bila hatiku berbicara

~Dekat tapi jauh~

Posted on: Januari 8, 2008

Semalam aku ke Bank Islam di Section 14 atas urusan peribadi, suamiku sengaja mengambil cuti untuk pergi mengambil ubatannya di UH, dia menelefon teksi ke rumahku seperti biasa. Sampai di Bank, suamiku bertanya berapa ringgit? dia kata lima ringgit sepuluh sen. Suamiku menghulurkan wang tambangnya. Apek cina tu kira-kira tak cukup seringgit, suamiku tersilap dengarlah dia bagi empat ringgit sepuluh sen..akupun dengar apek tu kata lima ringgit sepuluh sen nak buat macam mana aku ingat suamiku dah bagi cukup lima ringgit, tapi terkurang pulak. Cina tua nih (aku kalau tak terdesak aku tak ingin langsung naik teksi orang cina atau india, kalau boleh nak naik teksi orang seagama dan sebangsa dengan aku (tapi ada juga cina atau india nih baik yang kami pernah temui, tak semua perangai macam si apek hulu nih). Tapi ada jugak sepanjang aku naik teksi atau kenderaan awam orang-orang sebangsa dengan aku pun yang perangainya macam-macam tak faham situasi kami dan sebagainya.

Yang si apek ni pula menengking kami dengan berkata ” duit tak cukup nih panggil teksi ke rumah dah dua linggit campur tambang lagi tiga linggit sepuluh sen” dengan bahasa yang kasar dan pelat cinanya ( kalau ikutkan hati mahu saja aku marah si apek tua ni, kot ya pun terkurang kami bayarlah, cakaplah bahasa yang baik-baik sikit jangan mengherdik kami seperti ini). Dalam aku kerinduan kepada anakku dan tension aku berdepan dengan situasi begini, nasib baik aku ini marah dalam hati saja kepada si apek tua nih, biarpun aku nak balas balik apa yang dia kata kat kami nih tapi aku dan suami masih lagi tahan sabar. Lagipun rasa buang masa aje nak bertekak dengan cina tua ni, dah nama lagi orang kafir ( orang bukan islam bahasa lembutnya). Ada yang reti bahasa dan ada yang tak reti bahasanya….rasa diri bongkak biarpun pada hakikatnya agama mereka sesat sesesatnya………….

Habislah bab tu, selepas menghantar aku pulang ke rumah manakala suamiku ke UH pula untuk mengambil ubatannya yang terputus bekalan, selepas itu dia hendak pergi melihat Hafiz di asrama terlanjur dah ambil cuti ( itulah hari-hari yang sibuk buat suamiku kesian dia…tapi apalah daya aku). Orang lelaki ni tak seperti orang perempuan biarpun rindu kan anak-anak tidaklah di tonjolkan sangat, tapi ibunya menangis bila ingatkan anak, lihat bajunya pun rindu cium baju dan segalanya barang-barangnya. Itulah hati seorang ibu, begitulah juga hati emak aku merinduiku tatkala aku meninggalkan rumahku bila bergelar isteri orang. Murni sungguh hati insan yang bergelar ibu, setiap saat dan detik tidak pernah melupai anak-anaknya, begitulah yang aku rasakan bila berjauhan dengan anakku. Tetapi aku “dekat tapi jauh” , memandangkan sekolahnya terletak di kawasan kampung tak semua teksi tahu untuk ke sana dengan kata lain jual mahal biarpun kita boleh menunjuk jalannya, berbagai alasan yang di berikan, tidak mahu masuk jalan kampung biarpun bertar. Aku kira depa nih takut kat bendera hijau putih yang terbentang besar di jalan masuk ke kampung tu huhuhu itu rekaanku semata-mata. Maklumlah kawasan Gombak.

Aku mengirim apa yang patut untuk Hafiz dan menyuruhnya ayahnya beli bekalan makanan untuknya seperti biskut dan sebagainya. Lagipun kasihan anakku yang tidak pernah berpisah terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayahnya. Kalau dia ada di rumah itu ini Hafiz, Hafiz pergi ambil bunga kantan, daun pandan dan sebagainya lagi, alhamdulillah kerana dia memahami situasi ibu bapanya bagaimana, akur bila di suruh.

Tepat jam enam petang suamiku mengirimkan sms kepadaku menyuruh call Hafiz.

“Hafiz apa khabar, Hafiz sihat”? aku memulakan perbualan dalam hatiku yang sebak bercampur kerinduan bila mendengar suaranya.

“Hafiz sihat, malam tadi Hafiz tak tidur sebab Hafiz menangis rindu kat ibu, Hafiz tak makan apa-apapun kerana Hafiz nak makan di rumah”.

“Janganlah nangis sayang nanti Hafiz boleh baliklah, sekarang Hafiz ikut arahan ustaz dan ustazah belajar rajin-rajin. Hafiz janganlah tak makan nanti Hafiz lapar, Hafiz minum air tak”? Di rumah aku selalu menyuruhnya minum air masak banyak-banyak kerana dia selalunya akan batuk kalau kurang air.

Tak sampai lima belas minit perbualan kami terpaksa kami hentikan kerana Hafiz nak bersiap-siap untuk pergi makan dengar juga nasihat aku. Suamiku pulak tak lama di situ maklumlah bukan hari melawat, masanya terisi penuh kecuali hari sabtu dan ahad saja. Tetapi itupun ada tazkirah dan berbagainya aktivitinya lagi. Jadual yang penuh insyaallah moga-moga dia akan menjadi lebih berdisiplin. Kalau di rumah sepanjang cuti sekolah masanya hanya di isi dengan menonton tv, internet, games dan sebagainya, tidak mengikut jadual, kalau adapun tidak ikut mengaji tak lebih dari lima kali aduhai anakku sayang….tetapi di sana tiada lagi semua itu mesti berdisiplin dan ikut jadual.

Jam lapan lebih suamiku pulang dari sana, katanya teksi tak nak hantar masuk ke dalamlah, terpaksa berjalan kaki pulak masuk ke kampung itu, nasib baik tak jauh mana….biasalah kekadang teksi cina ni tak reti nak bertolak ansur (huh teksi lagi). Tetapi misal kata kalau aku yang pergi teksi mesti masuk juga ke sana kerana aku tidak terdaya untuk berjalan jauh biarpun bagi orang lain dekat tetapi aku tidak mampu. Itulah aku rasa biarpun dekat tetapi terasa jauh dek situasi aku yang begini, ketika ini barulah aku terasa aku tidak punya sesiapa melainkan Allah yang tidak pernah jemu mendengar rintihan hati aku. Kawan ketawa senang di cari..tetapi kawan menangis sukar di cari. Kalau di kampung susah payah ada saudara mara yang menolong tetapi di sini setakat sekali dua bolehlah minta tolong tetapi kalau kerap nanti apa pulak orang kata, kerana akupun faham semuanya ada masalah dan urursan masing-masing. Itulah aku katakan kepada anakku “ibu tak dapat hendak pergi melihat Hafiz selalu, Hafiz fahamkan keadaan ibu? Hafiz sabarlah banyak-banyak insyaallah Allah menolong hamba-NYA yang sabar.

Teringat sms yang suamiku hantar ketika dia kursus selama sebulan di Melaka dan Negeri Sembilan tahun lepas ” dlm satu masa tu adalah pertolongan dari ALLAH, ingatlah DIA sentiasa kerana DIA tidak pernah lupakan hambaNYA , tak payah mengharapkan orang”.

Doa mohon dapat bersyukur atas nikmat TUHAN dan dapat sabar atas ujian-Nya.

Ya Allah, semoga kiranya aku dapat menyiapkan diri dalam menghadapi segala kengerian dengan LAA ILAAHA ILLAL LAAH ( tiada Tuhan hanya Allah) dan setiap kesedihan dan kedukaan MAA SYAA ALLAH (sesuatu yang sudah dikehendaki Tuhan). Setiap nikmat ALHAMDULILLAAH (segala puji bagi Allah). Setiap kelapangan dan cobaan ASY SYUKRU LILLAAH (syukur kepada Allah). Setiap yang mengherankan SUBHAA NALLAAH ( Maha suci Allah). Setiap dosa ASTAGFIRUL LAAH ( Aku meminta ampun kepada Allah). Setiap musibah INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI RAA JI’UUN (kita dari Allah dan kepada-Nya pula kita kembali). Setiap kesempitan HASBIYAL LAAH (cukup Allah tempatku berpegang). Setiap qadla dan qadar TAWAKKALTU ‘ALAL LAAH ( aku berpegang kepada Allah). Dan setiap dapat berbuat taat dan musibah LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL ALIYYIL AZHIM (tiada ada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH YANG MAHA TINGGI dan MAHA BESAR.

Di petik dari sebuah buku yang bertajuk Risalah Doa….

Sebagai manusia biasa kita tidak pernah lari dari mengalami peristiwa suka duka sedih dan gembira, itulah yang di namakan sebuah kehidupan tidak pernah terlepas dari menerima ujian ada yang kecil dan besarnya, sakit dan sebagainya lebih besar lagi di uji dengan kematian. Namun aku harus banyak-banyak bersyukur kerana ini semua adalah ujian yang terlalu kecil buat aku, masih ada lagi insan-insan yang lebih hebat di uji. Ya Allah ENGKAU campakkanlah dalam hati-hati kami sifat sabar dalam menghadapi ujian demi ujian kerana setiap dugaan yang di turunkan itu kerana Allah sayangkan hamba-NYA, cuma hamba-Mu ini saja bila di uji dengan sedikit ujian bagaikan tidak sabar dan redha menghadapinya.

Rajin pula aku menulis dua tiga hari nih, tapi postingnya sedih-sedih lagi, hmm nak buat macam mana inilah situasi aku sekarang, orang nak baca ke tak nak baca aku tak kisah, aku juga tidak mengharapkan hit blog aku naik seperti orang lain, kerana blog ini hanyalah sekadar blog-blog biasa yang tidak sehebat blog orang lain. Hanyalah blog “bicara hati seorang oku”, dialah teman di kala suka dukaku, luahan hatiku, teman setiaku penghibur hatiku. Kepada yang sudi singgah terima kasihlah banyak-banyak. Aku menulis bukan kerana nama tetapi kerana aku minat menulis atau belajar menulis biarpun bahasa aku tidak tinggi dan terkebawah tetapi semuanya kerana minat yang mendalam. Sayangnya aku sudah menghabiskan menulis sebuah novel dan di edit oleh seorang teman tetapi dek kesibukannya tidak ada apa-apa lagi perkembangannya. Aku tak kisah kalau ianya tidak di terima atau sebaliknya, kalau ada rezeki adalah, kalau tak adapun tidak mengapa insyaallah aku harus belajar lagi……..

Bicara hati ibu buat anakku sayang

ANAKKU SAYANG, BIARPUN SERIBU KEPAYAHAN DAN KESUKARAN IBU DAN AYAH AKAN TABAHKAN HATI DAN KUATKAN SEMANGAT INI DEMI KERANA KASIH KAMI KEPADAMU. KAMI BERSYUKUR KERANA ALLAH TELAH MENGURNIAKAN ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI BESARNYA IAITU DIRIMU NAK. ALLAH HU AKBAR…ALLAH TELAH MEMILIHMU UNTUK MENJADI SALAH SEORANG DARI RATUSAN PELAJAR-PELAJAR DI MAAHAD TAHFIZ DARUL FURQAN. SESUNGGUHNYA KAMI REDHA NAK. BIARPUN BERBAGAI KEPAYAHAN DAN KESUKARAN KITA TEMPUHI BERSAMA, KERANA TIADA PENGHIDUPAN TANPA DUGAAN DAN UJIAN DARINYA. DEMI AGAMAMU TERUSKANLAH PERJUANGANMU SAYANG…TERUSKANLAH DENGAN RASA SABAR. IBU DAN AYAH BANGGA MEMILIKIMU BIARPUN DIRIMU SATU-SATUNYA ANAKKU YANG TELAH DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH KEPADA KAMI. KERANA IBU DAN AYAH MAHU YANG SATU INI LAH AKAN MENJADI INSAN YANG BAIK.

INSAFILAH NAK …HIDUP INI MEMERLUKAN PENGORBANAN APA LAGI DALAM MENUNTUT ILMU, IBU DAN AYAH SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUKMU.

Advertisements

4 Respons to "~Dekat tapi jauh~"

insyaAllah kak iman..skrg jgk sy doa AMEEN…moga adk hafiz mnjd INSAN yang membantu agamanya..

takpe kak…nanti dah biasa insyaAllah akak akan ok macam biasa. dengan izinNya , Hafiz akan jadi anak soleh utk kedua ibu dan bapanya…:)

Terima kasih Syafiq dan epel..mudahan semuanya baik2 belaka amennnn……….

prkara biase…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: