bila hatiku berbicara

Tiada niat persenda

Posted on: Januari 27, 2008

EKORAN pertikaian mengenai episod Gerak Khas di RTM2, dua minggu lalu yang dikatakan ada persamaan dengan kes mangsa pembunuhan ngeri, Nurin Jazlin Jazimin, 9, syarikat penerbitan drama bersiri kepolisan itu, Skop Productions Sdn Bhd (Skop) memohon maaf.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, berkata beliau mewakili dirinya, pengarah dan penulis skrip drama itu menyusun 10 jari memohon kemaafan kalau sekiranya ada pihak yang terasa selepas menonton siri itu.

Katanya, tiada sebarang niat untuk mempersenda mana-mana pihak dengan memaparkan kisah yang dikatakan ada persamaan dengan kes pembunuhan ngeri Nurin Jazlin yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia tidak lama dulu.

“Saya memang tiada niat perkecilkan mana-mana pihak. Ia cerita rekaan untuk memberi pengajaran pada masyarakat dalam menangani jenayah. Malah sebagai iktibar dan mendidik mereka untuk berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

“Sekarang ini jenayah boleh berlaku di mana saja dan masyarakat perlu prihatin. Inilah mesej yang ingin disampaikan dalam Gerak Khas. Namun persamaan cerita kadang kala tidak dapat dielak.

“Justeru, atas insiden tidak disengajakan ini, saya memohon maaf jika ada yang tersinggung. Saya juga akan lebih peka dan berhati-hati pada masa akan datang,” k a t a nya ketika ditemui di pejabatnya di Setapak, semalam.

Yusof sudah menerbitkan drama kepolisan sejak 23 tahun lalu. Malah bagi siri Gerak Khas, lebih 400 episod dihasilkan dalam tempoh hampir sembilan tahun disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Memang tidak dinafikan ada antara isu diketengahkan isu baru.

Malah sebelum ini juga saya pernah memaparkan isu Black Metal dalam Gerak Khas.

“Apapun, saya tetap memohon maaf. Sebagai hamba Allah yang serba kurang dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, saya minta m a a f ,” t e ga s nya .

Sementara itu bapa Allahyarham Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil berkata, apa yang disiarkan dalam Gerak Khas itu mempunyai persamaan dengan kisah menimpa keluarganya.

“Ia memang cerita saya dan anak saya. Justeru, bagaimana pula boleh dikatakan cerita rekaan sedangkan ia kisah keluarga saya.

“Terus-terang, saya marah dan terkilan dengan penayangan drama itu.

Malah kebanyakan orang yang ditemui juga mengatakan ia cerita kami,” k a t a nya .

Jazimin berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kes berkenaan belum selesai. Katanya, penjenayah terbabit pun masih bebas.

Harian Metro Khamis lalu melaporkan mengenai pertikaian terhadap drama Gerak Khas kerana menayangkan kisah Allahyarham Nurin Jazlin.

Lebih-lebih lagi apabila objek seperti timun, terung termasuk kes ceti haram (along) turut dipaparkan.

~Sayapun ada menonton…..memanglah ada persamaannya dengan kisah Allahyarham adik Nurin, cuma penjenayah itu dapat di tangkap sedangkan kes adik Nurin belum lagi selesai. Terfikir jugak aku mereka ini seolah-olah mengambil kesempatan di atas kesengsaraan orang lain tanpa memikirkan hati dan perasaan keluarga mangsa, biarpun mereka mengatakan persamaan itu tidak dapat dielakkan, atau secara kebetulan, tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan hati keluarga mangsa terguris. Kepada keluarga mangsa bersabarlah juga tidak lupa kepada kelurga adik Sharlinie jauh di sudut hati ni merasa sedih bila mengenangkan di manalah adik Sharlinie kini berada. Di dalam al kuliyah tv3 baru-baru ini rasa sayu hati ini bila Ustaz Fauzi membacakan doa untuk keselamatan adik Sharlinie. Dalam doanya terselit doa Nabi Daud…supaya di lembutkan hati penculik Sharlinie( sebagaimana lembutnya besi Nabi Daud) untuk mengembalikan Sharlinie kepada keluarganya. Bayangkanlah kalau itu anak kita( na’uzubillah) anak buah kita dan mereka yang rapat dengan kita. Tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa mereka. Doaku semoga kedua ibu bapanya tabah..perbanyakkan berdoa kepada Allah s.w.t kerana Allah sahajalah yang Maha Mengetahui di mana adik Sharlinie berada ketika ini~

Advertisements

3 Respons to "Tiada niat persenda"

me x pernah tengok gerak khas..

salam weekend akak iteww..

tak sempat nak tgk hari tu

Yang Insaf….akak suka tengok gerak khas ttp kekadang ajelah..bila rasa nak tengok..tp mmg sebijik macam kisah Nurin menyayat hati sangat..ada imej timun dan terung..nampak sangat depa ni seperti menangguk di air keruh..mereka yg dapat untung sedangkan keluarga mangsa menjerut rasa..x patut tul…….

Khizam…gerak khas ni cite kepolisan hihihi saja cakap biarpun dah tahu…tp kan semua yg di paparkan dalam siri tu, kalau si penjenayah semua dapat di tangkap…huihhh senangnya kerja polis kat dalam siri gerak khas tu……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: