bila hatiku berbicara

Di mana Sharlinie?

Posted on: Januari 23, 2008

Wajarkah bantuan bomoh dalam pencarian Sharlinie?

Tholib ‘Ilmi
Wed | Jan 23, 08 | 3:24:58 am MYT
Saudara Pengarang,

Sehingga kini, adik Sharlinie Mohd Nashar yang dipercayai diculik lebih dua minggu lalu masih belum ditemui. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan dan mencarinya telah dilaksanakan pihak berkuasa, badan-badan dan pertubuhan sukarela dan individu-individu tidak kira bangsa dan agama.

Menurut laporan terbaru, keluarga Sharlinie mendapatkan pertolongan bomoh bagi mengesan jejak adik Sharlinie. Sebagai seorang saudara yang seagama dengan keluarga Sharlinie, saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan tentang tindakan menggunakan khidmat bomoh sebagai ikhtiar agar mangsa segera kembali ke pangkuan mereka dalam keadaan selamat.

Sebagai Muslim, kita dilarang percaya kepada dukun mahupun tukang ramal. Kata Imam Ath-Thahawi dalam karyanya yang termasyhur, Aqidah ath-Thahawiyah: “Kita tidak mempercayai (ucapan) dukun mahupun tukang ramal, demikian setiap orang yang mengakui sesuatu yang menyelisih daripada al-Kitab dan as-Sunnah serta ijma’ kaum Muslimin.”

Takrif dukun

Dukun, pada hakikatnya ialah seorang yang didatangi syaitan yang mencuri pendengaran di langit lalu memberitahu maklumat yang dicuri itu kepada si dukun. Allah menyifatkan dukun-dukun ini sebagai pendusta lagi berdosa. FirmanNya di dalam surah as-Syu’araa’ ayat 221 – 223:

“Apakah akan Aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta.”

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim dan Imam Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mendatangi seorang tukang ramal lalu bertanya kepadanya sesuatu maka solatnya tidak akan diterima selama 40 malam.”

Dalam hadith lain yang diriwayatkan Imam Ahmad, al-Baihaqi dan al-Hakim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mendatangi seorang tukang ramal atau dukun kemudian membenarkan apa yang ia katakan, maka orang itu telah ingkar dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam.”

Hadith-hadith ini menjelaskan bahawa perbuatan meminta pertolongan dukun atau tukang ramal adalah berdosa dan dilarang di dalam agama Islam.

Agama Islam mengajar kita agar memanjatkan doa dan memohon kepada Allah atas apa jua hajat dan keperluan. Allah s.w.t berfirman dalam al-Mukmin ayat 60: “Dan Rabbmu berfirman: ‘Dan berdoalah kepada-Ku nescaya akan kuperkenankan bagimu…”

Dalam suatu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Rabb kalian yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu Maha Malu dan Maha Mulia. Dia malu jika hambaNya mengangkat kedua tangannya lalu dikembalikan doanya itu dalam keadaan kosong (tidak dikabulkan).”

Oleh itu, marilah kita perbanyakkan doa kepadaNya agar Dia memelihara adik Sharlinie yang dikasihi dan mengembalikannya ke sisi keluarga beliau dalam keadaan yang selamat. Amin.— aba.

~maaf aku juga tidak percaya kepada mana-mana bomoh. lebih baik pergi jumpa Datok Harun Din atau tokoh-tokoh agama yang boleh di percayai~ Sumber dari harakah daily~

Ya Allah pertemukanlah adik Sharlinie dengan keluarganya dalam keadaan selamat………… 

Advertisements

2 Respons to "Di mana Sharlinie?"

amennn moga ia kembali dgn selamat kepangkuan keluarganya……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: