bila hatiku berbicara

Sheila kekal bertudung

Posted on: Januari 25, 2008

Tenang di wajahnya semakin jelita wajahnya, tanpa make up tebal………

APABILA artis wanita bertudung kembali daripada mengerjakan haji atau umrah dari Tanah Suci, pasti ada yang mempertikaikan penampilan barunya sama ada akan kekal atau sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Semoga Kak Shiela kekal bertudung sampai bila-bila…….

Balik Makkah merendah diri

Sejauh mana keikhlasan hatinya dalam melaksanakan perintah Allah pasti dipertikai masyarakat. Bagi pelakon dan pengacara popular, Sheila Rusly yang kini tampil dengan imej bertudung sejak kembali dari Makkah Isnin lalu, berdoa ke hadrat Ilahi supaya ditetapkan imannya.

“Saya berdoa setiap hari di hadapan Kaabah supaya tetapkan iman kerana apa yang saya lakukan ikhlas terbit daripada hati. Tiada sesiapa pengaruhi saya termasuklah suami. Saya juga tidak minta pendapat orang lain untuk melakukan perubahan ini.

“Insya-Allah, saya akan kekal bertudung. Saya pergi menunaikan haji selama 44 hari dan sejak itu saya tidak pernah menanggalkan tudung ini. Daripada tazkirah yang saya dengar setiap kali selepas solat Isyak di Masjidil Haram, perkara yang kita selalu buat lebih 40 hari, akan kekal padanya.

“Sebelum ke Makkah, saya tidak pernah merancang untuk bertudung dan apabila ada yang bertanya mengenainya, saya belum ada jawapan lagi. Lagipun saya tidak tahu apa akan terjadi pada saya apabila berada di Makkah.

“Cuma sebelum berangkat, saya panjatkan doa minta Allah permudahkan urusan kami suami isteri ketika berada di sana.

“Seperti jemaah haji lain, hari pertama saya menjejakkan kaki di Makkah saya bertudung dan hati saya terus terbuka untuk kekal bertudung. Sejak itu sehinggalah balik ke tanah air, saya berdoa minta tetapkan hati saya,” katanya.

Sheila yang berangkat ke Makkah pada 9 Disember bersama suami, Azman Yahya atau Jinggo dan ibunya, Asmah Abdullah, mengakui menggalas gelaran hajah satu tanggungjawab besar. Ia amanah Allah dan gelaran itu membuatkan dia lebih merendah diri.

“Gelaran hajah membuatkan saya lebih berhati-hati dalam apa juga tindakan. Ia juga mendidik diri saya sentiasa merendah diri,” katanya.

Menceritakan pengalamannya sepanjang mengerjakan Rukum Islam kelima itu, Sheila berkata, tiada cabaran besar dilaluinya.

“Ketika hendak meninggalkan Makkah saya menangis sepuas hati, betapa sayunya hendak meninggalkan Kota Suci itu. Segala yang saya lalui di sana indah belaka. Walaupun ada dugaan kecil namun ia tetap menjadi peristiwa paling manis dalam hidup saya.

“Antara pengalaman yang saya lalui di Makkah ketika melakukan tawaf di mana waktu itu umat Islam bersesak-sesak. Saya tersepit antara mereka.

“Kalau bertembung dengan jemaah haji dari Afrika yang tinggi dan berbadan besar, muka saya memang rapat benar dengan tubuh mereka. Pernah terjadi muka bertemu muka. Oleh kerana orang terlalu ramai, saya tidak berpeluang mencium Hajarul Aswad,” katanya.

Katanya, dia dan suami pada mulanya bercadang memendekkan kunjungan ke Makkah selepas selesai menjalani ibadah haji tetapi sebaik saja menjejakkan kaki di Makkah, mereka memilih untuk tinggal di sana mengikut tempoh ditetapkan Tabung Haji selama 44 hari.

“Rasa seronok dan jiwa tenang. Tambahan lagi, bukan selalu kita dapat berkunjung ke sana. Setiap masa yang ada saya habiskan dengan beribadah dan melawat tempat bersejarah.

“Di hadapan Kaabah juga saya mohon kesejahteraan daripada Allah SWT supaya memberkati hidup kami sekeluarga, rakan-rakan yang dikasihi dan permudahkan urusan kami dunia serta akhirat,” katanya.

Mengenai kerjaya seninya selepas ini, Sheila berkata, dia akan terus aktif kerana menerusi rezeki daripada bidang senilah mereka dapat mengerjakan haji.

“Bertudung bukanlah halangan untuk saya berlakon. Pelakon di Malaysia memang tidak boleh melakukan babak melebihi had sebagai seorang Islam. Tetapi masyarakat negara ini agak skeptikal mengenai artis balik haji tak boleh buat itu dan ini. Kalau berlakon pun, mesti pegang watak wanita Muslimah.

“Sebenarnya banyak cara seseorang artis itu mewarnakan lakonannya. Selain itu, banyak cerita kita boleh buat dan banyak watak yang boleh dilakonkan.

“Tetapi jika ada syarikat produksi tidak mahu mengambil saya berlakon, saya boleh berlakon dalam drama terbitan syarikat sendiri, JS Pictures. Bagaimanapun, industri lakonan yang kian berkembang membuka banyak peluang pelakon untuk membawakan pelbagai watak. Saya yakin peminat masih dapat menerima saya dengan imej baru ini.

“Tidak semestinya apabila sudah bertudung saya terperap di rumah. Kita perlu seimbangkan tuntutan dunia dan akhirat. Selepas ini saya akan terus bekerja keras. Dalam bab rezeki saya tidak pernah was-was kerana Allah sudah menetapkan rezeki setiap hamba-Nya.

“Setakat ini saya rasa tiada apa yang berbeza. Saya masih Sheila Rusly yang dulu. Selepas ini saya dan Jinggo akan memulakan penggambaran drama bersiri Tain 2 untuk siaran TV3.

“RTM (Radio Televisyen Malaysia) juga sudah memaklumkan kepada kami supaya program masakan Citarasa Selebriti disiarkan setiap minggu, bukan lagi pada Ramadan saja,” katanya.

Sheila berharap mendapat keredaan Allah dan hidupnya sekeluarga lebih baik daripada sebelum ini. Selepas berehat beberapa hari sejak pulang pada 21 Januari lalu, Sheila mengendalikan program Ape Ape Aje terbitan TV3, semalam. Program yang bersiaran secara langsung selama sejam setiap Isnin dan Khamis, jam 10 pagi itu menggandingkan Sheila dengan Shamsul Ghau Ghau.

“Untuk musim keempat ini, Mazlan Pet Pet ada sama dan dia muncul waktu ‘break’. Kandungan program masih sama cuma Ape Ape Aje musim baru ini lebih meriah dengan kehadiran Mazlan,” katanya.

~Tumpang gembira kerana pengacara program ape-ape aje yang aku minat sudahpun berhijrah dengan memakai tudung setelah mendapat gelaran hajah. Aku suka cara dia..nak melakukan perubahan tidak pernah di canang satu Malaysia, seperti pengacara Norzie jugak sebaik pulang dari menunaikan haji terus memakai tudung. Cuma satu ajelah bila sudah bertudung ni biarlah kena pada tempatnya, contohnya baju jangan terlalu ketat, hingga menampakkan body kerana setiap dari anggota wanita( kecuali muka dan tapak tangan) itu adalah aurat. So kalau bertudung tetapi masih hendak menayangkan body dengan mengenakan baju yang terlalu ketat ala fesyen masa kini tu tak kenalah. Tudung pulak biar melepasi dada. Satu lagi jangan kepala di tutup tetapi tetap bersalam dengan lelaki yang bukan muhrim tu pun di larang. Hmm… ceramah pendek lak aku malam ni. Bukan apa aku selalu duk perati kat dalam tv isteri-isteri orang kenamaan, masih lagi nak bersalam dengan lelaki biarpun bertudung litup, apa lagi yang tak bertudung, dalam soal ni lelakipun kenalah jaga jugak bukan perempuan aje… tetapi tak tahulah kot-kot dia pakai sarung tangan yang sama dengan kulitnya. Peringatan untuk diri sendiri jugak, sebagai manusia biasa tidak pernah merasa diri semuanya betul, masih banyak kekhilafannya…

Kalau nak tengok Datin Seri hajah Siti bertudung ada di blog http://www.budiey.com/

Advertisements

2 Respons to "Sheila kekal bertudung"

amin..
salam ujung minggu akak itewww..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: