bila hatiku berbicara

Musibah tak sehebat balasan akhirat

Posted on: Januari 15, 2008

Bersama Dr Juanda Jaya

Rasulullah ajar sahabat berjuang, rancang kehidupan dengan bermujahadah.
ORANG miskin beranggapan jika dia kaya maka berakhirlah segala kesusahannya. Namun orang kaya masih juga berasa susah dan risau kerana kebahagiaan sejati bukan dapat dibeli dengan harta.
Dalam sebuah hadis baginda SAW menyebut nilai kesusahan dan kesenangan yang hakiki, yang maksudnya
Pada hari kiamat akan dihadapkan seorang ahli neraka, sedangkan di dunia dahulu dia memiliki kehidupan yang amat senang, orang itu dimasukkan ke dalam neraka, sebentar kemudian ditanya kepadanya:Apakah kamu pernah berasakan kesenangan sebelum ini? Ia menjawab: Tidak pernah, wahai Tuhanku! Kemudian dihadapkan seorang ahli syurga, dia termasuk orang yang paling sengsara di dunia. Dia dimasukkan sebentar ke dalam syurga, kemudian ditanya kepadanya: Wahai anak Adam, apakah kamu pernah merasakan kesengsaraan sebelum ini? Dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak pernah berasa kesusahan dan kesengsaraan sedikitpun (didunia dahulu) (Hadis riwayat Imam Muslim -039/6738).

Sesungguhnya hadis ini mengajar kita untuk bersikap optimis dalam menghadapi setiap kesulitan hidup. Musibah dan bencana yang datang di dunia tidak sehebat ujian yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
Di dunia ini tiada mustahil bagi orang yang mahu keluar daripada kesusahan, kita lihat ramai orang yang bangkit semula daripada kegagalan dan orang yang mengecapi kemewahan selepas kemiskinan. Namun di akhirat kelak, ke mana kita hendak pergi, apakah masih ada peluang kali kedua? Bahkan tiada jalan keluar bagi manusia ketika itu.
Hadis ini memujuk hati kita untuk tidak bersedih ketika menghadapi cubaan didunia, kerana cubaan di akhirat tentu lebih dahsyat. Kesedihan di dunia biasanya berpunca daripada harta yang berkurangan, anak yang bermasalah, perhubungan suami atau isteri yang tertekan, kerjaya gagal, hutang mencekik atau pergaulan sesama manusia yang menyakitkan hati. Semua itu adalah fitrah dunia yang fana. Tiada yang sempurna dan bebas daripada kesedihan dan masalah. Sebagai insan yang beriman, kita hanya disuruh untuk menjalani kehidupan dengan optimis. Hendaklah sentiasa; Yakin boleh!Kerana setiap musibah itu diukur untuk tidak melebihi kesanggupan manusia. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

Allah tidak membebankan seseorang kecuali menurut kemampuannya(Surah al-Baqarah: Ayat 286)
Bangkit daripada kegagalan adalah perkara yang diwajibkan dalam agama kita. Bahkan haram jika berputus asa dari rahmat Allah . Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kalian berputus asa daripada rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya (Surah al-Zumar: Ayat 53).
Jika seseorang berputus asa dari rahmat Allah , kehidupannya akan dijalankan dengan penuh kesedihan. Dia tidak mahu berikhtiar, takut dan risau. Tiada perjuangan dan keberanian mencuba. Dia suka bergantung pada belas ihsan orang lain, hidupnya serba statik tiada kemajuan. Sikap sebegini jauh melencong dari jalan syariat yang sebenar. Hal ini sepertimana ditulis oleh al-Imam Ibnu al-Qayyim dalam ‘Talbisul Iblis’(Belitan Iblis); Golongan sufi sesat menyelewengkan makna zuhud dengan berpakaian koyak-rabak, tidak mahu bekerja dan suka meminta-minta, lapar, sedih dan sakit adalah amalan dituntut golongan ini. Begitulah syaitan menipu dan menjerat mereka dengan tipu daya.

Padahal Rasulullah SAW mengajar sahabat untuk berjuang, merancang dan menguasai kehidupan dengan bermujahadah. Golongan kaya digesa untuk menguasai perekonomian bangsa Arab ketika itu, golongan ilmuwan berkhidmat untuk menyebarkan ilmu hingga mencapai tamadun yang tertinggi pada zamannya. Semua ini kerana semangat mereka yang bangkit daripada kekalahan. Jika gagal, mereka cepat bangkit dan menyusun semula perancangan. Rasulullah pernah gagal dalam dakwahnya iaitu ketika semua ketua Quraisy menolak ajakan baginda, bahkan memerangi dan berusaha membunuh dakwah Islam di Makkah. Rasulullah tidak berputus asa daripada rahmat Allah . Kesusahan dan penindasan yang dialami menjadi tentangan hebat yang mesti dihadapi, akhirnya Makkah dikuasai kaum Muslimin dalam peristiwa fathu (pembukaan) Makkah yang gemilang.
Orang yang gagal bukan bererti kalah. Hakikatnya hanyalah kemenangan yang bertangguh. Jika dia pandai memujuk hatinya dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh, nescaya kejayaan akan dimiliki. Hidup tidak cukup dijalani dengan prinsip sabar saja. Ramai orang yang sabar, tetapi tidak berjaya kerana mereka tidak mahu menggandakan usaha dan hanya berpuas hati dengan apa yang sudah dimiliki tanpa mahu membabitkan diri dengan persaingan global yang tanpa sempadan.

Umat Islam tidak cukup memiliki sifat sabar saja jika mahu menguasai dunia. Berani gagal dan tekun berkarya di samping sabar dan tawakal kepada pertolongan Allah adalah resipi kejayaan yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Ia menjadi satu pakej lengkap yang mesti diamalkan umat Islam.

INTI PATI
Ujian di dunia

Kesedihan di dunia biasanya berpunca daripada harta yang berkurangan, anak yang bermasalah, perhubungan suami atau isteri yang tertekan, kerjaya gagal, hutang mencekik atau pergaulan sesama manusia yang menyakitkan hati. Kehidupan akan dilalui penuh kesedihan jika mudah putus asa. Kegagalan bukan bererti kalah. Hakikatnya hanyalah kemenangan yang bertangguh. Jika dia pandai memujuk hatinya dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh, nescaya kejayaan akan dimiliki.

Advertisements

2 Respons to "Musibah tak sehebat balasan akhirat"

salam atiesya…..

ni saya zahrah…blog saudari lagggggggggiiiiiiiiiiii sangat2 ok dr blog saya…blog saya ntah aper2 ntah citer family jer pastu mane ade tazkirah ape2 mcm blog saudari…..aper2 pun kita dah ‘jalinkan’ persahabatan secara tak langsung kan??ok salam

atieysha hehehe?hmm nak buat macam mana itulah suka sangat banyak nick name..apa2 pun sy gembira mengenali Zahrah.salam ukhuwah……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 840,659 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: