bila hatiku berbicara

~Culik lagi~

Posted on: Januari 10, 2008

Polis buru penculik Sharlinie

Kakak mangsa, Sharliena menunjukkan gambar adiknya, Sharlinie yang hilang sambil diperhatikan oleh ibu bapanya, Suraya Ahmad dan Mohd. Nashar Mat Hussain pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 9 Jan. – Kurang 24 jam selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan culik melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun semalam, pagi ini satu lagi kes serupa dilaporkan berlaku di sini.

Kali ini, mangsa, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dilarikan oleh lelaki sama yang menculik seorang kanak-kanak lain semalam. Lakaran wajah suspek telah diedarkan kepada media hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa terbaru diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurutnya, kejadian itu dilaporkan oleh ibu bapa mangsa, Mohd. Nashar Mat Hussain, 29, dan Suraya Ahmad, 28, kepada polis pada pukul 4.04 petang ini setelah usaha mereka mencari Sharlinie gagal.

“Ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu. Kehilangan Sharlinie tidak disedari oleh kakaknya.

“Memang ada kebarangkalian mangsa yang mempunyai ketinggian satu meter, berat 20 kilogram, berambut pendek dan bermuka bulat itu diculik oleh suspek yang sama,” kata Arjunaidi pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya di sini petang ini.

Kelmarin, seorang kanak-kanak, Nur Fatiha Zaidi, 6, dilaporkan diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian di pekarangan sebuah flat di Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, Petaling Jaya di sini kira-kira pukul 5 petang.

Jarak flat itu ialah kira-kira dua kilometer dari tempat Sharlinie hilang.

Mangsa yang terpedaya dengan pujukan lelaki itu yang mendakwa mencari kucing dan burung bagaimanapun ditemui semula oleh orang awam di sebuah kawasan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada pukul 7.45 petang semalam dan kemudian membawanya ke balai polis berdekatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Mazlan Mansur dipetik sebagai berkata, adalah terlalu awal untuk mengaitkan kes tersebut dengan kejadian ‘Abang Kucing’ merogol kanak-kanak yang heboh dikatakan sebelum ini.

Pada 21 September lalu, Utusan Malaysia melaporkan modus operandi ‘Pencabul Kampung Baru’ dikenali sebagai ‘Abang Kucing’ yang menculik kanak-kanak perempuan dengan cara mengajak mereka mencari kucing hilang dan berpura-pura menunjukkan muka sedih.

Penjenayah itu dipercayai menggunakan taktik memujuk mangsa mengikutnya mencari kucing miliknya yang kononnya hilang. Selepas diculik, kanak-kanak perempuan itu dicabul.

Dalam pada itu, Arjunaidi memberitahu, kedua-dua kes itu sedang disiasat oleh sebuah pasukan khas polis.

Sementara itu, ibu Sharlinie, Suraya ketika ditemui malam ini berkata, dia tidak menyedari Sharlinie dan Sharliena keluar dari rumah.

“Saya ingat mereka pergi mengaji al-Quran di sebuah rumah berhampiran,” katanya.

Setelah dimaklumkan mengenai kehilangan anak bongsunya itu oleh Sharliena, dia bergegas mencari anak perempuannya itu di sekitar kawasan perumahan dengan bantuan jiran-jiran.

“Pengumuman mengenai kehilangan anak saya turut dibuat melalui pembesar suara masjid berdekatan, namun dia gagal dikesan,” kata Suraya.

Suaminya, Mohd. Nashar berkata, anak bongsunya itu merupakan seorang kanak-kanak yang aktif.

Menurut Mohd. Nashar, Sharlinie tidak pernah mengikut orang yang tidak dikenali.

Beliau merayu orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat di mana Sharlinie berada supaya menghubunginya di talian 016-2709096 atau 016-2583450.

~Tak habis-habis dengan isu culik kanak-kanak, lepas satu satu. Nampak banyak sangat penjenayah di Malaysia nih, anak-anakpun dah tak selamat nak bermain-main. Lelaki kucing lagi…aduhai di manakah tempat yang selamat untuk anak-anak gadis ini, di mana-mana tempatpun di jadikan mangsa bunuh dan xxxxx malahan di rumah sendiripun dah tak selamat untuk anak-anak gadis. Dahlah kes adik Nurin Jazlin belum selesai lagi. Kita sebagai saudara seislam sama-samalah berdoa mudahan adik Linie selamat kembali kepangkuan keluarganya. Setiap kali ada berita-berita begini aku jadi tersentap, culik lagi di PJ lagi? Agaknya abang kucing  tu dah kemaruk semula mencari mangsanya selepas dia membunuh adik Nurin. Setiap kali aku menonton WHI aku jadi sedih dan menitiskan air mata bila melihat keluarga- keluarga mangsa culik. Aku terkenangkan anakku ketika di sekolah rendah, dia pergi dan baliknya berjalan kaki…tak jauh kalau dia berjalan lambat sepuluh minit…sehabis cepat lima minint aje. Memanglah hati seorang ibu bimbang dan takut tetapi nak buat macam mana kawasan aku ni agak susah van kalau ada satu pun agak bermasalah, kalau lambat di tinggal.  Masa tu hanya tuhan sajalah yang tahu hati aku ni, apa lagi bila terjadinya kes adik Nurin Jazlin. Biarpun dia anak lelaki tetapi bimbang tu tetap ada. Kini aku hanya mampu berdoa di kejauhan semoga anakku  selamat tinggal di asrama.  Aku berdoa semoga adik Sharline tidak menerima nasib yang sama seperti adik Nurin. Cukuplah hanya adik Nurin mangsa yang terakhir di bunuh kejam, janganlah adik Linie di apa-apakan kasihan dia anak kecil, mengidap astma lagi.

Ibu bapa tidak wajar biar anak jaga adik kecil



KUALA LUMPUR: Sikap ibu bapa yang merelakan anak kecil mereka dijaga kakak kanak-kanak berkenaan yang masih mentah adalah sesuatu perkara yang tidak wajar dilakukan.

Malah, lebih menyulitkan jika kanak-kanak itu dibiarkan melakukan aktiviti di luar rumah tanpa dipantau ibu bapa yang sepatutnya memikul tanggungjawab itu walaupun terlalu sibuk melakukan kerja.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata beliau hairan bagaimana ibu bapa kanak-kanak yang hilang, Sharlinie Mohd Nashar, 5, boleh membiarkan kanak-kanak itu dijaga kakaknya berusia lapan tahun.

Beliau berkata, walaupun dua beradik itu bermain di kawasan tidak jauh dari rumah, langkah keselamatan termasuk pemantauan ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih dewasa perlu dilakukan.

“Saya hairan memikirkan bagaimana ibu bapa kini boleh mempunyai pemikiran yang begitu terbuka sehingga boleh mengharapkan kanak-kanak berusia lapan tahun menjaga keselamatan adiknya berusia lima tahun.

“Keadaan ini sebenarnya perlu diberikan perhatian bagi mengelak kejadian tidak diingini mengancam keselamatan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Acryl berkata, kejadian tidak diingini terhadap ahli keluarga memang sukar dijangkakan tetapi ibu bapa boleh memikirkan langkah keselamatan yang perlu diambil bagi melindungi anak mereka.

~sebagai manusia biasa adakalanya kita terlalai, kalau boleh elakkan lah sebelum menyesal tak sudah. Ya Allah Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui di mana adik Sharlinie berada, berilah petunjuk MU ya Allah. Selamatkanlah dia dari tangan-tangan manusia keji yang durjana itu ya Allah.~
Advertisements

5 Respons to "~Culik lagi~"

jaga anak baik2 bro..

keje polis skang dah xfokus utk kes2 jenayah..tp polis skang tertumpu dan kene fokus utk mnjaga pihak2 trtentu ,menagkap org2 yg tdk pnjenayah tp di suspek mcm pnjenyah..polis2….kusangka kan kau perwira..tp kau sebenarnya sedan brpura2..(sasterawan la plak..)

Yginsaf

insyaallah semoga Allah melindungi anakku…….

Syafiq…

Xtaulah sejak akhir2 ini dah semakin menjadi2 kes culik menculik hinggakan naik gerun lah pulak. syafiq akak no komen…biarlah org yg lebih berpengetahuan komen tentang polis nih hihihih..biarlah ku pendam dalam hati ini bimbang takut tertulis yg bukan2 nanti kena plak blog yg x seberapa ini hihihih gurau aje syafiq………

jgn abaikan anak2, perhatian yg lbh wjar d brikan tmbh2 pd mse skrg. hrp ibu bp mgambil pngajran n iktibr drpd kes ini. jgn lps tggngjwb d bhu org len.

terima kasih sadiah….benar ibu bapa tidak wajar membiarkan adik di jaga kakak yg masih kecil..mudahan adik Linie di temui dalam keadaan selamat……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: