bila hatiku berbicara

Faizal tanggal pakaian

Posted on: Januari 14, 2008

~Faizal ketika bersama kumpulan nasyid Mirwana, sori gambar tanggal baju takde kat sini, kat blog orang lain ada laaa…

PETALING JAYA: Naib juara pertandingan realiti TV One In A Million (OIAM), Faizal Tahir sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menanggalkan pakaiannya ketika membuat persembahan sempena ulang tahun keempat saluran 8TV di Central Park Avenue, Bandar Utama di sini, malam tadi.

Pada persembahan itu, Faizal menyampaikan dua lagu daripada bingkisan album sulungnya berjudul Batu dan Golek serta Kerna Kamu dengan penuh perasaan.

Faizal yang tampil lengkap berpakaian secara tiba-tiba tidak dapat mengawal diri dengan menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, singlet dan seterusnya tali pinggang yang dipakainya dan melemparnya kepada penonton.

Bintang OIAM musim pertama yang digelar ‘Superman Malaysia’ itu melakukan perbuatan berkenaan di hadapan lebih 8,000 penonton yang menyaksikan persembahannya secara langsung yang disiarkan menerusi saluran 8TV.
Artis lain yang turut membuat persembahan ialah Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, juara OIAM Suki, Bittersweet, Meet Uncle Hussain, band Hujan, juara Malaysian Idol, Jaclyn Victor dan penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Che’Nelle.

Sementara itu, ketika ditemui, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, berkata pihaknya memandang serius perkara itu.

“Saya juga terkejut dan tidak menyangka Faizal akan melakukan perbuatan sedemikian ketika membuat persembahan secara langsung di TV.

“Pihak kami akan segera bersemuka dengannya dan meminta penjelasan daripadanya berhubung kontroversi berkenaan.

“Saya akan memastikan dia tidak melakukan perbuatan demikian pada persembahan yang disiarkan secara langsung 8TV pada masa akan datang.

“Ini kali pertama dia melakukan perbuatan seperti itu ketika membuat persembahan di 8TV dan sebenarnya semua artis tempatan memang sudah maklum perbuatan seperti itu tidak dibenarkan sama sekali ketika membuat persembahan atau konsert yang disiarkan secara langsung di TV,” katanya.

Sebelum ini, Faizal pernah menimbulkan kontroversi ketika melakukan aksi meluncur yang disifatkan sebagai keterlaluan apabila dua lagu dendangannya Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta berjaya mara ke peringkat akhir kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22, baru-baru ini.

~Aku terpikat dengan lagunya yang bertajuk mahakarya cinta( lagu ni aje yang aku suka yang jerit-jerit macam kerasukan sorrylah aku tak minat), bukan saja suaranya memukau tetapi kerana dia adalah bekas penyanyi kumpulan nasyid Mirwana. Tak sangka pulak begini perangainya. Orang kalau dah rasa dirinya glamer macam-macam hal boleh buat tanpa mengunakan akal yang waras. Teringat dengan cerita Man Laksa ada seorang pelakon yang memegang watak orang tak betul menyanyikan lagu “gemala hatiku”, masa mula-mula naik ke pentas berpakaian kemas tetapi dah nama lagi otak tak betui satu persatu di tanggal pakaiannya hingga tinggal seluar pendeknya di atas pentas. Itu orang tak betul tapi Faizal Tahir ni betul, agaknya nak balas dendam bila bersama kumpulan nasyid dulu tak boleh buat benda-benda aib macam ni. Bila dah hilang rasa malu beginilah jadinya…sepatutnya jagalah nama dan nama keluarganya. Tengok Yassin bekas penyanyi nasyid okey aje. Ustaz Akhil Hayy lagilah okeynya…awatnya tak nak ambil contoh mereka-mereka ini.

p/s awatnya bila ada artis wanita yang berpakaian ala telanjang orang tak kisahpun….wah bercerita tentang artis pulak aku hari ni, apalah salahnya sekali sekala ikut perkembangan biarpun tidak berminat…..

Advertisements

3 Respons to "Faizal tanggal pakaian"

saya rockers. tapi saya tak suka rock cara faizal. bodoh namanya. amy search pun tak pernah bukak baju (setakat yg saya tahu) kat stage

me x kenal faizal iteww, yg me kenal faizal hussein abu hassan jer.. uhuhu

jeff
huhuhu saya .cuma pernah dengar lagu dia dan tengok dia masa ngan Mirwana dulu, 8tvpun sy tak pernah tengok sebabnya banyak bahasa cina..tahu2 kat hmetro aje isu dia buka baju………….

em_me

Sayapun x kenal gak sapa dia hihihi …………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: