bila hatiku berbicara

~1428 telah berlalu, 1429 telah tiba

Posted on: Januari 8, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1429

Semoga azam pada tahun ini akan tercapai hendaknya. Amin……

SELAMAT BERIBADAT

Asalamualaikum…Selamat Menyambut Tahun Baru

Fadilat Awal Muharam (MAAL HIJRAH)

Hari pertama dalam takwim Islam dikira daripada detik penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Daripada peristiwa itu bermulanya siyar Islam ke segala pelosok dunia dan meletakkan kejayaan Islam sehingga 3/4 dunia. Maka, Muharam merupakan bulan pertama dalam Islam dikira mulai tahun pertama hijrah. Kini umat Islam memasuki tahun hijrah ke 1429.

Adapun, Rasulullah S.A.W memerintahkan umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana penyeksaan berat yang dilakukan oleh golongan musyrikin Quraisy kepada golongan Mukmin. Orang-orang Islam merupakan golongan minoriti ketika itu. Penghijrahan pertama terdiri daripada 14 orang dan 100 orang pada peringkat kedua, 17 daripadanya wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Antara Fadilat bulan Muharam ialah:

Abu Hurairah berkata, Rasulullah telah bersabda,

“Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-sutama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)

Daripada Aishah katanya,

“Rasulullah ditanya orang mengenai Hijrah. Maka bersabda Rasulullah: Tidak ada lagi Hijrah sesudah penaklukan Makkah. Yang ada ialah jihad dan niat yang sahih. Apabila kamu diperintahkan berjihad maka patuhilah”. (Sahih Muslim)

Hadis riwayat Ibni Abbas bermaksud,

“Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya”.

Jelas Ibni Abbas lagi,

“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu”.

Doa itu bermaksud, ” Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba
memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”.

Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat 900 tahun.

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan, “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu,
Allah mengampunkannya setahun”.

Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada
syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang
tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

Firman Allah swt,
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

~Maaf ya teman-teman saya tak boleh nak updatekan doanya di sini ada di blog spot saya http://kak-awwa.blogspot.com/~

Semoga dengan hadirnya tahun baru hijrah 1429 ini memberi sinar baru dalam menempuh setahun lagi yang bakal kita lalui. seharusnya kita bersyukur kerana masih lagi di panjangkan umur untuk meneruskan hidup ini. Pertama kali menyambut tahun baru hijrah tanpa Hafiz di sisi.

Advertisements

2 Respons to "~1428 telah berlalu, 1429 telah tiba"

Salam Ma`al Hijrah 1429.

May ALLAH preserve and protect U,
keep U strong on the straight path, forgive Ur sins
and make U successful in this life and the hereafter.

ALLAHumma amiin 🙂

Salam Maal Hijrah 1429 Ukhti

Semoga Allah memberi rahmat dan hidayah buat klita semua amennn……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: