bila hatiku berbicara

~Aku dia dan saat itu~

Posted on: Januari 6, 2008

Assalamualaikum sebagai pembuka tirai januari 2008. Ini bukanlah posting pertamaku di tahun 2008 posting-postingku sebelum ini hanyalah dari emel dan harian metro yang aku copy n paste ke sini. Kali ini aku ingin berkongsi cerita dengan kalian, seperti biasalah hanyalah cerita kisah-kisah aku. Entahlah rasanya sudah acapkali aku katakan blogku ini merupakan dairi bagiku. Kekadang aku bercerita dan berkongsi rasa di sini menjadikan aku rasa lega bila segala apa yang terbuku di sini dapat ku luahkan dan kongsi bersama kalian. Acapkali juga aku katakan kekadang aku lebih suka meluahkan kisah suka dukaku di dalam blog dari bercerita dengan teman-teman kerana aku tak berapa pandai untuk bercerita secara empat mata dengan rakan-rakan. Sebolehnya aku tidak ingin menyusahkan sesiapa…tetapi bila keadaan terdesak aku tebalkan muka ini menelefon rakan seofis suamiku. Hanya dialah yang aku berani meminta bantuan, kerana mungkin di antara kami sudah kenal lama dan dia sudah ku anggap sebagai kakakku.

Malam ini aku pandang kiri kanan aku ke bilik anakku aku rasa kosong. Seperti yang aku ceritakan di entriku yang sebelum ini keresahan dan kegelisahanku untuk berjauhan dengan anakku Hafiz. Akhirnya hari ini saat itu tiba jua menyaksikan sebuah episod duka dalam hidupku. Dua tiga hari sebelum anakku ke asrama akulah yang kalut berkemas itu dan ini masak itu dan ini untuk anakandaku tersayang. Pagi tadi kami di hantar oleh rakan suamiku di Maahad Tahfiz Darul Furqan. Dalam kereta lagi anakku nampaknya tak nak bercakap dan menitis air mata bila aku nasihat itu dan ini. Aku tahankan sebak di dada ini…apalah daya ibu dan ayah anakku..ini semua untuk kebaikanmu juga. Memang rasa serba salah, sedih dan bermacam-macam lagi yang aku rasakan. Apa lagi dia merupakan satu-satunya anakku di dunia ini. Tetapi apa lagi yang harus aku katakan ini semua sudah ketentuan dari-NYA. Memanglah anak-anak ni kalau di suruh bernyanyi pasti senang ingat apa lagi lagu-lagu orang putih hinggakan bahasa orang putihpun boleh di fahami. Tetapi cuba bagi bahasa arab dan mengaji macam-macam alasan yang di berikannya lagi. Mengaji dengan ibu sendiri ini habis banyakpun sekali dua..tetapi kalau dengan orang lain nampak semuanya okey. Entahlah anak ni kalau dengan ibu bapa sendiri agak manja biarpun aku tidak pernah memanjakannya.

Kami tiba agak awal tak ada sesiapa lagi yang datang, kamilah yang terawal ini semua kerana rakan suamiku ada urusan yang lain pula. Mahu tak mahu kami tunggulah di surau yang berdekatan. Hafiz aku nampak masih lagi bad mood kesian dia. Kalau nak di ikutkan dia sudah datang ke Maahad tersdebut selama seminggu sebelum hari raya korban dis yang lalu. Semua tempat dia dah tahu, di mana dobi dan sebagainya. Sekolah ini tidaklah terlalu besar maka pengambilan pelajarpun terhad kerana tempatpun agak terhad. Bagiku tak ramai pelajar lagi bagus kerana dapat di beri tumpuan yang lebih. Memandang ustaz dan ustazahnya pun nampaknya okey. Maklumlah nak mengendalikan sekolah swasta ni kenalah layananpun yang terbaik. Cara bayaranpun tidaklah terlalu mendesak, ada seorang bapa yang minta untuk di ansurkan-ansurkan bayarannya kerana tidak mampu. Aku suka memetik kata-kata bapa ini, “saya tak nak anak saya bersekolah menengah saya nak anak saya bersekolah tahfiz” . Ya Allah aku dapat semangat baru dari kata-katanya, rasaku adalah sebab-sebab dan hikmahnya kenapa tergeraknya hati-hati kami menghantar anak-anak kami ke sekolah tahfiz. Ada seorang bapa lagi dari Melaka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menghatar anaknya ke Maahad Tahfiz. Katanya anaknya bekas pelajar sekolah pondok dari Pasir Mas. Oleh sebab-sebab yang tidak di elakkan anaknya terpaksa di hantar ke Maahad ini. Aku no komen semuanya itu ada kelebihan tersendiri. Tetapi kami sebagai ibu bapa alhamdulillah rasanya inilah jalan yang kami pilih demi anak kami, semoga menjadi INSAN insyaallah.

Selepas bayar itu dan ini anakku di tunjuk ke asrama lelaki di bantu oleh abang-abang senior yang membawa begnya ke tingkat tiga, manakala aku hanya memandangnya dari bawah kerana nak tak larat hendak memanjat tangga sementara suami ku menyusul anakku ke asramanya. Hatiku jadi sayu…inilah kediaman anakku mengantikan rumahnya. Dia akan menjadi penghuni tetap di sini selama tiga tahun sebelum menyambung diploma tahfiz di Pulau Pinang dan seterusnya mengambil SPM dan kalau ada rezeki dan di izinkan Allah dia bakal ke luar negara atau memilih belajar di dalam negeri. Aku tidak mahu fikir itu semua keana perjalanannya masih lagi jauh, apa yang aku harapkan semoga Allah memberi kekuatan untuk anakku. Kerana bukannya kamu aje nak yang berjauhan dengan ibu dan ayah, tetapi orang lainpun ada yang lebih jauh lagi. Contohnya ada beberapa orang anak-anak yatim di sini, di taja oleh seseorang. Di sinilah rumah mereka, tatkala anak-anak yang lain bercuti dia masih lagi menjadi penghuni tetap di situ. Hanya ustaz dan ustazah merupakan ibu bapa mereka, manakala pelajar senior dan adik-adik merupakan saudara mara mereka. Sejuk mata memandang wajah anak-anak ini jernih dan bersih.

Sementara suamiku pergi mencari teksi aku bersembang-sembang dengan ustazah di situ, Hafiz masih lagi nampak resah, aku faham perasaannya. Anak yang tidak pernah berpisah dengan ibunya sedari kecil, kalau pergi lawatanpun dua tiga hari habis lama ke kem ibadah selama seminggu. Itupun membuatkan hatiku gundah menanti kepulangannya. Ya allah jangan kata anakku bersekolah di Kelantan seperti yang aku katakan dulu…tetapi anakku di situpun aku dah merinduinya. Tetapi kesedihan ini aku pendamkan sahaja dalam hati. Aku dan suami memberi kata-kata semangat dan peransang buat anakku. Ibu dan ayah kalau di beri pilihan tidak ingin berjauhan dengan Hafiz…tetapi apalah daya ibu dan ayah. Aku tidak begitu pasti dalam usianya yang bakal meningkat remaja dia memahami maksudku atau tidak. Tetapi aku harap dia faham, apa yang aku lakukan ini demi kasih dan sayang kepadanya.

Tatkala teksi yang ku tunggu tiba anakku memimpin tanganku ke teksi, dia kata nak suruh Hafiz balik juga ke ibu? Aku berkata dalam senyum padahal hatiku remuk redam, “lah kan Hafiz belajar kat sini sayang, nanti minggu depan ibu dan ayah datang lagi, sebulan sekali Hafiz balik rumah. Biar apapun ibu dan ayah akan datang demi Hafiz yang ibu sayang”. Dia bersalaman dan memeluk aku dan ayahnya , bila aku menutup pintu teksi hatiku rabak bila dia tersenyum seolah tiada apa yang berlaku sambil kami berbalas lambai. Manakala aku melihatnya sehinggalah tidak nampak bayangnya lagi. Terbayang wajahnya gurauannya, dia selalu memanggil aku ibu tersayang dan aku membalasnya dengan panggilan Hafiz ibu tersayang. Selalunya bila duduk dan dia selalu berkata Hafiz sayang ibu, Hafiz sayang ayah. Hati ibu bapa mana tak sedih bila berjauhan dengan anaknya, anak sorang pulak tu. Di rumah air mataku menitis lagi bila terkenangkannya, apa lagi di sana di larang membawa hp, kalau ada apa-apa telefon ustazah sahaja. Ya Allah terlalu sunyinya aku bila berjauhan begini. Aku percaya Hafizpun merinduiku, apa lagi bila waktu tidur biarpun dia besar aku masih lagi mencium pipi dan dahinya dan memeluknya. Tetapi semua ini dalam rinduanku. Hari-hari yang bakal aku lalui jadilah aku seorang perindu bersama iringan doa semoga Allah mempermudahkan segalanya. Itulah yang aku harapkan. Tiada lain yang aku harapkan selain dari keredhaan-Mu Ya Allah, mohon di tenangkan segala jiwa lara aku dan anakku ya Allah . Insyallah lama-lama kami akan menerima hakikat yang anakku sudah besar…dia pergi belajar, dia bukan lagi bayi yang aku dodoi dan susui dua belas tahun yang lalu. Biarpun Sentul itu tidak sejauh Kelantan tetapi bagi kami yang bernama kurang upaya terasa jauh dek kepayahan ku. Biarpun jauh di mata tetapi dekat di hati. Kalau di ikutkan hati tidak sanggup untuk berpisah tetapi apalah daya aku ini, semuanya telah di takdirkan. Doa seorang ibu insyaallah akan di makbulkan Allah s.w.t. Mataku tidak bisa terlelap biarpun aku mengantuk ini semua kerana rinduku yang membara kepada anakku.

Mudahan anakku di tenangkan jiwa dan cepat menghabiskan hafalannya, menurut kata ustazah ada sehabis cepat dua tahun boleh menghafal tiga puluh juzuk Al-Quran, dan ada juga yang mengambil masa yang lama..bergantung kepada usaha pelajar-pelajar. Tetapi bila aku fikir-fikir anak-anak ini insyaallah akan di tenangkan hati dan jiwa raganya kerana bebas dengan tv internet dan sebagainya, siapa lagi kalau bukan anakku. Mudahan semua ini tempias juga kepada ibu bapanya insyaallah. Tertanya-tanya juga aku bila melihat bangunannya, pejabat guru dan sewaktu dengannya tidak se “gah”sekolah-sekolah asrama yang di bawah kerajaan. Tetapi sekolah tahfiz ini tiada bantuan dari mana-mana sumber, ianya di tubuhkan pada tahun 1992 dan melahirkan tenaga pengajar dari universiti dari negara timur tengah dan dalam negeri, mereka kembali berkhidmat di sekolah itu sehabis tamat pengajian. “Tidak apa-apalah nak janji nawaitu kita kerana Allah bukan sekolah dan asrama yang bagus-bagus yang kita dambakan tetapi demi agama dan demi mencari keredhaan ALLAH. Insyaallah dengan berkat AL-QURAN yang tertanam di setiap jiwa anak-anak akan melahirkan pelapis ilmuan islam yang bukan hanya untuk di sandang gelarannya dan bukan juga untuk di megah-megah tetapi NAWAITU kerana ALLAH, itulah kata-kata dari pengetua di situ ikhlaskan hati bukan kerana terpaksa atau di paksa, anak-anak ini insan yang terpilih untuk belajar di situ, semuanya bukan kerana nama tetapi kerana ALLAH. Mudahan kami sebagai ibu bapa ikhlaskan diri melepaskan anak kami, biarpun berjauhan tetapi tidak pernah padam tanggungjawab sebagai ibu bapa, mudahan dia akan belajar berdikari mengurus diri sendiri. Kalau Hafiz aku tidak kisah sangat kerana dia sudah pandai mencuci baju sendiri dan mengurus diri sendiri. Tetapi untuk tidak memberi tekanan kepadanya, segala kain bajunya di hantar ke dobi kelolaan sekolah tersebut. Demi kasihnya aku kepada anakku tiada dua dan tiga, kelak bila kami sudah tiada hadiahkanlah kami al fatihah dan doa nak…..aduhh aku tak boleh nak teruskan penulisanku lagi dah rasa mataku pun dah basah. Bukan rindu kepada kekasih atau suami tetapi rindu kepada anak. Hanya yang menjadi ibu akan memahaminya apa yang aku rasai………………..

Advertisements

4 Respons to "~Aku dia dan saat itu~"

salam kak..
InsyaAllah..moga Hafiz akan menjadi seorang tahfiz seperti maksud namanya.
Akak tak buat salah pun dgn menghantar dia ke sana. Akak dan suami buat pilihan yang terbaik. Jangan sedih sangat..insyaAllah akak akan selalu jumpa hafiz jugak. Kurang-kurangnya akak ada anak ..ada zuriat..merasa mengandung dan melahirkan. Ramai lagi pasangan suami isteri kat luar sana (termasuklah epel.ihihi) yang takde peluang atau belum berpeluang..sabar kak…sabar… 🙂

salam epel…

xtaulah epel..bila selalu ada dia kat rumah tiba2 xde rasa sunyi dan kerinduan..rasa benar2 kosong..dekat tp jauh…mmglah masa memula tu rasa sedih..insyaallah bila dah terbiasa x sedihlah tp x taulah sampai bila…..epel masih muda insyaallah ada peluang mengandung dan melahirkan..insyaallah……….

Assalamualaikum. Airmataku berguguran disaat staf-staf lain bekerja di opis ni. Kerana…2 orang perwiraku ada di sana (Maahad Tahfiz Darul Furqan Balik Pulau P.Pinang) dan awal tahun depan ni anak perempuan bongsuku pula akan menyahut cabaran di sana.. Ya Allah kuatkanlah hati ini demi generasi Al Quran.. Trima Kasih kak…

alhamdullh makcik dan pakcik mengmbil jalan yang tepat untuk hafiz.inyallah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 840,659 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: