bila hatiku berbicara

Bekas pelajar tahfiz penagih

Posted on: Januari 17, 2008

SEREMBAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri ini mengesan ada bekas pelajar tahfiz al-Quran turut terjebak dengan gejala penagihan dadah.

Sumber AADK berkata, kerapuhan benteng pertahanan diri bekas pelajar itu membimbangkan kerana sebagai individu yang mempunyai didikan agama kukuh, mereka seharusnya menjadi contoh terbaik supaya menjauhi kegiatan haram di sisi ajaran Islam.

Bagaimanapun, sumber berkata, jumlah pelajar tahfiz yang terjebak dengan gejala penagihan dadah terlalu kecil dan siasatan lanjut mendapati banyak faktor menyebabkan mereka terjebak.

“Pengaruh rakan serta pengetahuan yang terlalu kurang mengenai dadah dikesan menjadi faktor utama punca bekas pelajar tahfiz terbabit terjebak dengan kegiatan haram itu,” katanya.

Menurut sumber, kelicikan sindiket dadah mengubah taktik pengedaran serta merekrut penagih baru juga dipercayai memerangkap ramai individu termasuk mereka yang mempunyai latar belakang agama.

Sementara itu, Pengarah AADK, Rahman Hamid, berkata ilmu pengetahuan agama setiap pelatih di pusat serenti di negeri ini akan dipertingkatkan walaupun mereka mungkin pernah belajar di kelas tahfiz al-Quran.

Katanya, untuk memastikan pelatih mendapat bimbingan berterusan sehingga mereka tamat tempoh pemulihan, tenaga pengajar agama sepenuh masa akan diambil secara berperingkat hingga akhir tahun ini.

“Pada masa ini, pelatih di pusat serenti dibimbing oleh tenaga pengajar secara sambilan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Menurutnya, pelatih yang bukan beragama Islam pula diberikan bimbingan agama mengikut kepercayaan mereka.

“Dijangkakan tahun ini jumlah penagih yang dihantar ke pusat serenti di negeri ini akan bertambah dan AADK sudah merangka beberapa strategi pencegahan secara berterusan,” katanya.

Susulan itu, Rahman berkata, orang ramai dinasihatkan tidak bimbang dengan kadar peningkatan kira-kira 30.1 peratus penagih yang ditahan oleh agensi kerajaan itu bersama polis pada tahun lalu.

Katanya, sehingga akhir tahun lalu, seramai 817 penagih berjaya ditahan dan dihantar ke pusat pemulihan untuk memulihkan mereka daripada ketagihan.

“Daripada jumlah itu sebanyak 47 peratus adalah penagih baru dan selebihnya penagih berulang,” katanya di sini, semalam.

Menurut Rahman, Felda dan kawasan pendalaman dikesan paling banyak menyumbang jumlah penangkapan penagih di negeri ini.

“Kami yakin masih terdapat penagih yang masih bersembunyi atau berjaya melarikan diri daripada pengawasan berterusan AADK dan polis,” katanya.

~dia tersilap memilih kawan..kembali kepangkal jalan….sepatutnya bila sudah mantap pengisian di lubuk hati dan nurani hindari dari gejala yang tidak sihat. Berkawan dengan penjual minyak wangi sedikit sebanyak terkena tempiasnya….tetapi kalau berkawan dengan budak-budak yang tak tentu hala tujunya beginilah jadinya. Tamat bersekolah tahfiz bukannya bermakna dia sudah mendeka…tetapi al Quran yang di hafalnya biar sentiasa melekat di hatinya sampai ke titik noktah terakhir…. Itulah kata-kata mudir di tempat anak aku belajar. Tetapi jumlahnya terlalu kecil jika hendak di bandingkan dengan pelajar-pelajar sekolah biasa. Na’uzubillah sebagai ibu bapa doa adalah senjata yang terpenting, setiap saat dan ketika tidak pernah lupa mendoakan untuk anaknya. Yang sedihnya menurut kata anakku ada budak yang berumur lima belas tahun masih lagi belum pandai membaca iqra’. Sepatutnya anak-anak di didik sedari kecilnya lagi. Ya Allah selamatkanlah anakku……berilah dia kawan-kawan yang baik yang berakhlak mulia~.

Advertisements

2 Respons to "Bekas pelajar tahfiz penagih"

sya sebagai soorang bapa yg mahu melihat anak menjadi sorng tahfiz, telah mendaftarkan anak ke sebuah sekolah tahfiz, tapi malangnyer pihak sekolah, membiarkan anak@ murid – murid mengaji tanpa pengawasan, betul kah cara pembelajaran tahfiz begini….

Salam insan…insyallah suatu hari nanti saya akan bercerita pengelaman anak saya belajar di sek tahfiz..sekarang ni mood tengah takde..banyak benda nak selesai..encik boleh emel saya cahayanuriman@damansara.net..kita boleh bercerita melalui emel sebelum saya cerita kat blog ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 845,722 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: