bila hatiku berbicara

Terlalu sunyi

Posted on: Januari 24, 2008

Setelah anakku tinggal di asrama aku terlalu sunyi tiada terucap dengan kata-kata. Hanya mereka yang berada di tempatku akan merasai semua itu. Semalam cuti thaipusam suamiku pergi lagi menjenguk anakku, aku tidak (seperti aku kata di sana agak susah nak dapatkan teksi) bila ada cuti aje dia pergi…. aku tidak, kalau di ikutkan hati aku hendak pergi melihat anakku hari-hari, tetapi apalah daya aku. Kesedihan ini hanya aku yang merasainya. Di saat seperti ini terbayang wajah emak,ayah abang dan kakak di kampung, kalau aku di kampung tentu aku tidak mengalami kesukaran ini kerana aku ada mereka. Biarpun dua minggu sudah berlalu tetapi rindu ini tidak mungkin akan terpadam sampai bila-bila……dekat tapi jauh aku rasakan. La Tahzan….tetapi terkadang jadi tahzan jugak…..

Untuk menghilangkan segala kerunsingan aku, semalam aku menyuruh suamiku membuang sebahagiaan ubi-ubi kayu yang sudah tua, tinggal yang masih muda aje, pokok-pokoknya yang tua aku jemur di atas tar di biarkan kering boleh buat bakar ayam atau ikan bila anakku pulang awal bulan dua nanti. Kalau korang rasa nak niaga kerepek kecil-kecilan atau nak buat kuih ker apa ker datanglah ambik ubi kat rumah aku sebabnya aku dah tak larat nak tengok pokok ubi menyemakkan mataku( biarpun ubi kayu ni makanan zaman perang Jepun tetapi zaman sekarang ni dah ramai yang kaya raya dengan menjual kerepek ubi kayu ni hehehe). Ada yang muda dan ada yang tua…kalau aku tinggal di BCH dah habis dah sebab diorang ni suka bangat ubi kayu. Sedangkan aku menanamnya adalah suatu hobi dan tak rajin memakannya kerana takde siapa yang hendak memakannya. Aku ingat nak bersihkan halaman rumahku yang sarat dengan pokok. Tetapi sayang pulak nak membuang begitu sahaja ubi kayu tu. Semenjak anakku tinggal di asrama aku jarang melakukan aktiviti di luar rumah, kerana selama ini dialah yang menemaniku di mana aku pergi biarpun di kawasan rumah ini. Kalau dulu, Hafiz ambik pucuk ubi,buah mangga, bunga kantan, daun pandan dan sebagainya lagi Hafiz-Hafiz kini tiada lagi. Hafiz sudah tidak ada masa untuk itu semua, alhamdulillah setiap saat dia terlalu sibuk dengan pengajiannya. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dan anakku……..

Advertisements

2 Respons to "Terlalu sunyi"

sy msih dlm proses utk sambung blajar insyaAllah akhir thun ni atau tahun depan…dh lamexdgr cite kak iman…adk hafiz mcmmn?

alhamdullillah sama2 kita doakan ya..lama x dengar citer..moga semuanya berjalan dgn baik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: