bila hatiku berbicara

apakah ini balasannya?

Posted on: Januari 17, 2008

Dapat tanah ibu terbuang

.

Wahai…anak lihatlah urat-urat tua yang berselirat, lihatlah kedut-kedut yang ada di wajah ibumu ini…adakah tiada rasa belas kasihan di hatimu wahai anak? apakah kamu mahu anakmu melakukan perbuatan yang sama kepadamu bila sudah tua kelak wahai anak? apakah kamu tidak akan tua wahai anak? apakah kamu tidak akan sakit wahai anak? fikir-fikirlah wahai anak……….

Oleh Wan Aimie Zan

Harian Metro

17.Jan 2008.

MARANG: Anak derhaka! Begitulah nasib menimpa seorang warga emas dari Kampung Bukit Parit dekat sini, yang ditinggalkan dua anak kandung kerana tidak mengakuinya sebagai ibu.

Berikutan itu, Mariam Yusof, 70, terpaksa menjadikan pondok usang yang dibina di tanah rizab kubur di kampung itu bagi meneruskan sisa hidup sejak 25 tahun lalu.

Menurutnya, detik hitam hidupnya bermula selepas dia menukar hak milik tanah pusakanya seluas kira-kira empat hektar kepada dua anak kandungnya, seorang lelaki dan perempuan berusia 30-an dan 40-an.

Dia sanggup menukar nama hak milik tanah pusaka peninggalan ibu bapanya kerana sayangkan anak dan berharap mereka dapat menjaganya dengan baik ketika hayat masih ada.
“Telahan tok silap kerana sebaik hak milik tanah pusaka itu ditukar kepada nama mereka, tok dibuang hingga terpaksa merempat dan menumpang di tanah rizab kubur hingga sekarang.

“Tok ada empat anak semuanya dan dua sudah meninggal dan tinggal seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak lelaki berusia 30-an manakala anak perempuan berusia 40-an dan sudah berkeluarga.

“Mereka tak pernah datang menjenguk, apatah lagi memberi bantuan, sebutir nasi mereka pun tok tak pernah rasa walaupun tinggal berhampiran.

“Malah, cucupun tok tak pernah kenal,” katanya sedih sambil berlinangan air mata ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurut Mariam, dulu dia memang mempunyai tanah pusaka seluas kira-kira empat hektar, namun semuanya sudah ditukar hak milik kepada kedua-dua anaknya selepas dipujuk mereka.

“Mereka memujuk tok supaya menukar hak milik tanah itu kepada nama mereka konon mahu membeli senapang Rela.

“Kerana sayang kepada anak-anak, tok pindahkan nama di Pejabat Tanah Marang tapi apabila sudah ditukar nama, tok terus dibuang dan terpaksa menumpang di tanah rizab kubur hingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, dia pernah bertemu anak perempuannya untuk mengadu nasib dan meminta tolong, namun bukan bantuan diterima, sebaliknya dicaci.

“Malah, sebelum itu, tok pernah disuruh menjual kerbau dan tok menjualnya kerana kasihan anak mahu membeli van tapi apabila tok minta sikit wang belanja, tok ditengking dengan kata-kata menyedihkan,” katanya.

Sebelum ini, Mariam berkata, dia diceraikan suami hanya kerana kerbau jantan penarik dan kini, dibuang pula dua anak kandungnya selepas semua tanah pusaka miliknya ditukar nama.

“Tok bina rumah di tanah rizab kubur ini pun hasil penat lelah menyimpan duit menoreh getah ketika masih kuat dulu, satu sen pun tak dapat bantuan anak-anak.

“Kini, setiap Jumaat tok akan membawa lima biji kelapa untuk dijual di Masjid Rusila, Marang, dan duit itu digunakan membeli lauk…hendak bawa banyak tok sudah tidak larat lagi.

“Selain itu, tok terima bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Duit itu tok gunakan untuk perbelanjaan harian.

“Harapan tok sekarang mahu meminta pertolongan kepada sesiapa yang boleh membantu menasihatkan anak tok supaya mereka sedar dengan perbuatan mereka menderhaka dengan tok,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Parit, Mohd Yusof Sulong, berkata pihaknya sukar membantu Mariam membina rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana warga emas itu tidak mempunyai tanah sendiri.

Justeru, katanya, atas dasar kemanusiaan, warga emas itu dibenarkan membina rumah dan menumpang di tanah rizab perkuburan itu hingga akhir hayatnya.

“Bagaimanapun, setiap tahun, warga emas itu tetap diberikan bantuan makanan dan wang tunai terutama ketika Ramadan dan Aidilfitri.

“Kita juga sedang berusaha memohon bantuan rumah yang lebih selesa untuk warga emas itu,” katanya

~Seorang ibu boleh menjaga anaknya sepuluh atau sedozen tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga seorang ibu. Inilah yang fenmomena yang berlaku sekarang. Tak ubah seperti sinetron dari Indonesia hanya harta, harta yang di fikirkan sanggup buat apa saja demi harta. Apakah dengan harta yang melimpah ruah boleh membahagia seseorang itu hingga sanggup membuang ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan kita di atas muka bumi ini?

Sedih….itulah unggapan yang selalu aku luahkan bila membaca kisah-kisah yang menyayat hati, terkenangkan akan diri ini apakah nasibku juga begini? Na’uzubillah…….

apakah yang membuatkan si anak sanggup melakukan sedemikian rupa kepada si ibu yang banyak berkorban untuk mereka? Kenapa dan mengapa? Wahai anak apakah kalian tidak tahu bahawa syurgamu itu terletak di bawah telapak kaki ibu? apakah kalian tidak tahu redha Allah terletak di atas redhanya ibu. Sanggupkah kita di labelkan sebagai anak durhaka? na’uzubillah aku takut bila nak tulis anak derhaka. Insafilah wahai anak-anak hidupmu tidak berkat kerana membiarkan ibumu sendiri. Apakah ini balasan si anak kepada si ibu yang melahir dan membesarkan? Bertaubat renung-renunglah lah kisah Al Qamah………..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: