bila hatiku berbicara

Esok 10 Muharam

Posted on: Januari 18, 2008

(Ini bukan bubur asyura Kelantan tetapi bubur asyura negeri mana tah..tapi nampak macam sedap aje rasa macam nak makan aje hehehe)

Terkenang kenangan 10 Muharam tatkala ketika masih bersama emak dan ayah sebelum bergelar isteri orang . Selalunya kami dan seluruh ahli keluarga berpuasa, dua tiga hari selepas 10 Muharam di sana sini orang kampungku bergotong royong mengacau bubur asyura. Bubur asyura di Kelantan agak berlainan dari bubur asyura di negeri-negeri lain, kerana ianya mempunyai rempahnya tersendiri memang sedap rasanya. Sampai sekarang aku tidak pernah tahu memasak bubur asyura. Sudah terlalu lama aku tidak makan bubur asyura kerana aku tak pernah pulang ke kampung di bulan muharam. Kepada kaum muslimin dan muslimat selamat menyambut 10 muharam…………..

Bubur Asyura :version kelantan

bahan-bahannya:
1 gantang beras
4 kg bawang merah(3 kg dimesin ,1 kg dijadikan bawang goreng)
4 kg gula
4 kg daging
4 kg santan
1 kg kacang
1 kg ubi
1 kg kelapa(untuk kerisek)
5 btg serai
5 cm halia
1/4 kg bawang putih
rempah ashura
1/2 cawan garam

cara memasak nya:
beras,kacang,dan ubi di masak sehingga hancur atau dimasak dan dimesin.
3 kg bawang merah+bawang putih+halia+serai dimesin.
1 kg bawang merah dibuat bawang goreng-kelapa dibuat kerisek.
daging direbus hingga empuk dan dihancurkan(seprti membuat sambal daging).gaul bersama air rebusannya,rempah dan bahan yang dimesin.
kacau beras atau nasi hingga hancur(tambah air jika perlu)
masukkan santan sedikit demi sedikit hingga habis
masukkan gula,garam.kacau hingga rata.masukkan rempah kemudian kacau lagi.akhir sekali,masukkan kerisek dan bawang goreng.kacau hingga kering.sejukkan ke dalam bekas2 kecil

Advertisements

5 Respons to "Esok 10 Muharam"

salam malam ahad akak nuriman iteww..

salam en_me salam pagi ahad jugak…dah makan bubur asyura ke?

yummy kat sini ada resepinya lupalah pulak………..tapi macam susah aje alahai…..

salam nurnana awak pandai buat bubur asyura tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: