuk meraih simpati orang dengan bercerita. Walhal TIDAK SAMA SEKALI . Eh… tak payahlah aku panjang-panjangkan cerita tu lagi… harap-harapnya aku dapat bertemu dengan insan-insan yang baik seperti kalian untuk di jadikan sahabat.

Terima kasihlah Tuhan kerana dengan kasih sayang-MU aku masih lagi di beri peluang untuk hidup di atas muka bumi ini, syukur alhamdulillah. Tak lama lagi tahun baru hijrah pula akan muncul, pastinya sambutannya tidak sehebat sambutan tahun baru masihi. Barangkali ada yang lebih mengingati tahun baru masihi dari bulan-bulan islam termasuklah diriku ini, kalau tidak di hafal tak ingat.

Kedengarannya ketika ini di hotel-hotel yang berhampiran dengan rumahku sudah binggit dengan bunyi bising nyanyian dan berbagainya lagi, lantaklah korang, dunia korang. Akhirnya aku mohon ampun dan maaf kalau ada salah dan silap dalam penulisanku di blog yang tidak seberapa ini. Tahun baru 2007 aku tinggalkan dengan 1001 macam kisah. Tahun 2008 yang bakal kita sambut esoknya menyaksikan kisah aku terpaksa berpisah untuk sementara dengan anakku yang bakal tinggal di asrama. Pastinya aku merinduinya….hanya seorang yang bergelar ibu sahaja yang akan mengerti bagaimana peritnya sebuah perpisahan dengan anaknya biarpun hanya untuk seketika cuma. Maklumlah sepanjang hidup aku mana pernah berpisah dengannya, habis lamapun seminggu, itupun sudah cukup untuk aku hilang selera makan. Mungkin kalau sudah biasa tidak terasa sangat. Biar apapun segalanya aku terima ketentuan dari-NYA..

Advertisements

10 Respons to "~Selamat tinggal 2007~"

Salam…

ummumishkah pun tengok WHI semalam tu, menarik gak perbincangan semalam. ummumishkah pun cam kak iman kalau bab2 azam ni.. last sekali tak buat azam pun.. ehehe.. cuma semestinya kita inginkan yang terbaik dalam hidup kita saban waktu.. cukuplah itu sebagai azam yang satu. Turut bersimpati pasal anak nak masuk asrama tu, dapat merasakan kesedihan tersebut… anak-anak ummumishkah lak masih kecil dan setakat ni tak pernah pun berpisah lagi walau satu malam… time anak tido pun boleh rindukan mereka apa lagi tatkala berjauhan.. Apa-apa pun you have to struggle!! Good Luck!!

ummumishkah

salam ummumishkah..hehe akak tengk whi tp akak tulis rigkasannya saja…tak detail…ermm betul tu seorang ibu mesti rindukan anaknya biarpun anak itu dah besar..terkenang bila dia nak tidur dia salam kita dan kita cium dan peluk dia..tp sabar aje lah kan…………

selamat tahun baru.. maal hijrah kali ini lebih saya nantikan. nak laksanakan azam masa tu, insyaAllah.

salam tahun baru 2008..
thank u to be my cyberfriend, walopun x pernah jumper.. ehehe

Salamullah ‘alaik..

Maksud firman Allah: “Maka apabila kamu berazam, lalu hendaklah kamu bertawakkal kpd Allah”
Seronok baca cerita k.iman ni 🙂 empunya diri pun lebih kurang gak dlm bab azam baru.lbh2 lagi bila dah berumahtangga.klu xde kerjasama n kesungguhan alamtnye jd angan2 mat jeninla..Itulah kdg2 mls nk tunggu thn baru ni.klu rse nk berubah terus jer buat.pesan abu urwah:-/ apepn,klu kita dah de niat baik tp xmmpu nk laksanakan dah dikira Allah.Mge k.iman tabah dan kuat dlm meneruskan perjuangan..

salam alaikum, akak …. kullu sanah waentum tayyibun …. semoga azam akak untuk mengahbiskan bacaan al-quran 30 juz dapat direalisasikan ….. bunga api ? membazir tapi seronok, macam mana tu ? 🙂

salam Much..insyaallah moga tercapai segala azam di tahun hijrah nanti..tak berapa lama dah..kalau ayah akak dia mmg ikut tahun hijrah dan dia tak ikut tahun masihi

yang insaf selamat tahun baru gak..hehehe tp bagi akak kalu tak wish tahun barupun x apa sama aje hihihi.

Ummu Urwah salam alaik.. syukran singgah sini, pertama kali menerima komen dari Ummu selalu juga ke laman abuurwah..azam moga terlaksana.

waalaikumusalam ustaz Kamal..insyaallah bila dah akak letakkan anak akak di sekolah tahfiz mudahan akak jugak berubah….tentang bunga api ..mmg kata my hubby itu pembaziran tetapi bagi akak yg tak leh gi memana merupakan peluang melihat bunga api di sini sepanjang dua tahun berhijrah di sini…seronok bila melihat bunga api mewarnai udara comel..tetapi bila melihat asap berkepul-kepul ni nak marah ni hihihih..sebabnya pagi tu akak duk bakaq daun kering ada nyonya cina kat bawah kata…”haiya tak boleh bakar maaa ni nak masuk tahun baru dah…akak tanya dia kenapa plak tak boleh bakar daun kering aje bukannya asap berkpul2? x boleh maa..
sudahnya akak kata okeylah saya padamlah…
yalah kan mana boleh bakar duk bandar ni..tp akak bakar jugak sebab salah satunya hobi hihihih..ok ustaz Kamal akak merapu plak ….sori ek…….

salam, pertamanya syukran kpd empunya krn sudi melawat n beri komen diblog ana..Tahun Baru?mungkin anda dh baca artikel ana berkenaan tu..semoga dapat manfaat..satu lgi..wordpress susah tak penggunaannya?

waalaikumusalam, terima kasih juga kerana sudi menziarah ke blog saya…tahun baru?bagi saya tak ucappun x apa kerana saya lebih menanti kehadian 1 muharram yg tak berapa lama lagi. WordPress bagi saya tak susah….biasa saja…

eh sambung sikit lagi Ustaz Kamal..memang banyak pembazirannya hanya dgn menyambut tahun baru…bunga apinya lagi..dan satu lagi dari segi akidah moral anak remaja hancur lebur…akak tidak menyokong..tetapi bila bunga api duk bertubi-tubi di depan rumah/mata gratis pulak tu ambil ler peluang nih menyaksikannya..sori ek………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: