bila hatiku berbicara

Ramai tak peduli fatwa haram botox

Posted on: Januari 27, 2008

KUALA LUMPUR: Semakin ramai wanita Islam termasuk yang berpurdah menggunakan suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA) termasuk Botox, walaupun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkannya kerana mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.

Seorang Pakar Kosmetik dan Estetik dari Ayu Jelita Aesthatic, Dr Izeta Ahmad, berkata golongan semuda 18 tahun mengambil suntikan itu sebagai rawatan kecantikan, manakala yang berusia 60-an menggunakannya bagi menghilangkan kedutan wajah atau antipenuaan.

Beliau berkata, penggunaan BTA pada mulanya menurun sedikit apabila Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkannya pada 2006, tetapi meningkat semula hampir sekali ganda beberapa bulan selepas itu.
“Ramai juga lelaki yang mencubanya. Saya tidak mempunyai angka tepat mengenai jumlah pengguna Botox di klinik ini, tetapi ia meningkat 100 peratus,” katanya ketika ditemui Berita Minggu.

Dr Izeta berkata, beliau biasanya menerangkan pelanggannya termasuk mengenai keselamatan dan pengharaman penggunaan bahan berkenaan sebelum memberi suntikan itu.

“Keputusan terletak di tangan pengguna dan rata-rata menyatakan mereka mahu kelihatan cantik dan perbelanjaan bagi rawatan tidak menjadi masalah,” katanya.

Difahamkan, ada yang mengambil bahan itu sebagai terapi tekanan akibat menopaus, selain merawat kedutan muka kesan penyakit seperti migrain.

Selain Botox, ada beberapa jenama lain BTA yang memasuki pasaran negara ini, antaranya Dysport dari United Kingdom (UK) yang dikatakan banyak digunakan orang Islam kerana bahannya didakwa berasaskan tumbuhan.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah ke-74 pada 25 hingga 27 Julai 2006, memutuskan bahawa suntikan BTA termasuk Botox haram digunakan kerana ia mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis serta mempunyai unsur pengubahan ciptaan Allah dan penipuan bagi tujuan menambah kecantikan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, berkata BTA sebenarnya masih selamat digunakan jika dikendalikan pakar.

“Pengharamannya hanya membabitkan orang Islam, tetapi penggunaannya di negara ini tidak diharamkan terutama dalam kes perubatan. Namun, suntikan botox untuk kecantikan tidak dilakukan di hospital atau klinik kerajaan,” katanya.

Pengarah Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Che Mohd Zin Che Awang pula berkata, penggunaan Botox dalam kosmetik hanya terhad untuk membetulkan otot di bahagian mata, bukan anggota lain.

Beliau berkata, dakwaan menyatakan BTA berasaskan tumbuhan juga tidak boleh diterima kerana kebiasaannya Botulinum Toxin adalah organisma berasaskan haiwan.

Che Mohd Zin juga mengakui banyak pusat rawatan kecantikan menyalahgunakan bahan itu untuk rawatan kosmetik.

“Botox boleh digunakan dan dikendalikan doktor saja kerana ia dimasukkan dalam kategori racun dan bahan kimia berjadual. Mereka yang bekerja di pusat rawatan kecantikan yang bukan pengamal perubatan atau doktor tidak boleh mengendalikannya,” katanya.

Aku kata~Teringat masa aku remaja dulu bila bersembang dengan emak/mek aku, aku selalu bercerita dengan mek orang itu cantik lah orang ini cantiklah. Mek aku jawab apa…alahhhh mek masa muda dulu cantik jugak…waktu muda mestilah cantik tak pakai apa-apapun, cuma pakai bedak sejuk aje. Memang bila aku tenung wajah mek aku dia memang tak pernah pakai night krim pelindung UV dan sewaktu dengannya, tetapi wajah mek tetap cantik tanpa noda-noda dan bintik hitam mahupun jeragat biarpun usianya kini menjangkau ke usia tujuh puluh tahun, jernihnya wajah mek. Berbeza dengan kakakku yang selalu bertemu dengan orang ramai, duduk dalam penghawa dingin pakai memacam kat muka tetapi kalau tersilap sikit ada tompokan jeragat di wajahnya. Masa tu keluh kesahlah dia nak cari produk itu dan ini, katanya biar murah tetapi berkualiti asalkan halal. Manakala aku pulak jenis yang tidak kisah, bagiku aku suka sesuatu yang natural. Kerana bagiku kita tak dapat nak cegah umur kita..kerana tua pasti akan datang dengan sendirinya.

Kalau nak buat macam mana sekalipun kalau ianya tetap akan datang juga biarpun tanpa di undang. Memanglah tak di nafikan cantik itu perlu tetapi kalau bersakit cucuk sana sini..hidung yang kemek nak jadi mancung tu dah lebihlah tu. Kedut-kedut di wajah itulah yang menandakan usia kita semakin lanjut, itu tandanya kita dah dekat dengan kematian. Ni umur dah empat puluh masih lagi nak masuk AF6 apa nih? Masih tak sedar-sedar diri lagi, sepatutnya masa nilah kita sibuk-sibuk memikirkan nak belajar mengaji ke,tajwid ke, nak memperbanyakkan amalan ke. Ni dah terlalu senja masih nak terkinja-kinja seperti orang muda. Eh..sudah-sudahlah wahai nenek( kalau dah bercucu nak masuk af lagi memang tak sedar diri dah tua lah tu). Dah lah orang muda sudah jauh hanyut ini di tambah pulak dengan orang tua yang tak sedar diri. Macam manalah orang muda nak jadikan orang tua idola kalau orang tua ( segelintir sahaja) sendiripun dah hanyut……

Teringat seorang kakak , dia ini merupakan teman lama kami ketika kami tinggal di utara, di takdirkan bertemu lagi di Rawang dan kalau ada kesempatan dia pasti datang menjenguk kami di sini. Dia ni tua dua tahun dari aku. Aku pandang wajahnya jernih tanpa bintik-bintik hitam tanpa kedutan di wajahnya. Bila mengenangkan diri ini rasanya seperti lebih berusia darinya. Dia kata tak pakai apa-apa, bangun pagi bila nak basuh muka berselawat dan sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t dan banyak lagi amalan yang dia lakukan. Ya Allah dapatkan aku menjadi sepertinya? Setiap saat tidak pernah lekang dari berzikir dan berzikir, masa tidak terbuang sepertiku mengadap komputer, komputer terlalu ralit dan leka. Amalan wajid tu sudah semestinya buatlah tetapi amalan sunat kalau rajin buat kalau terasa malas tak buat. Susahnya hendak muhasabah diri ini…….

Dah jauh ni, bukan niatku sebenarnya tetapi terimalah hakikat tua pastikan menjelma jangan takut dengan tua, dan jangan takut dengan uban yang memutih. Nak cantik tak salah tetapi berpada-padalah wahai muslimin dan muslimah janganlah kita melawan fitrah yang Allah berikan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 840,937 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: