bila hatiku berbicara

Ibu bapa tidak bermoral

Posted on: Januari 21, 2008

SAYA gadis berumur 15 tahun dan masih belajar. Saya berasal daripada keluarga yang baik tetapi banyak kekurangan.

Saya tahu rahsia paling besar ibu bapa saya. Papa ayah yang baik sehingga saya dapat tahu dia menjalin hubungan sulit dengan orang gaji majikannya.
Bukan itu saja, papa selalu tidak pulang dan mama pernah mengesyaki papa ada bersama orang gaji majikannya.

Paling memilukan, rakan baik saya mengadu pada saya bahawa papa pernah merabanya ketika kami sama-sama menemani papa ke pejabatnya.

Mama pula tahu perbuatan papa di belakangnya, namun mama hanya marah sekejap saja, tidak seperti dulu. Saya hairan dengan perubahan sikap mama dan akhirnya tanda tanya itu terjawab apabila saya terbaca mesej berunsur lucah di dalam telefon bimbit mama.

Sebelum ini, saya tahu mama ada ramai kawan lelaki dan kerap menggunakan perkataan kotor. Namun, baru-baru ini saya dapat tahu mama dan lelaki itu pernah tidur bersama. Malah, mama pernah hamil hasil hubungan dengan lelaki itu sebelum mengugurkan kandungannya.

Tidak cukup dengan itu, saya juga tahu perbuatan abang saya di belakang mama dan papa. Abang juga ada rahsia sama dengan mama dan papa, cuma saya tidak dapat membuktikan kesahihannya.

Saya anak kedua dan terakhir dalam keluarga. Saya hanya mempunyai mama, papa dan abang dalam hidup saya, tapi dengan segala perbuatan mereka yang tidak bermoral itu, kini saya tidak tahu nak bergantung pada siapa.

Saya ingin mereka bersama-sama memimpin saya ke jalan Allah. Itu yang saya selalu inginkan, namun hakikatnya kami sekeluarga tidak bersembahyang.

Untuk menghadapi peperiksaan, saya teringin melakukan sembahyang sunat hajat dan sebagainya, namun saya tidak pernah diajar oleh papa menunaikan sembahyang.

Dang Setia, tolong keluarkan saya daripada gaung yang gelap ini. Saya takut kerana saya tidak nampak masa depan saya. Saya harap Dang Setia dapat membantu.

MIMI
Petaling Jaya, Selangor

Membaca warkah adik, tersentuh hati Dang Setia mengenangkan kemurnian hati adik. Masalah adik juga menginsafkan Dang Setia akan betapa agungnya kebesaran Allah SWT sebagaimana dijanjikan-Nya bahawa Dia jauh lebih mengetahui segala-galanya.

Kadangkala, ibu bapa tinggi ilmu agama tapi kecewa dengan sikap anak yang tidak seperti mereka. Dalam kes adik pula, situasi sebaliknya. Ibu bapa langsung tidak prihatin dan mengabaikan syariat Islam, tapi Allah Maha Kaya kerana adik sangat mencintai Islam.

Apapun, masalah adik memang kronik kerana ibu bapa dan abang gagal menjalankan tanggungjawab untuk mengasuh dan membimbing adik sebagaimana sepatutnya. Pada usia yang masih muda, cabaran yang adik hadapi sungguh sukar.

Justeru, adik perlu kuat semangat. Adik tidak boleh hanya merintih mengenangkan nasib malang atau menyalahkan takdir kerana hidup perlu diteruskan.

Biar sesukar mana cabaran yang adik hadapi, percayalah Allah akan sentiasa bersama adik dalam mencari jalan kebenaran.

Di sebalik kesukaran yang dihadapi, jangan lupa bersyukur kerana Allah ‘melihat’ adik. Biarpun ibu bapa gagal mendidik ke arah kehidupan mengikut syariat Islam sebenar, adik tidak terus hanyut untuk mengikut jejak mereka.

Sebaliknya, adik teringin menjalani kehidupan mengikut syariat Islam. Ini yang dinamakan hidayah Allah dan adik perlu memelihara serta menyuburkannya.

Maksud Dang Setia, berbekalkan keinginan untuk melakukan amal ibadat seperti yang adik rasakan sekarang, adik perlu berusaha untuk melaksanakannya.

Jika hanya ada keinginan tapi tidak berusaha melaksanakan dan seterusnya tidak dilaksanakan, keinginan itu lama-kelamaan akan hilang. Jika itu berlaku, ada kemungkinan adik turut terjerumus ke arah cara hidup ibu bapa dan abang.

Namun, Dang Setia sedar persoalannya sekarang, bagaimana adik ingin melaksanakan keinginan itu kerana tiada ahli keluarga yang membimbing adik?

Jawapannya, adik perlu cari pembimbing lain. Ini perlu kerana dalam usia yang masih muda dan tahap fikiran belum matang, adik tidak boleh bersendirian dalam menempuh cabaran kehidupan yang mencabar ini.

Dang Setia melihat, adik harus memanfaatkan institusi persekolahan untuk mencari individu yang sesuai menjadi pembimbing. Sebagai contoh, guru kaunseling atau ustazah yang mengajar adik.

Dang Setia yakin jika adik merujuk masalah kepada mereka, adik pasti dibantu. Jika adik tidak dibantu, Dang Setia berani kata mereka tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tanggungjawab.

Malah, daripada sudut Islam, guru dan ustazah atau mana-mana pihak yang adik rujuk untuk membantu adik adalah berdosa jika tidak membantu adik. Ringkasnya, adik tidak perlu malu dan risau untuk mendapatkan bimbingan pihak lain.

Andai kata guru dan ustazah adik tidak dapat membantu, terus berusaha kerana banyak pihak lain boleh membantu, contohnya pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan seperti Talian Nur, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Untuk menghubungi mereka bukan terlalu sukar. Luangkan sedikit masa dengan melayari Internet, akan tertera nombor terlefon pertubuhan itu untuk adik hubungi.

Selain itu, jangan lupa berdoa kepada Allah supaya ibu bapa serta abang menyedari kesilapan mereka, seterusnya kembali ke pangkal jalan.

Adik juga perlu sedar hakikat biar biar seteruk mana perangai mereka, mereka tetap ibu bapa adik di dunia dan akhirat. Jadi, jangan sekali-kali bersikap kurang ajar atau derhaka kepada mereka.

~sedih baca kisah adik ini, sepatutnya sebagai ibu bapa tunjuklah contoh yang baik kepada anak-anak. Bagaimana anak-anak tak terpesong jauh kalau ibu bapa sudah jauh dengan TUHAN? Lupa halal haram? Ibu bapa apa namanya ni? Dunia dah akhir zaman manusia hidup tidak berlandaskan hukum hakam Allah, perangai seperti…..???. Ya Allah berikanlah kami pemimpin yang benar-benar berjiwa ISLAM ( bukan islam hadhari semuanya boleh, pegang pompuan boleh, salam pompuan boleh, buka aurat boleh, pompuan pakai baju nipis bagaikan telanjangpun boleh, laga pipipun boleh. Ahh… biasalah bagi mereka, kalau ALLAH dah hukum kata HARAM kenapa buat jugak? ) yang membimbing kami ke arah jalan yang di redhai bukannya jalan yang di murkai . Kami takut azab api neraka-MU ya Allah.  Ya Allah jadikanlah kami ibu bapa yang baik kepada anak kami……….berdoalah kerana doa itu adalah senjata orang mukmin….

Advertisements

2 Respons to "Ibu bapa tidak bermoral"

Kesian kat anak-anak sekarang, naluri ada ke arah kebaikan tapi keadaan sekelling jadi dugaan. Ibu bapa sendiri tak kuat pegangan iman, macam mane nak mendidik anak2?

Mudahan semoga allah beri hidayah kepada kita semua

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: