bila hatiku berbicara

Mohon bantu surau

Posted on: Januari 20, 2008

KUALA LUMPUR: Surau Al-Ikhwah, Taman Samudra, Batu Caves, di sini, yang kini rancak dibina, memerlukan RM550,000 bagi memastikan pembinaannya berjalan lancar.

Ini kerana, sejak kerja pembinaannya dimulakan pada Ogos tahun lalu, dana dikumpul untuk surau yang dibina dengan kos RM745,000 itu belum mencukupi.

Bendahari Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ikhwah, Zainal Rashid Ahmad, berkata pembinaan surau yang mampu menampung sehingga 700 jemaah itu siap 80 peratus dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya Mac depan.

Katanya, ketika ini syarikat kontraktor Bumiputera, FNA Builders & Services Sdn Bhd melakukan kerja pembinaan menggunakan dana mereka.
“Kami mengharapkan sumbangan orang ramai dan badan korporat bagi mencukupkan jumlah RM550,000. Bagi yang menyumbang, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meluluskan sebanyak RM700,000 pungutan yang diberi pelepasan cukai,” katanya.

Zainal Rashid berkata, apabila surau itu siap kelak, penduduk dapat beribadat dan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam suasana lebih selesa.

Katanya, individu atau badan korporat yang ingin menderma boleh menghubunginya di talian 019-3707033.

Sumbangan dalam bentuk cek/ draf bank/ kiriman wang pula hendaklah dibuat atas nama ‘Surau Al-Ikhwah Taman Samudra’ dengan menggunakan slip sumbangan yang disediakan atau terus ke akaun RHB Islamic Bank Berhad di nombor akaun 21401360003068.

Orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini pembinaan surau itu dan maklumat lanjut boleh melayari laman web http://www.surau-alikhwah.com.

~Setiap ringgit yang di salurkan adalah ganjarannya nanti di akhirat kelak~

Advertisements

2 Respons to "Mohon bantu surau"

insyaAllah, semoga dipermudahkan usaha akak iteww..

hmm ambik dalam hmetro hari nie…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 845,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: