bila hatiku berbicara

Begitulah aku

Posted on: Januari 18, 2008

Seperti biasa aku suka berkongsi ceritaku di sini… hanyalah bicara hati seorang oku. Bila di sebut orang kurang upaya tentu anda yang normal di luar sana terbayang bagaimana keadaan oku? bagaimana oku berjalan dan sebagainya. Kerana apa? kerana anda tidak pernah merasai dan ada di tempat insan yang bergelar oku. Mungkin juga anda tidak ada adik,abang atau saudara mara anda yang kurang upaya. Ada di sebut cacat, tetapi semenjak aku kecil lagi keluargaku tidak pernah menyebut cacat tetapi “tak serupa orang atau cedera”. Aku pernah bertanya arwah nenek aku ketika aku masih bergelar kanak-kanak bila dia selalu sebut aku tak serupa orang, aku tanya dia tak serupa orang tu bagaimana? seperti apa? seperti beruang atau apa? sebabnya dia sebut istilah tak serupa orang? padahal aku ada mata, kaki cuma adalah kekurangan anugerah dari Allah untuk aku………alhamdulillah masih boleh ku hentakkan jejari ini di keyboard ini.

Perasaan seorang oku? seperti biasa hanya aku sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku, aku hanyalah manusia biasa yang seringkali di uji. Ujian dari berbagai sudut, tetapi setiap insan tidak akan terlepas dari menerima ujian, baik yang berat atau yang ringan. Begitulah juga diriku ini, seringkali di uji dengan berbagai ujian, hanya Tuhan sahaja yang tahu…

” Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya, berilah kemaafan kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami “surah Al Baqarah ayat 286.

Hampir seminggu lebih anakku hafiz tinggal di asrama, hari ahad 20 Januari ini genaplah dua minggu dia di sana, setakat hari ini aku hanya menemuinya hanya sekali. Bukan aku tidak sayang dan tidak rindu, aku menangis, terlalu kosong dan seolah-olah dia terlalu jauh denganku biarpun hanyalah di kawasan Gombak. Ya Allah aku tidak berdaya…….sudah tertulis di Luh Mahfuz-NYA anakku di takdirkan bersekolah tahfiz alhamdulillah. Aku bersyukur kerana Allah telah bukakan hati-hati kami untuk menghantarnya ke sekolah tahfiz, dan Allah telah memilih dia menjadi salah seorang pelajar di Maahad Tahfiz. Tetapi….sedih, jerih dan perih setiap kali aku ingin pergi melihatnya kerana aku ini masih belum mampu untuk memiliki kenderaan sendiri lagi. Seperti biasa pemandu teksi seolah-olah jual mahal kerana takut masuk ke kampung tersebut, aku tahulah itu jalan kampung tetapi bukannya jalan tanah merah tetapi kampung dalam bandar. Aku pernah bertanya kenapalah teksi kat sini jual mahal sangat ingat orang tak nak bayar ke? atau takut dengan bendera hijau yang sedap mata memandang tu? pertanyaanku tidak terjawab oleh si pemandu tersebut yang pada mulanya marah tak mahu masuk ke kampung, ketika aku melawat anakku minggu lepas. Bila mengingatkan ini aku benar-benar jadi sedih. Hanya teksilah satu-satunya kenderaan untuk kami bergerak, jadi kalau pemandu teksipun jual mahal dan marah-marah bagaimana aku hendak menemui anakku? Di mana sifat ehsan sesama muslim kalau tidak bertolak ansur dengan sesama saudara seislam mereka. Aku tak kisah kalau teksi non muslim yang aku naik marah-marah kami, kerana aku tahu dia agama sesat jadi kalau dah sesat dia akan kata apa saja. Tetapi ada juga teksi non muslim yang baik hati. Jadi kalau sesama islampun tidak menunjukkan sifat-sifat mawadah wa rahmah apa lagi non muslim. fikir-fikirlah pakai budi bicara wahai hamba Allah. Kami bukan naik free tapi kami bayar.

Teringat aku kepada salah seorang ustaz yang menjadi jiran kami ketika aku tinggal di utara sekitar tahun 1995 dan 1996, memang susah untuk mencari seorang sahabat sepertinya, terkenang ketika aku ke hospital tiap-tiap minggu untuk chek up kandungan siapa lagi kalau bukan dia yang bersusah payah menolong kami. Sanggup menanti berjam-jam demi kami. Masya-Allah memang wajarlah kalau dia ini bersifat sebegini kerana dia bukanlah calang-calang orang. Imam di masjidpun dia, memandikan jenazahpun dia. Satu lagi ketika aku tinggal di setapak Garden sekitar tahun 1998 ada seorang ibu tunggal yang kematian suaminya mengambil aku tiap-tiap minggu semata-semata untuk membawa aku ke majlis ilmu di masjid Al Syakirin yang amat berdekatan dengan rumah sewaku. Tetapi dek kerana kami di uji dengan belum mampu membeli kenderaan sendiri dialah yang sanggup datang mengambil aku, lantaran pergerakan akupun terhad. Ya Allah sampai ke hari ini aku masih mencari-cari kakak ini dan berdoa semoga Allah panjangkan umurnya. Di sinilah aku bertemu dengan Ustazah Sarejah Bejo dan beberapa orang ustazah lagi. Tetapi kini semuanya telah berlalu zaman itu……………

sambung lagi……….

Di Kuala Lumpur ni mana ada sekolah yang murah? Puas cari di dalam Harakah terjumpa Maahad Tahfiz Darul Furqan, banyak sebenarnya sekolah tahfiz sekitar Selangor dan Kuala Lumpur tetapi terlalu mahal, di Damansara RM500 sebulan. Mahalnya manalah kami mampu, lantaran kami ini bukannya orang yang berada, tetapi rela berkorban apa saja demi anak tercinta, pendek kata sanggup lakukan apa saja demi anak tercinta. Sekolah inilah yang paling murah yang kami jumpa setakat ini, yurannyapun boleh di bayar secara ansur kalau tidak mampu. Sekolah ini beroperasi berdasarkan yuran dan sumbangan pelbagai pihak. Tetapi yang aku sedih kerana sekolah ini tiada kemudahan public phone( kalau adapun kata anaku agak jauh dan kena beratur panjang untuk menelefon, maklumlah semua pelajarkan rindu keluarga masing-masing..hppun di larang sama sekali membawanya. Itulah yang membuatkan aku terasa terkilan semakin jauh dengan anakku kerana tiada kemudahan itu, sedangkan di antara kami perlukan perhubungan. Hati seorang ibu tertanya-tanya apa khabar anakku? sihat kah? sudah makan kah? makan apa sayang? tetapi sayangnya aku tidak mampu melakukan sedemikian. Pernah beberapa kali aku menelefon pejabat sekolah tersebut untuk memanggil anakku, tetapi waktu belajar…tahfiz bermula 8.30, berhenti rehat solat dan makan sambung lagi jam 2.30 petang. Sedangkan jam 12.00 pejabat sudah tutup, dan di buka semula tepat jam 2.30.

Oleh kerana inilah pengelaman pertama aku terpaksa berjauhan dengan anakku membuatkan hatiku sedih bila mengenangkannya. Aku tahu anakku juga begitu…tetapi apalah daya ibu ini sayang, untuk ke sana tiap-tiap minggupun aku tidak berdaya. Kalau ayahnya bolehlah turun naik lrt dan turun naik bas tetapi aku, aku tidak mampu untuk berjalan seperti insan lain. Ahh….aku berhati walang. Aku bukan tidak redha anak aku di sana tetapi aku terlalu rindu….rindu dan rindu….tiada terucap dengan kata-kata. Pernah anakku berkata ibu dan ayah orang lain malam-malampun datang bertemu dengan anaknya. Aku faham maksud anakku tetapi aku harap dia faham bagaimana keadaan ayah dan ibunya.

Aku selalu memanjatkan doa supaya Allah bantu aku biarpun aku tahu Tuhan selalu membantu aku…tetapi aku selalu meminta-minta denganNYA kerana aku tahu hanya DIA sahaja yang Maha tahu hati dan perasaan aku, DIA sahaja yang dapat membantu di saat aku memerlukan.

“Kemungkinan kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan kemungkinan pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengentahui. “maksud surah al- Baqarah ayat 216.

Ujian dalam bentuk kesusahan dan kesakitan adalah merupakan antara ujian yang ringan, kerana maksud dari ujian itu adalah semata-mata untuk menguji kesabaran dan kerelaan kita menerima qada’ dan qadar Allah S.W.T akan tetapkan pahala dan seterusnya dihapuskan sebahagian daripada dosa-dosa atau dipertingkatkan darjat sehingga ujian itu menjadi nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah S.W.T untuk hambaNYA.

Di petik dari sebuah buku pedoman pesakit panduan ibadah dan motivasi pesakit..Ustaz Azhar Yahya dan Ustazah Fadzilah Yaacob. Buku ini juga merupakan satu sumber kewangan untuk membantu Maahad Tahfiz darul Furqan.

ku cari damai di hati dengan menulis apa jua yang tersemat di hati ini. Sesungguhnya kesepian ini membuatkan hati ini entahlah. Mungkin sekarang kami merasai betapa pahitnya sebuah perpisahan, aku percaya di kemudian hari kami akan menikmati kemanisannya. Kalian doakan aku, berilah kata-kata motivasi dan semangat untuk aku. Aku ini diibaratkan seperti kepatahan sayapnya…ingin terbang tetapi sayang sayapku patah. Kepada siapa lagi harus aku mengadu kalau bukan kepada DIA Yang Maha Mengerti. Di saat aku memerlukan di mana ibu dan ayahku? di mana ibu mertuaku? di mana adik beradikku? di mana kawan-kawanku( eh aku memang takde kawan-kawan di sini)? aku hanya ada ini blog..inilah teman aku dan aku tak punya siapa lagi kecuali DIA. Selalunya aku tidak pernah menceritakan apa-apa masalahku kepada familiku dan juga famili suamiku. Sangka mereka aku di sini semuanya okey belaka………tak mengapalah asalkan mereka bahagia……biarpun apa masalah aku mereka tidak tahu.

Petua Mengelak Dari Berfikiran Negatif

Jika orang itu buat sesuatu yang buruk pada pandangan mata Anda, jangan menyampah dengan perbuatannya itu, tapi biarkan saja dia. Itu haknya mau buat apa yang dia suka.

Kita pula jangan mengumpat atau mencela, tapi ambil pengajaran dari apa yang kita lihat, dengar dan rasa, baik tau buruk. Gali motivasi dalam apa jua yang berlaku di sekeliling kita, walau seburukmanapun ia.

Percayalah, jika sesaat kita sudah memandang kepada yang negatif, maka seminit kita akan mula berfikiran negatif, sejam yang seterusnya, fikiran kita lebih menjurus kepada yang negatif.

Fikir yang negatif, gelombang minda Anda akan menarik semua yang negatif juga. Jika Anda suka berkata tentang keburukan orang lain dan suka mengadu pasal ketidakpuashatian Anda pada orang lain, maka apa yang Anda katakan itu akan datang pada Anda sendiri.

Untuk mengelak dari berfikiran negatif, Anda perlu banyak berfikiran positif, optimis dan melihat kebaikan lebih banyak dari keburukan dalam apa jua keadaan. Kena bersangka baik tak kira pada sesiapa jua, tak kira di mana dan tak kira bila.

Setiap apa yang kita fikir, buat dan kata ada balasan. Ini hukum alam dan memang wujud dari dulu lagi.

Fikir baik di balas baik, fikir jahat dibalas jahat. Senang cerita, jika Anda suka berfikir yang negatif terhadap semua orang, situasi, perkara dan keadaan, negatif juga hasil yang Anda dapat nanti.

Kalau boleh, elak untuk berkata keburukan orang lain dan latih diri untuk sentiasa kagum pada orang lain walau sekecilmanapun kehebatan dirinya. Andai dia sekadar seorang tukang sapu, Anda harus kagum pada kerajinan dirinya menyapu dan fokus dirinya pada kerja penyapuan yang dilakukannya, bukan memandang kepada kehinaan sebab dia seorang tukang sapu.

Itu cara asas untuk mengelak diri dari berfikiran negatif. Berfikiran negatif walaupun sesaat boleh menurunkan tahap motivasi Anda. http://shueqry.blogspot.com/~

~aku di tahap mana? artikel ini dari blog pakar motivasi Shueqry telah mendapat keizinan darinya.

~alhamdulillah aku rasa lega kerana dapat bercakap dengan anakku sebentar tadi jam 10.00…biarpun aku tahu anakku ada kelas aku suruh juga ustazah memanggilnya~

Advertisements

6 Respons to "Begitulah aku"

Assalamualaikum,
saya tinggal di Padang Balang.. rumah sewa saya bersetentang dengan surau maahad.. Suami dan anak kecil saya selalu ke surau berjemaah waktu solat maghrib dan isyak.. sekiranya puan ingin apa2 bantuan berhubung dengan anak puan, bolehlah emel kepada saya… ikankelikecik@yahoo.com

Waalaikumusalam…alhamdulillah akhirnya saya tidak keseorangan….insyaallah nanti sy emel puan…………..rumah sewa puan yg mana tu?atau sy pernah lihat ya?

assalamualaikum, sy sungguh gembira sekali bila tjumpa blog seperti ni…..sy bharap utk bsahabat dgn saudari……utk makluman saudari sy juga dilahirkan sbg oku, dan sy sedang menuntut d form5 skarang………sy harap awk sudi bsahabat dgn saya……….

waalaikumusalam adik lokman..sedap nama adik tu..bukan saudari panggil aje kakak atau mak cik heheheh…silakan akak boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja yg sudi…moga lokman tabah…menghadapi segala ujian sebagai insan yg di lahirkan sebagai insan yg kurang upaya…biar apapun bentuk fizikal tetapi di sisi Allah kita tetap sama..yg membezakan kita hanyalah amalan di sisi Allah s.w.t…selamat belajar ya dik moga berjaya hidupmu dunia dan akhirat…syukran……..

Assalamualaikum w.b.t.

Pn. Boleh beri saya alamat penuh dan no. tel sekolah anak puan ini.
Saya berminat untuk menghantar anak ke sekolah ini.

terima kasih.

waalaikumusalam…sekarang ini anak saya sudah berpindah belajar di kelantan oleh sebab2 yang tidak dapat di elakkan di situ…maaf banyak2 ya no tel sekolah tu sudah tiada dalam simpanan saya …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: