bila hatiku berbicara

Lari ikut kekasih

Posted on: Januari 4, 2008

Image Hosting by PictureTrail.com

~Comel oangnya, harap-harapnya janganlah jadi mangsa kebuasan manusia  berhati binatang~

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Akibat terpikat dengan pujukan dan kata-kata manis teman lelaki yang baru dikenali, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sanggup melarikan diri dari rumah di Keramat Permai di sini, sebelum lesap tanpa berita sejak lebih sebulan lalu.

Lebih membimbangkan keluarganya apabila gadis itu, Rozaini Ramli, 16, kini dipercayai disembunyikan lelaki terbabit di sekitar ‘kawasan hitam’ Chow Kit di sini.

Ibunya, Jamaliah Aripin, 38, yang ditemui semalam, berkata Rozaini sepatutnya mendaftar untuk sesi baru persekolahan dalam tingkatan lima, semalam.

Menurutnya, dia buntu apabila anak gadisnya itu hilang begitu saja selepas keluar rumah tanpa menyatakan punca sebenar.

“Saya sebelum ini mendapat tahu dia menjalin hubungan dengan seorang lelaki berasal dari Kelantan berusia 30-an sejak berapa bulan lalu.

“Mungkin menyangka hubungan itu tidak mendapat restu saya, Rozaini melarikan diri dari rumah, hujung November lalu,” katanya.

Jamaliah bimbang kerana Rozaini hanya keluar rumah sehelai sepinggang dengan membawa sedikit wang dan telefon bimbit.

Dia cuba menghubunginya berulang kali, namun usaha itu gagal.

Jamaliah berkata, kali terakhir dia bercakap dengan Rozaini ketika anaknya itu menghubungi telefon bimbit kakaknya beberapa hari selepas kehilangannya.

“Saya segera memujuknya pulang. Saya beritahu sanggup memaafkannya serta menerima lelaki itu jika dia pulang ke rumah.

“Namun, dia seolah-olah enggan percaya janji saya sebelum meletakkan telefon,” katanya.

Menurutnya, dia sudah berusaha mencari Rozaini di merata tempat selain bertanya dengan rakan anaknya itu.

Jamaliah yang bekerja di sebuah stesen minyak di ibu kota turut risau apabila mendapat maklumat anaknya kini disimpan lelaki terbabit di sekitar Chow Kit.

“Walaupun Rozaini bukan diculik untuk mendapatkan wang tebusan, saya khuatir niat sebenar lelaki terbabit melarikannya. Jika benar dia mahukan anak saya sebagai teman hidupnya, tidak salah jika dia datang berjumpa saya secara baik.

“Rozaini masih mentah dan dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya yang amat tertekan hingga sukar untuk melelapkan mata setiap malam kerana bimbangkan keselamatan Rozaini.

Malah, dia kerap bermimpi buruk berkaitan Rozaini sejak kebelakangan ini menyebabkan perasaannya tidak tenteram.

Kata Jamaliah, Rozaini pernah melarikan diri dari rumah pada 15 Oktober tahun lalu dengan alasan untuk berhari raya di rumah rakannya di Jalan Masjid India dan aduan dibuat di Balai Polis Dang Wangi.

Namun selepas beberapa hari, Rozaini pulang ke rumah sebelum melarikan diri sekali lagi beberapa hari kemudian.

“Saya sudah puas meminta bantuan polis namun Rozaini terus lesap hingga kini. Saya meminta orang ramai yang melihat Rozaini supaya menghubungi polis atau menyerahkannya kepada balai polis berhampiran,” katanya.

~Dalam WHI tadipun berbicara tentang remaja lari dari rumah, seorang adik yang berusia 21 tahun iaitu adik Dalila Adnan. Aku dapat rasakan betapa hancur luluh hati ibu bapanya bila menceritakan tentang anak gadisnya yang melarikan diri mengikut teman wanitanya. Kalau ada di kalangan rakan-rakan menonton WHI tenghari tahulah apa ceritanya. Sebak hatiku hingga menitiskan air mata tanpa sedar bila melihat ibu bapanya menangis tanpa henti. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak-anaknya? Seorang lagi adik yang berusia 12 tahun iaitu adik Azreen pun masih belum di ketemu lagi. Mudahan-mudahan anak-anak ini selamat kembali kepangkuan keluarga masing-masing~

Advertisements

4 Respons to "Lari ikut kekasih"

Remaja, wanita atau perempuan sering disifatkan dengan elemen ‘lemah’. Dan sang lelaki pula dikategorikan sebagai insan yg gagah dan kuat. Perkara yang biasa berlaku, lebih teruk lagi jika sang perempuan dilarikan atau bersama-sama lari dengan sang lelaki yang bukan beragama Islam…. inilah jadinya bila manusia melawan fitrah dalam erti kata yang lain melawan fitrah kejadian yang sentiasa inginkan suci, bersih, baik dan tidak mahu yang jahat, menakutkan, dan inginkan kedamaian…… wallah a’lam…

acap benar gejala ini berlaku….remaja zaman sekarang bila mak bapa tegur sikit memberontak…dia akan mencari rakan2 sebayanya utk meluahkan perasaannya..sedangkan mereka tidak sedar ibu bapalah tempat mereka meluah perasaan..ibu bapa pulak dengarlah apa yg anak2 ingin sampaikan,fahamilah perasaan mereka..diri ini pun agak bimbang jugak menjaga anak yg bakal melangkah ke alam remaja..biarpun anak lelaki tetapi bimbang tetap ada……wassalam…….akhirnya ibu bapa tiada dua dan tiga di dunia ini…fikir2lah…..

Kesian aku minah ni. Dengar kata (harian metro) ada orang ternampak dia dalam satu pusat karaoke dalam keadaan kelesuan & separuh sedar. Kalau ikutkan dia dah pernah 2 kali dari rumah sebelum ni. Agaknya sebab ape dia berani lari dari rumah yek? Aku yg lelaki ni pun aku tak berani wat camtu. Aku akan fikir kalo aku lari, mane aku nak dpt duit, nk makan. lagi satu kalo ayah aku jumpe balik memang kene bantai lg teruk punye. Nape budak sekarang fikirannya singkat? Mungkin disiplin? Didikan Agama?

Salam sobri…betul tu sobri remaja2 zaman sekarang tak pk panjang..yg dia pk lari habis masalah..padahal lagi bertambah masalah. kalau ada apa2 mak ayah jugak yg susah.. kalau mak ayah tegur dan marah sikit2 tu lupakanlah saja..dah nama lagi mak ayah..sebagai anak terimalah teguran dari ibu bapa utk kebaikan kita gak.mak ayah plak fahamlah jugak hati dan perasaan anak2..bab kata seorang pakar motivasi anak bila dah menigkat remaja kita tegur diapun seperti kawan..bukan silap sikit tengking menghedik..jiwa remaja cepat memberontak….xde dalam dunia ini mak pak x sayang anak2…kalau marah2 dan tegur tu tanda syglah kerana mereka nak suruh jadi org……..
rasanya dia budak2 sekarang suka cari keseronokan di luar tanpa memikirkan risiko…….sedangkan ibu bapa yg makan hati dgn sikap anak..entahlah kita ni hanya tahu berkata dan melihat kerana tak kena batang hidung sendiri..na’uzubillah…..fikir2lah wahai anak2 remaja…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 840,659 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: